Rabu, 15 Februari 2012

LELAKI YANG BAIK...

Golongan lelaki sememangnya ditakdirkan untuk memimpin dan menpunyai nilai fikiran yang pintar walaupun kekadang ramai yang kena "Queen Control" ataupun yang memperolehi 5E dalam keputusan peperiksaan, walaupun apa jua keadaan mereka,hakikatnya mereka, iatu kaum lelaki tetap lelaki.
Lelaki yang baik seperti aku memang banyak, tetapi memang ramai yang lebih baik
Lelaki yang "hensem" seperti aku banyak,tetapi yang lebih hensem memang ramai.
Lelaki yang terpilih boleh memimpin lelaki dan juga wanita,tetapi wanita yang terpilih hanya boleh memimpin untuk kaum wanita sahaja...tak perlua dihuraikan secara terperinci... cuma lihat sahaja bila solat berjemaah..
Lelaki yang baik adalah "Dambaan setiap wanita"..
Sebenarnya mudah jer nak mengenali perangai lelaki yang dikenali..perkara asasnya..dimana anda mengenali lelaki tersebut???... sekiranya kita hendak mengetahui tabiat dan perangai maka bermusafirlah dengan lelaki tersebut.. kaedah bermusafir akan diperjelaskan kemudian....
Bagaimana nak mengenali ciri2 lelaki yang baik?..
Lelaki yang baik menpunyai ciri2 berikut.

1.Suka Kepada haiwan.
Lelaki yang menpunyai kesukaan kepada haiwan peliharaan menpunyai ciri2 lelaki yang pengasih dan mengambil berat serta tahu menilai erti kasih sayang,tetapi ianya bergantung haiwan apa yang mereka gemari.

2.Suka kepada kanak-kanak.
Jika teman lelaki anda sukan kepada kanak2 ini bermakna mereka menpunyai jiwa dan sanggup memberikan perhatian dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepada anda.. jika seorang lelaki menangis apabila melihat penderitaan kanak2 itu mengambarkan mereka menpunyai sifat dan naluri tanggungjawab yang tinggi..jangan lepaskan lelaki seperti ini.

3.Menyayangi ibu.
Seorang lelaki memang akan menyayangi ibunya lebih dari segalanya,sebenarnya perkara ini tidak digemari oleh wanita kerana sudah menjadi fitrah wanita tidak mahu berkongsi kasih sayang lelaki kepunyaannya dengan wanita lain,walaupun wanita itu adalah ibu kepada lelaki tersebut..cuma lagi wanita perlu pandai membezakan antara lelaki yang menyayangi ibunya ataupun lelaki "anak mak" iatu tidak menpunyai kepandaian untuk memutuskan keputusan tentang dirinya, segalanya bergantung kepada "maknya".. bagi wanita pula jangan sesekali mempertikaikan lelaki yang menyayangi ibunya kerana suatu hari nanti anda akan menpunyai anak lelaki yang menyayangi ibunya.

4.Memandu
Lelaki sebenarnya akan memperlihatkan sikap yang sebenar ketika mereka memandu, asa masanya kita lehiat seorang lelaki yang berhemah dan bersopan diluar, dan apabila mereka memandu,sikap mereka akan terus berubah, sebenarnya untuk menilai perangai lelaki disinilah tempatnya iatu ketika mereka memandu kenderaan.

5.Menyaksikan sukan yang mereka minati.
Disini jua tempat sebenar bagaimana seorang wanita boleh menilai apa sebenar perangai lelaki, lelaki tidak akan teragak-agak untuk memperkatakan tentang perlawanan sukan yang mereka saksikan..bagaimana mereka meraikan kemenangan dan juga apa keadaan apabila pasukan yang mereka sokong itu kalah.

Sebenarnya banyak lagi perkara2 yang anda sebagai wanita boleh menilai perangai lelaki, cuma jangan tersalah nilai pada pandangan pertama kerana lelaki "Buaya" memanag pandai memperdayakan mangsa melalui penampilan....... sekian.... sekadar coretan untuk berkongi...

Tiada ulasan:

BERJAYA ITU SUKAR

Impian semua pelajar mendapat anugerah tertinggi. Jadi Kenangan kerana usaha sendiri. Bukan senang untuk capai impia...