Khamis, 19 September 2013

MENGAWASI SUAMI YANG GATAL VS MIANG.

Saya bukanlah ahli psikologi atau mahir dalam menasihati orang, tetapi kekadang pada masa bertugas sering kali juga diajukan dengan soalan atau yang meminta saya memberikan pandangan mengenai golongan-golongan suami yang gatal, bagaimana untuk menanganinya?
Kita semua sudah cukup dewasa untuk sedia maklum bahawa tiada kisah cinta yang berakhir bahagia selama-lamanya. Lelaki semakin tua, semakin naik ulat bulu.
Jadi bagaimana untuk selamatkan perkahwinan anda daripada masalah kecurangan suami? Ikuti tip berikut!
*Klausa pengecualian: Ini sekadar gurauan, jangan ambil hati dengan saya. Untuk tip serius, sebaiknya rujuk kepada pakar perkahwinan

Jangan bagi suami kacak sangat
Ada lelaki yang semakin tua semakin buruk, dan ada juga yang semakin tua semakin tampan. Contohnya George Clooney dan Robin Thicke. Biarpun usia semakin menghampiri 40 tahun, wajah mereka masih menjadi igauan anak gadis. Mudah nak elakkan suami curang, pastikan beliau tidak melaram apabila keluar rumah. Awasi pemakaian cologne dan baju baru yang membuatkan beliau kelihatan segak. Biarkan suami anda gendut sedikit jadi orang lain tidak berkenan nak melayan kalau dia gatal pun.

Pastikan anda sentiasa kelihatan menarik
Apabila anda sentiasa kelihatan menarik, ini tidak memberi peluang kepada suami untuk mencari alasan untuk menduakan anda. Kalau beliau masih menggatal dan curang diluar, orang luar dan juga anda tahu bahawa suami miliki masalah psikologi dan bukan salah anda kerana anda sudah lakukan yang terbaik. Cari sahaja yang lain dan usah buang air mata kerana beliau.

Temani suami ke setiap acara pejabat
Contohi isteri-isteri pemimpin kita. Pernahkah anda lihat menteri kesayangan kita ke mana-mana tanpa ditemani isteri tercinta? Semestinya tidak, dan anda juga harus begitu. Apabila menemani suami ke majlis dan acara pejabat atau sosial, suami tiada ruang untuk mengorat anak dara lain. Biasalah lelaki, apabila isteri tidak di depan mata, mudah sahaja mengaku bujang.

Ahad, 15 September 2013

Interest and reconcile

 The atmosphere in the morning from the balcony
 Space Room to room


 Night Mood
The scenery that can be seen

If you find good-looking for accommodation while on vacation to Kelantan, I suggest that you spend the night at Danga In. you certainly will not be disappointed with the condition of the room comfortable and beautiful landscapes, so wait no longer feel the peace and quiet.
 Stirring the soul regain their composure if you spend your vacation time here, close to the city of Kota Bharu Airport Terbang.Percayalah day and you feel just a moment if being here.
Do not wait any longer .. savor and enjoy .. Contact
+6097769828/ zul+60148177222/ pokja +60127275277
 

Isnin, 9 September 2013

RAHSIA DISEBALIK JARI KAKI


Orang Terdahalu menpunyai cara-cara tersendiri jika ingin membuat telahan atau pandangan terhadap seseorang dan semuanya diambil dari kitab kitab lama, cuma zaman sekarang tidak dipraktik, walau kuat adat mereka dalam memilih TETAPI mereka tetap berpaksi kepada ajaran ISLAM, cuma pengetahuan begini dijadikan sampingan.
Antara KAEDAH yg digunakan ialah melihat jari-jari kaki, sebab itulah orang tua2 dulu menyorokkan jari2 kaki dari dilihat oleh orang lain

Ahad, 8 September 2013

MALAYSIAKU TANAH TUMPAHNYA DARAHKU

PADA 5 JULAI 2013, Bank Negara menguatkuasakan peraturan baru menghadkan: 
(i) pinjaman peribadi setakat 10 tahun maksimum (dahulu 25 tahun); 
(ii)pinjaman hartanah dan rumah 35 tahun (dahulu 45 tahun), dan (iii) tidak membenarkan lagi pinjaman pra kelayakan.

Alasan yang diberikan Bank Negara adalah untuk menangani kenaikan hutang isirumah yang meningkat dari RM465.2 bilion pada tahun 2008 kepada RM754.6 bilion pada pertengahan tahun 2013. Dengan harga rumah mahal, harga kereta mahal dan kos hidup yang mahal, rakyat Malaysia adalah ‘juara’ dalam membuat hutang, iaitu hutang isirumah kita adalah 140% berbanding dengan pendapatan, Singapura 105%, Amerika 123%, Korea 101%, Thailand 53% dan Indonesia 38%.

Akibat hutang yang banyak ini, kadar individu yang diisytiharkan bankrap pada tahun 2012 ialah 19,575 ataupun 53 orang sehari dalam setahun, di mana 50% adalah dari golongan berumur 25-44 tahun. Jumlah individu yang bankrap dari tahun 2007 sehingga 2013 adalah 245,000 orang yang mana faktor utamanya adalah disebabkan oleh kegagalan untuk membayar pinjaman (hutang).

Persoalannya, kenapa hutang rakyat kita tinggi? Menurut data Bank Negara, 64% pinjaman yang dibuat oleh isirumah adalah dari pinjaman perumahan dan kereta sahaja. Pinjaman peribadi jatuh ke tempat ketiga paling banyak.

Pertanyaannya, mengapa harga rumah mahal sehingga boleh membuatkan kita terhutang sampai ke tua? Bila rakyat bertanya hal ini, jawapan pemaju mudah sahaja, iaitu kerana barang kos pembinaan seperti simen, pasir, batu-bata dan seribu satu macam perkara lain lagi naik harga. Bagi ahli ekonomi, mereka menjawab kerana permintaan melebihi penawaran.

Saya pun hairan kenapa kerajaan tidak boleh mengawal harga rumah ini? Apakah payahnya sangat untuk kerajaan menetapkan harga rumah mampu milik kepada rakyat, iaitu rumah yang boleh dibeli oleh golongan berpendapatan sederhana yang harganya dalam lingkungan RM100-RM200 ribu sahaja.

Ini kerana saya lihat harga rumah yang ditetapkan oleh pemaju sekarang sudah di luar dari istilah rumah mampu bilik. Bayangkan bagaimana seorang yang baru bekerja boleh memiliki rumah jika harga rumah dua tingkat di Bandar Baru Bangi dengan keluasan 20”X70” pun sudah mencecah RM500 ribu. Bayangkan harga rumah kondominium di Bangsar yang seluas 2,000 kaki (185 meter) persegi dijual pada harga RM2.4 juta seunit dan harga sebuah rumah semi-D di Sri Hartamas berharga RM1.5 juta. Siapakah yang mampu membelinya?

Bayangkan pula kalau ada hutang kereta, anak kecil 3 orang, kena beli lampin anak, bayar orang gaji, kad kredit, pakaian, persekolahan, minyak kereta dll, maka apa lagi yang tinggal? Bagaimana mungkin mampu untuk membeli rumah semahal ini jika pendapatan suami isteri hanya RM5 ribu sebulan sahaja dengan bayaran yang ditetapkan dalam masa 35 tahun. Jika suami isteri berpandapatan RM5 ribu pun tidak mampu, bagaimana bagi mereka yang berpendapatan lebih rendah dari itu?

Saya cukup risau dengan harga rumah yang tidak terkawal dan over priced ini. Sekarang ini pun dengan gaji RM6 ribu sebulan, belum tentu dapat membeli rumah yang berharga RM400 ribu. Andaikan si pembeli meminjam RM400 ribu sahaja daripada bank dengan purata kadar faedah enam peratus setahun, peminjam perlu membayar ansuran bulanan sebanyak kira-kira RM2,400 selama 30 tahun. Ini bermakna peminjam yang membeli rumah teres pada usia 30 tahun hanya akan habis membayar hutang pada usia 60 tahun. Persoalannya, berapa ramaikah rakyat kita memiliki pendapatan RM6 ribu sebulan sekarang?

Apabila melihat kepada masalah harga rumah yang semakin ‘tidak masuk akal’ sekarang ini, saya terpanggil untuk membincangkan masalah ini. Saya sedih melihat nasib rakyat yang terhimpit dengan masalah ini kerana biarpun sudah berumur 45 tahun dan berkelulusan universiti, sehingga sekarang pun masih ‘menyewa’ lagi. Itu belum lagi mengambil kira mereka yang bekerja di bawah dari tahap gaji pegawai yang berkelulusan universiti.

Atas masalah harga rumah yang tinggi ini, saya mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya mengambil tindakan berikut:

i. Turunkan kadar faedah daripada 4% kepada 2% sahaja untuk pinjaman kerajaan dan dari 6% kepada 3% sahaja untuk pinjaman bank bagi rumah pertama. Ambil perhatian kerajaan Kelantan tidak mengenakan faedah kepada kakitangan awamnya dan Public Bank hanya mengenakan kadar faedah sebanyak 1% sahaja kepada kakitangannya.

ii. Naikkan elaun perumahan untuk kumpulan sokongan dari RM180 sebulan kepada jumlah yang lebih wajar. Di Kuala Lumpur, sewa sebilik pun sudah RM250-500 sebulan. Bagi pekerja swasta pula, kerajaan perlu mewajibkan syarikat membayar elaun perumahan kepada pekerjanya campur dengan gaji minimum yang baru diwajibkan.

iii. Kerajaan sendiri membina lebih banyak rumah sesuai dengan permintaan dengan tidak lagi menyerahkannya kepada pemaju swasta. Sekiranya syarikat swasta mahu juga membinanya, kerajaan perlu meminda akta supaya segala pembangunan perumahan yang dilakukan oleh syarikat swasta hendaklah mengikut syarat-syarat ketat harga yang ditetapkan kerajaan supaya harga menjadi terkawal dan tidak lagi melampau.

iv. Menteri Perumahan yang baru sepatutnya merangka mekanisme untuk menurunkan harga rumah sama ada dengan mengurangkan kos pembinaan dan lain-lain tindakan yang wajar.

v. Jika harga rumah mahal disebabkan oleh harga tanah, maka kerajaan hendaklah menetapkan harga siling bagi setiap kaki persegi tanah kerana tanah adalah milik kerajaan yang boleh dikawal.

vi. Jika harga tanah di bandar mahal untuk membangunkan perumahan, maka binalah apartment ‘layak duduk’ yang sesuai untuk golongan berpendapatan rendah. Mereka tetap perlu disediakan rumah kerana itu adalah keperluan asas manusia yang perlu disediakan oleh kerajaan untuk rakyatnya. Jangan pula cari alasan ‘kalau ayam mahal jangan makan ayam’, atau ‘kalau rumah di bandar, mahal sewa atau belilah rumah di kampung’.

Saya yakin jika kerajaan boleh membuat pelbagai program seperti Hari Sukan, Hari Wanita dan Hari Belia dengan kos yang berjuta, tentunya tidak sukar bagi kerajaan untuk mengambil langkah lebih adil bagi menyediakan perumahan kepada rakyat ini.

Mengingatkan tentang hutang rakyat kita yang terlalu tinggi dan ramai lagi dari kalangan mereka yang masih belum mempunyai rumah sendiri, hati saya mengeluh. Semoganya tidak lagi selepas ini...

- Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff
Penganalisis Politik, Pensyarah UKM

BERJAYA ITU SUKAR

Impian semua pelajar mendapat anugerah tertinggi. Jadi Kenangan kerana usaha sendiri. Bukan senang untuk capai impia...