Selasa, 2 Jun 2020

MUSIM PKPB


Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermulq 18 Mac 2020 telah mengubah tatacara kehidupan keseluruhan rakyat negara ini.

Kini ianya merupakan normal baharu dan terpaksa diharungi dengan berlapang dada, sentiasa berwaspada dengan tindakan sendiri.

Semua faham dengan perintah oleh kerajaan tersebut untuk memutuskan rangkaian Covid 19.

JANGKAAN TAK TERJANGKA BIL TNB TINGGI.

Kecoh mengenai Bil TNB yang melambung tinggi terutama dalam kalangan netizen di media sosial, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak TNB mengatkan bahawa mereka mengeluarkan anggaran (estimate) untuk jangkaan penggunaan tiga bulan.

Semuanya disebabkan tiada bacaan fizikal selama tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ( PKB) yang bermula 18 Mac 2020 ekoran Pendemik Covid 19. 

Penulis melihat bil sendiri dan nyata tiada perbezaan yang agak ketara seperti yang tular, mungkin kerana bayaran bil yang dilakukan agak konsisten ( tiada tunggakan) , bayaran yang penulis lakukan sebelum bermula PKP dengan kaedah dalam talian.

Mungkin estimate tinggi yang berlaku kerana ada tunggakan kerana pengguna menggunakan kaedah bayaran di kaunter.

Biasanya, sewaktu perayaan ( hari raya ) TNB selalu mengeluarkan " iklan airmata" tetapi tahun ini, airmata mengalir melihat bil.

HABIS SEBABAK.


Seminggu berlalu, setiap hari sabtu,ahad dan isnin masih berkesempatan mengumadangkan suara di ruang udara Pahangfm. Setiap minggu ada sahaja cerita baharu yang menjadi kenangan sebagai penyampai radio.

Setiap kali bersiaran akan mencuba menjadi terbaik dengan kemampuan yang ada, pengalaman yang dikutip sangat berharga dan akan menjadi panduan ketika ke udara.

Sebagai manusia biasa ,akan cuba memberikan persembahan yang menghiburkan pendengar walaupun tidak semua berpuashati.

BERJAYA ITU SUKAR

Impian semua pelajar mendapat anugerah tertinggi. Jadi Kenangan kerana usaha sendiri. Bukan senang untuk capai impia...