Jumaat, 23 Mei 2014

SIKAP DAN PERANGAI ANAK NO 1,3,4 DAN 6

Sebelum bekerja atau masuk konti kebiasaan, dengar dulu lagu yang nak disiarkan dan membaca buku atau membaca apa jua tulisan yang mungkin mendatangkan idea dan menambah baik dalam penyampaian... dan yang ini saya kongsikan di blog sebagai bahan bacaan bersama, betul atau tidak hanya yang berkenaan mengetahuinya :-

1. Degil yang amat sangat ( Istilah kampung: degil nak mampus )
2. Muka nampak garang tapi sebenarnya menawan.
3.Manja dan mengambil berat.. kekadang berlebih-lebih pulak.
4.Mudah terasa hati walaupun nampak nampak cam "cool"
5.Bila marah garang macam singa, bila manja cam kucing, manis tutur dan budi cam madu
6.Nampak macam pemalu, tetapi bila dah kenal "murai" pun kalah.
7.Muka bengis dan garang tapi mudah jatuh hati ( dalam hati sentiasa ada taman )
8.Tulang belakang kepada adik beradik yang lain ( tempat mengadu dan penyelesai masalah )
9.Marah dalam diam, hati mudah terasa, dan kuat pendam perasaan, jika membenci akan akan lama,sukar memaaf walaupun sukar untuk marah.
10.Pada usia remaja banyak menyusahkan orang ( ibu bapa ) tetapi bila dah dewasa paling banyak dan suka berjasa.
11.Penyayang dan baran seiring....

Demikian yang dapat saya simpulkan apa yang diperolehi untuk perkongsian bersama, bagi anak yang  no 1,3,4 dan 6.. saya pun dalam kategori ni juga....

Khamis, 8 Mei 2014

PENYAKIT JIWA

Penyakit masyarakat yang mungkin ada dikalangan kita
  1. BILA MISKIN KITA DIBENCI
  2. BILA SUSAH KITA DIKEJI
  3. BILA MEMINTA KITA DICACI
  4. BILA KAYA KITA DIDENGKI
  5. BILA LEBIH KITA DIKHIANAT
  6. BILA DIBERI KITA DIUMPATI 
 Maka dimana kita disitulah kita akan menghadapinya....

BERJAYA ITU SUKAR

Impian semua pelajar mendapat anugerah tertinggi. Jadi Kenangan kerana usaha sendiri. Bukan senang untuk capai impia...