Isnin, 30 Disember 2013

AKU DAN KENANGAN SERTA PENGORBANAN.




Gambar yang dipaparkan di atas mungkin nostalgia bagi sesetengah orang, dan mungkin juga pelik bagi segelintir orang terutama yang lahir zaman " Api dipetik, air dipulas".. tapi bagi yang lama2 dan hidup sekitar tahun 90an dan sebelumnya, tidak hairan bagi mereka.Kerana keperitan dan kepayahan ini mereka berjuang dan mampu bersaing, meneruskan usaha bagi mengubah cara kehidupan dan penghidupan.
Mungkin "praktikal digunakan kembali, memandang tarif elektrik yang bakal naik pada tahun 2014.. mungkin cara penjimatan yang tidak sempat dicadangkan oleh "menteri" yang berkaitan.. biarkan sahaja letrik digunakan untuk menerangi bandaraya dan replika2 apatah lagi ianya akan mencantikkan permandangan ditambah pula Tahun Melawat 2014... seperti biasalah kita kan suka meraikan orang asing...biarlah orang asing diterangi cahaya elektrik dan kita yang masih terpinggir di kampung ini, menggunakan cara lama..mungkin boleh mengajar anak cucu akan kesempitan dan kesusahan... Semoga generasi kita menghayati kesusahan kerana dibimbangi tika senang akan lupa akan asal-usul... Akhir kata untuk kali ini saya petik kata2 dari Dr.MIZA...
" PARA MENTERI PERLU BIJAK
Satu perkara yang perlu disedari oleh mereka yang menjawat jawatan menteri atau apa-apa jawatan tinggi dalam negara ini ialah rakyat negara ini sudah jauh lebih berpengetahuan dan bijak menilai dibandingkan dahulu. Ini disebabkan banyak faktor termasuk perkembangan teknologi maklumat terutama media sosial, latar pendidikan dan lain-lain. Maka kenyataan kenyataan 'tidak cerdik' atau disebut dalam bahasa lunaknya 'kenyataan tidak berasas' atau dalam bahasa kasarnya 'kenyataan bodoh' oleh seorang menteri ataupun mereka yang berjawatan tinggi mungkin diterima pada zaman dahulu atas sikap feudalisme Melayu atau atas sebab kekurangan maklumat rakyat, namun hari ini kenyataan yang seperti itu hanya menjatuhkan nilai menteri yang terbabit dan memperlihatkan kerajaan tidak berkualiti kerana memilih mereka tidak ada kualiti untuk memimpin negara terutama di era ini..banyak kenyataan dari pihak kerajaan kebelakangan ini membentuk persepsi rakyat bahawa negara sedang dipimpin oleh mereka yang tidak berkelayakan..maaf ini sekadar pandangan saya seorang rakyat marhaen."


Ahad, 29 Disember 2013

AWAM YANG MENJENGKEL

Dulu dengar sahaja rungutan orang ramai tentang mutu "PERKHIDMATAN AWAM" dari penjawat awam..tapi apabila saya melalui sendiri dan cuba dapat pendapat dari orang ATASAN mereka.. apa yang saya perolehi sangat menghampakan... salah mereka atau sistem...
Pada hemat saya cara permikiran mereka perlukan rombakan yang besar-besar... buka masalah intergriti ataupun sebagainya..tetapi pemikiran cara kolonial mereka itu yang perlu diubah... mereka sebenar adalah golongan penggerak yang seharusnya bekerja untuk rakyat bukan hanya sahaja berteriak dan bertempik tentang masalah mereka. tentang kenaikan gaji mereka..tentang pembayaran bonos.. mereka terlalu banyak mendapat keistimewaan, tapi sedikit pun tidak cuba mengendahkan apa yang sepatut mereka lakukan...
BAIK BERHENTI DARI TERUS MENGHABISKAN DUIT.

KUASA YANG GILA KUASA

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengingatkan ahlinya berhubung kuantum baharu Simpanan Asas yang menetapkan RM196,800 sebagai amaun minimum ahli yang perlu ada dalam akaun KWSP mereka menjelang umur 55 tahun berkuatkuasa bulan depan.
Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar berkata, kadar baharu itu ditanda aras dengan pencen minimum pekerja sektor awam yang bersamaan RM820 sebulan untuk tempoh 20 tahun daripada umur 55 hingga 75 tahun.
Nik Affendi berkata, ia akan disemak setiap tiga tahun berdasarkan kepada
keperluan persaraan, kadar inflasi dan kos hidup.
"Dengan mengambil kira faktor kos hidup semakin meningkat, jangka hayat
rakyat Malaysia yang panjang dan kadar inflasi.
"KWSP telah membuat keputusan meningkatkan Simpanan Asas untuk memastikan 13 juta ahlinya mempunyai tahap simpanan yang mencukupi bagi menikmati persaraan yang mampan," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Nik Affendi berkata, Simpanan Asas semasa adalah RM120,000 pada umur 55 (RM500 sebulan bagi tempoh 20 tahun) mungkin tidak mencukupi bagi menampung persaraan ahli kerana berada di bawah garis kemiskinan. - Bernama
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Mungkin undang2 dibuat untuk pekerja.menjaga kebajikan pekerja, tapi itu pada dasarnya..tapi yang timbul makin bercelaru.. Makin bercelaru.. semuanya akan hancur.. Mungkin jua ada benarnya kata-kata seorang rakan.. "Kami Bukan Gilakan kuasa tapi kami mahu mengambil kuasa dari orang yang gila"
Dalam perkara KWSP ini... semuanya tindakan atau undang2 adalah pandangan sebelah pihak..dana yg terkumpul itu begitu banyak..maka senang2 mengambil keputusan atau mengubah dasar.. sebagai pencarum kita juga patutnya berhak..kerana itu duit kita yang ditabungkan.. Adakah mereka yang mengambil tanggungjawab ini bertanya atau meminta kebenaran dari pemilik wang..hala mana duit itu mahu dilaburkan..apa kaedah terbaik.. APAKAH KERAJAAN MAKIN TERDESAK untuk menutup "BUDGET OUTCOMES" yang dibentangkan baru2 ini. semata2 untuk membayar BONOS Kakitangan Kerajaan dan Pembayaran BR1M.. Seadainya tiada wang atau sumber tak perlulah membebankan pekerja golongan swasta yang gaji bukan besar mana..Seharusnya KERAJAAN memikir cara mana untuk mencari jalan penyelesaian bukan dengan mengambi hak orang lain..
Pembayaran Bonos kepada kakitangan kerajaan bukan kaedah terbaik untuk memenangi hati mereka dalam PRU.. bayar banyak mana sekalipun mereka bukan sepenuhnya MENGUNDI... Kita perlukan perlaburan dari wang luar untuk membangunkan negara, dan negara bukan terbangun dengan golongan kakitangan kerajaan sahaja.. itu belum termasuk belanja mengurus pihak kerajaan yang terpaksa ditanggung oleh golongan bekerja swasta atau berniaga..
Mencanangkan sana-sini bahawa BR1M mengurangkan kesempitan hidup rakyat.. marilah kita kira dengan kaedah mate-matik mudah..
RM 650 Setahun.. Dibahagi dengan 12 bulan bermakna lebih kurang RM 54.16 sen sebulan. kita bahagikan dengan 30 hari.. lebih kurang RM 1.80 sen je sehari... Bangga sangat ke dapat menanggung beban rakyat dengan hanya RM 1.80... Dan Bukan semua dikalangan rakyat yang mengundi itu dapat.. Mengikut SPR jumlah pengundi pada PRU13 lebih kurang 12 Juta.. Dari jumlah tersebut 5 juta penduduk tidak termasuk yang boleh mengundi memperolehi BR1M RM 1.80 sehari.. 7 juta diabaikan... dalam kalangan yang memperolehi BR1M bukan semua mengundi kerajaan... dan Dah Tentu dari Kalangan 7juta tu hanya suku sahaja yang mengundi dan memilih Kerajaan yang ada..
Bukan niat saya membuat perhitungan dalam politik.. walaupun saya tidaklah terlalu taksub dan ada faedah ketara dalam politik..tapi inilah yang dilakukan maka....Kami tunggu PRU14.. jika panjang umur...

Selasa, 17 Disember 2013

BIJAK ATAU CERDIK

Memikir dan berfikir walaupun pada kata asasnya adalah "fikir" adalah dua perkara yang berbeza..dan perbezaan itu lebih kepada keputusan dari pemikiran.. nak jadi bijak tidak perlu belajar ke sekolah atau ke pusat penganjian.. tapi untuk menjadi seorang yang pandai harus lakukan perkara tersebut.. Kepandaian itu bukan kebijaksanaan.. Dalam perkembangan dan kemajuan peringkat dunia waktu sekarang terkadang perkara ygn tak dijangka oleh akal orang yang pandai pada suatu masa dahalu kini telah berlaku, tetapi orang yang bijak dia akan menggunakan kaedah semasa untuk memperolehi hasil dari permikirannya..
Akhirnya " Hang Nadim" dibunuh kerana kerana bijaknya dia..

Isnin, 16 Disember 2013

DITIPU LAGI.. HAHHAHHAHA

                                           Gambar dari Sinar Harian.....

Terima Kasih kerana menambahkan lagi penderitaan rakyat. Terima Kasih kerana meneruskan penipuan kepada rakyat. Terima Kasih dan kami bersyukur kerana Malaysia Masih Aman... Lebih 50 tahun dah kami ucap Terima Kasih, Terima Kasih, Terima Kasih... tapi masih kena tipu lagi....... Kata bijak pandai : Orang yang berakal tidak akan disengat 2 kali... Tapi kita berkali2 disengat.....

p/s : Nampak macam posting 'politik' kan? Bukan... ini luahan hati.. kalau tak 'terasa', takpe... sepanjang masa la masuk lubang haiwan berbisa, dan kena sengat lagi....


BERJAYA ITU SUKAR

Impian semua pelajar mendapat anugerah tertinggi. Jadi Kenangan kerana usaha sendiri. Bukan senang untuk capai impia...