Selasa, 6 Disember 2011

TAHUN 2011

Kini sudah berada di penghujung tahun 2011 dan sudah berada di Tahun 1433 Hijrah.Banyak peristiwa yang berlaku sepanjang tahun ini..ada yang manis dan ada yang pahit dan semuanya menjadi kenangan dan tauladan dalam menerusi sisa2 kehidupan yang dipinjamkan.
Dalam meniti titian kehidupan yang semakin usang kekadang kita akan jatuh bila terpijak pada kawasan yang reput.Mungkin ada masa untuk memperbaiki keadaan bukan masa yang menentukan tapi kita yang akan melakukannya.
Bagi aku sendiri,memang banyak peristiwa yang berlaku dalam kehidupan dan semuanya akan aku jadikan sebagai satu panduan.Bukan untuk memperbaharui azam tapi cuma untuk muhasabah akan diri sendiri pencapaian dan kekurangan sepanjang tahun 2011/1432H...
diharapkan cahaya yang memancar di pagi hari akan terus bercahaya dipagi hari yang mendatang.Satu perkara yang membuat akau begitu gembira,aku dapat berjumpa kembali dengan rakan2 lama dan juga guru2 yang pernah membimbingku, walaupun pertemuan itu hanya di alam cyber..tapi ianya cukuplah membuatkan aku teringat kembali memori silam dan dihrapa waktu mendatang ada ruang dan peluang untuk aku bertemu,bersua rupa dan bertentang mata...rindu kian menggamit.................
Menghadapi sikap kawan2 yang propa juga menjadi satu pengalaman yang menarik bagi aku tahun ini..kawan yang tahu erti sebenarnya berkawan..kawan yang tahu apa itu maksud berkawan..kawan yang hanya perasan dia punyai ramai kawan padahal kawan2 dia adalah kawan yang bukan dikategori sebagai kawan...KEPADA SEMUANYA SEMOGA MAJU JAYA.

Selasa, 1 November 2011

MENGHAMPIRI HARI AIDIL-ADHA

Sekejap betul masa berlalu,diam tak diam kita dah berasa dipenghujung tahun Masihi dan Hijrah..Kurang seminggu lagi Umat Islam Seluruh Dunia akan menyambut Hari Raya Aidil Adha ataupun hari Korban atau jua disebut Hari raya Haji, Kepada hali keluarga yang menjadi tetamu ALLAH semoga menunai Ibadah Haji Rukun Kelima dan mendapat Haji Yang Mabrur.
Terlalu banyak Pengorbanan yang kita lakukan sebenarnya dalam kitaran hidup kita,cuma kita aje kadang-kadang tak sedar.Habis tidak pun kita berkorban menghabiskan masa dengan duduk didepan TV daripada menghabiskan masa mendengar Kuliah Dari Ustaz.. Kita korbankan lidah dan tangan kita dengan berkata atau menulis perkara yang hanya mendatangkan musibah, bukan mengajak kearah kebaikan.Banyak masa kita dihabiskan untuk perkara orang lain atau benda lain selain kita bertanya khabar keluarga di kampung.
Baru-baru ini aku berkesempatan untuk Pengacara bagi Produk Kecantikkan,,perghhhh!!! ramai juga yang membeli dan menghabiskan sebahagian dari "budget" untuk cantik.Senang2 je jualan melebihi 100k.. Tak salah untuk cantik sebab semua orang mengimpikan kecantikan..tetapi biarlah kecantikkan itu seimbang.
Moralnya: Pengorbanan yang menjadikan kita terkorban....

Selasa, 2 Ogos 2011

KALAU DAH NAMANYA PEREMPUAN

Salam Ramadhan..Hari pertama puasaku..berbuka di konti..perghhh...itulah dinamakan kerja..suka tak suka terima ajelah..tapi kesempatan ini bukan nak cerita pasal berbuka puasa tidak juga pasal nak raya..cuma aku tertarik nak kongsi satu sms yang dihantarkan oleh seorang wanita di screen komputer 33080..Cerita mengenai keluh kesahnya dan kisahnya...aku nie bab2 menyelesaikan masalah orang bukan pandai sangat masalah aku pun berbaris tak diselesaikan..
Cerita seorang perempuan yang berkahwin hampir 15 tahun lamanya dengan seorang lelaki yang yang dicintainya macam nak roboh satu dunia dahalu,dan telah ada 4 orang anak dan 2 orang mertua ( sebab yang pertama meninggal dan mertuanya kahwin lagi)
Sekarang perempuan itu mengeluh tentang perkahwinan,katanya masa belum kahwin dulu dia selalau berdoa supaya ditemukan jodoh dengan lelaki yang baik yang bukan kaki pukul bini apatah lagi kaki perempuan,dan semua doanya dimakbulkan tuhan,pendek kata dia betul2 dapat suami yang diidamkan,tapi setelah 15 tahun baru dia teringat yang dia cuma berdoa mahukan suami yang baik dia terlupa meminta suami bukan saja baik tapi berduit,atau bahasa mudahnya "kaya"...sekarang dia mengeluh siang malam tentang wang ringgit,baik saja tidak cukup kalau tak berduit..emm pulak dah..inilah perempuan.
Saya rasa bukan pengirim sms ini je yang mengeluh tentang perkara yang sama,bersepah disekeliling kita,untuk orang lelaki ni nak bagitahu,sebenarnya orang perempuan nie tamak,tak pernah cukup walau sebanyak mana yang kita beri,lagi banyak yang kita beri,lagi banyaklah yang mereka minta,kalau kau orang fikir dengan menjadi lelaki baik dah cukup sebenarnya kau orang dah silap besar,kebaikan akan menjadi sampah jika tidak disokong dengan harta benda dan duit ringgit ( dollar lagi bagus )..
Memanglah,kebanyakan orang tahu wang ringgit dan harta benda bukan lambang kebahagiaan tapi kalau tak ada lagilah tak bahagianya,senang cerita kalau boleh mereka mahukan suami yang kacak,baik,sayangkan mereka seorang je dan kaya raya,alim dan sebagainya..tapi mana nak ada lelaki macam tu kan?.
Tak pasti jugalah kenapa perempuan perangai cam nie..mungkin sebab banyak sangat melalut melihat filem hindi,ataupun membaca novel,tidakkan melihat sinetron kat tv.
Apapun sebab musababnya,nie nak bagi peringatan kat adik2 perempuan yang sedang hangat bercinta,beleklah puas2 rupa pakwe kau orang tu..tak hensem pun tak pe..janji berkenan dihati tapi satu je yang perlu diperhatikan adakah pakwe korang tu akan muncung bila tengah2 bulan..kalau itu keadaannya berhati2lah..kalau nak beli rokok pun minta loan ngan mak bapak..emmmm..payah tu..bukan apa...nanti jadi seperti cerita kakak yang hantar sms tadi, dah nak monopaus asyik cerita pasal ketidakmampuan suaminya menyediakan itu dan ini..dunia sekarang nie bukan saja berlandaskan cinta..tak leh hidup dengan semata-mata cinta kalau nak masuk tandas pun pow duit kita..
nak membina masa depan memang sukar tapi nak melingkupkan masa depan mudah aje.Sekarang nie duit adalah segalanya,nak harapkan cinta aje..makan pasirlah jawabnya..itulah moralnya.

Sabtu, 16 Julai 2011

PROGRAM MOTIVASI

Pada tarikh 14 Hb July 2011, aku telah berpeluang untuk bersama-sama dengan Pakar Motivasi terkenal di negara kita iatu Dato Dr,Hj Fadzillah Kamsah menjayakan satu Program Motivasi yg bertemakan Peranan Ibubapa dan guru menjana pelajar cemerlang.Program ini diadakan di padang bandaran Pasir Puteh Kelantan...aku ditugaskan menjadi "Moderator" dalam program tersebut.
Hakikatnya banyak perkara yang aku perolehi dari yang pakar motivasi ini sepanjang aku bersama beliau,peluang dan ruang aku gunakan sepenuhnya untuk menimba ilmu dalam waktu yang terlalu singkat.Banyak perkara yang kami bincangkan..akhirnya program ini berjalan dengan lancar dan sambutan dari orang ramai terutama ibubapa,pelajar dan guru..terima kasih...

Khamis, 26 Mei 2011

MENGENALI PERSONALITI MELALUI TULISAN

Ilmu dalam alam semesta ini memang luas,selagi kita rajin mencari selagi itu kita akan rasa betapa cetek dan dengkalnya ilmu yang kita ada, Melepak bersama seorang insan yang Bernama Ustaz Haji Sulaiman,seorang pesara guru dari Kampung Merkang Pasir Putih Kelantan dan kini merupakan Penceramah Agama, beliau mahir dalam nahu bahasa arab,indah bahasa Al-Quran itu memang mengasyikkan bila mendengar dari seorang yang mahir dan sememangnya menjadi tempat rujukan bagi yang dahagakan ilmu, salah satu cabangnya ialah seni tulisan Khat.Fahamlah aku apa sebenarnya...dan suka aku kongsikan dengan rakan2 membaca Blog aku nie.Kita kongsi perkara yang baik.

Berhubung dengan rahsia melalui tulisan, menurut pakar motivasi ia terbahagi kepada dua kategori iaitu :


Pertama : Tekanan
i. Tekanan yang kuat : Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas. Maka dia adalah seorang yang sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif.
ii. Tekanan yang ringan : Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas. Dia adalah seorang yang kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit.

Kedua : Bentuk Tulisan
i. Tulisan yang bulat-bulat : Semua huruf ditulis dengan bulat. Dia adalah seorang yang emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif).
ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper. Tulisan yang angular dan sharp. Dia adalah seorang yang rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical).

Kesimpulannya,rakan2 yg membaca akan tahu dimana kedududukan diri sendiri,bukan orang lain yang mentafsir tapi diri sendiri,kerana kita yang kenal diri kita.Bila kita kenal diri senanglah untuk kita mengenali orang lain dan orang mudah mengenali kita tetapi perkara yang paling penting " KENAL DIRI MAKA AKAN KENAL TUHAN"....Sekian.

Khamis, 19 Mei 2011

KEKUATAN DALAM PERHUBUNGAN

1. Kekuatan berfikir

Cinta bermula dari fikiran kita. Berfikir tentang pasangan ideal yang ingin kamu kenali akan membantu kamu mengenali dia, ketika kamu akhirnya bertemu dengan orang yang tepat tersebut.

2. Kekuatan untuk menghormati
Kamu tidak mampu mencintai seseorang atau apasaja kalau kamu tidak menghormati mereka. Orang pertama yang patut kamu hormati ialah dirimu sendiri. Untuk mulai menghormati diri sendiri, kita patut bertanya pada diri sendiri “apa yang aku hormati dalam diriku?”. Untuk mendapat perasaan hormat dari orang lain, bahkan dari orang yang kamu tidak suka, kita patut bertanya pada diri sendiri.”apa
yang aku hormati dalam diri mereka?”.

3. Kekuatan untuk memberi
Jika kamu mahu menerima cinta, kamu harus mampu memberikannya terlebih dahulu. Makin banyak cinta kamu beri, makin banyak yang akan kamu terima. Mencintai sama ertinya dengan memberi cinta tulus pada dirimu sendiri. Belajarlah untuk melakukan berbagai macam kebaikan. Formula rahsia untuk meciptakan hubungan yang ceria,penuh cinta,dan abadi adalah dengan selalu berfikir “Apa yang dapat aku beri?”dan bukan Apa yang akan aku dapat?”.

4. Kekuatan persahabatan
Untuk mencari cinta sejati,kamu mesti mencari sahabat sejati
terlebih dahulu. Cinta bukan bererti mata kalian saling
berpandangan, tapi lebih bererti bersama – sama melihat ke satu tujuan. Untuk mencintai seseorang seutuhnya, kamu harus mencintai keperibadiannya, bukan fizikalnya.
Persahabatan adalah tanah dimana benih cinta dapat tumbuh. Jika kamu ingin membawa cinta ke suatu hubungan, kamu harus menciptakan persahabatan terlebih dahulu.

5. Kekuatan dari sentuhan
Sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat,
menghancurkan dinding pemisah dan menyatukan suatu hubungan. Sentuhan membuat kita lebih dapat merasakan getaran cinta yang sebenarnya.Tetapi agama Islam melarang kita bersentuh-sentuhan tatkala bercinta, kekuatan ini difokuskan kepada suami isteri..

6. Kekuatan untuk melepaskan
“Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu,maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu”. Bahkan dalam hubungan percintaan, seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendiri. Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita harus belajar untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita. Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego. “Hari ini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak akan dapat mempengaruhiku- hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku”.

7. Kekuatan dalam komunikasi
Ketika kita belajar untuk berkomunikasi secara terbuka dan jujur, hidup lalu berubah. Mencintai seseorang bererti berkomunikasi dengannya. Biarkan orang yang kamu cintai tahu bahawa kamu mencintai dan menghargainya. Jangan pernah takut untuk mengucapkan 3 kata magik : “Aku cinta kamu”. Jangan pernah melewatkan kesempatan untuk mengucapkan itu kepadanya. Selalu tinggalkan orang yang kamu cintai dengan kata – kata mesra, kerana ia mungkin boleh jadi hari terakhir kamu melihatnya. Contohnya, jika kamu akan mati tapi diberi kesempatan untuk menelefon orang yang kamu cinta, siapa yang akan kamu telefon, apa yang akan kamu katakan dan apa yang kamu akan berikan.Jadi kenapa tunggu lagi.

8. Kekuatan dari komitmen
Jika kamu ingin mendapatkan cinta yang berlimpah, kamu harus mampu menciptakan komitmen, dan komitmen tersebut akan tercermin dalam fikiran dan tindakanmu. Komitmen adalah ujian cinta yang sejati. Jika kamu ingin memiliki hubungan yang penuh cinta, kamu harus setia
dengan hubunganmu itu. Ketika kamu terikat komitmen pada seseorang, berhenti mencintainya bukan merupakan pilihan. Komitmenlah yang membezakan antara hubungan yang mudah hancur, dengan hubungan yang kuat.

9. Kekuatan semangat.
Semangat, membakar cinta dan membiarkan cinta tetap hidup. Semangat yang terus berkobar, bukan hanya datang dari daya tarik fizikal, tapi datang dari komitmen yang dalam, kemahuan, dan rasa saling tertarik. Semangat dapat diciptakan kembali dengan cara membayangkan saat indah di masa lalu dengannya. Spontan dan kejutan dapat menciptakan semangat cinta. Pokok dari cinta dan kegembiraan selalu sama yang harus kita lakukan adalah mengisi hari – hari kita dengan penuh semangat..

10. Kekuatan dari rasa percaya
Rasa percaya selalu menjadi komponen penting dalam suatu hubungan.Tanpa rasa percaya, seseorang bisa menjadi curiga, cemas, dan takutdan orang lain akan merasa terperangkap dan secara emosional menjaditertekan. Kamu tidak boleh mencintai seseorang secara utuh sehinggalah kamu mempercayainya secara utuh pula. Bersikaplah seakan – akan hubunganmu dengan orang yang kamu cintai tidak akan berakhir. Salah satu cara untuk mengetahui apakah seseorang itu benar – benar untuk kamu, tanyakanlah pada dirimu sendiri “Apakah aku benar – benar mempercayainya sepenuh hati ?” jika jawapannya adalah “tidak”, maka kamu harus berfikir dengan mendalam sebelum kamu membuat komitmen yang lebih jauh dengannya
Berkesempatan mengikuti rakan2 memancing di perairan persisiran pantai Trengganu dan Kelantan di Sekitar Pulau kapas dan pantai Melawi.Jika anda berminat boleh Hubungi 010-7788666 atau email : mahderas@gmail.com
Kata orang merasai keasyikan memancing di laut memang berbeza dan mengujakan.cubalah kalau berkesempatan.
Permandangan ditengah lautan boleh menenangkan jiwa.Masalah bagaikan terungkai bila berada ditengah lautan.Boleh rasai sendiri dan hubungi 010-7788666 atau email : mahderas@gmail.com untuk sebarang keterangan dan maklumat lanjut.

Khamis, 12 Mei 2011

ROCK KEMBALI..

Sememangnya lagu-lagu genre Rock Jiwang,lentok dan sebagainya diterima Kembali dalam Persada seni Tanahair.Bermula Tahun 2009..lagu2 genre sebegini kembali diminati oleh golongan remaja.Sebagai Seorang Penyampai Radio aku dapat menilai antara lagu2 yang diterima oleh pendengar.Sebenarnya orang2 kita ni lemah lembut dan sebab itulah lagu2 yang lembut akan sentiasa terberkas dihati.Tapi sayang kini tiada komposer2 otai yang berani menerbitkan lagu2 genre sebegini..mungkin kerana kekangan idea ataupun permasaran tidak sama..
Antara Kumpulan Rock yang cukup diminati di era Rock Jiwang ialah Desire..Kumpulan yang berasal dari kelantan.Pernah Menjuarai Battle Of Rock Malaysia..Menghasilkan Empat buah album dengan lagu2 yang meletup..BIAS CINTA,MENANTI,PELANGI,OTAK ULAR,CAMPUR DARAB BAHAGI..dan lain2 nyer.Sempena dengan itu pada tahun 2011.Penyanyi yang lahir dari siri program realiti tv telah diumumkan sebagai vocalist kumpulan Desire iatu Shaq.

Sidang Media telah diadakan bertempat di Rebana Hotel Kota Bharu,Kelantan.Pada majlis tersebut dipedengarkan nyanyian SHAQ bersama Desire melalui lagu MENANTI dan PELANGI.
Berita Baik untuk Penggemar Rock dan Peminat kumpulan Desire..Kumpulan yang telah ditubuhkan 23 tahun yang lalu akan menghasilkan Album Terbaru berjudul Ular Vs Naga yang akan dilancarkan pada 11 November 2011.
Kepada Desire semoga akan terus berkarya..

Selasa, 26 April 2011

EXAM DAN HOSTEL

Bersyukur aku kerana berkesempatan tinggal di asrama ( Hostel ) masa zaman belajar dulu..banyak jugalah pengalaman pahit manis yang aku perolehi..kali aku nak cerita sikit..ooppss bukan pasal mengintai budak perempuan mandi sungai masa air tak ada kat asrama,tapi pengalaman aku dan pemerhatian aku ketika nak exam.
Makin dekat nak exam makin soleh dan solehah budak2 hostel,sebab masing2 tak ada masa nak mengumpat pasal warden atau pakwe member yang tak hensem,tapi pakat2 sibuk nak baca buku paling tidak pun nak cari buku entah kat mana ceruk.
Yang mana ada pakwe atau awek untunglah sebab inilah masanya nak discuss bab2 pelajaran disampaing bab2 nikah kahwin,manalah tahu kalau tak pass exam taklah susah nak jadi laki bini nanti.
Kalau nak tengok muka2 ulat tanah jadi ulat buku time ginilah.Kehulu-kehilir berkepit dengan buku,kalau tengok kecaranya macam intelek habis,tapi kalau tengok kemuka masing2 macam nak nangis habis.
Bab cari soalan ramalan budak2 hostel memanaglah terrer,habis satu malaya sahabat handai dicontactnya,dapat je soalan ramalan muka masing2 berseri2 mcm pengantin,lepas tu mulalah nak berangan nak apply "U"..nak jadi doktorlah,engineer tak pun cikgu.
Time ginilah muncullah study group,sambil study sambil discuss biasanya hingga larut malam,tapi biasanya group entah kemana,tidur jelah yang lebih.
Sindrom cakap sorang2 makin menjadi2 kalau makin hampir nak exam..rambut yang leper pun dah jadi tercacak,maklumlah kelam kabut nak hafal segala jenis formula,biasanya menghafal waktu lampu padam,dalam kelambulah..sekali dengar ada jugak yang macam berjampi,dan ramai jugak bunyi macam lalat hurung najis..keh..keh..keh..
Istilah study maut,study biar lepak result biar gempak..banyak sangat didengari semata2 nak menyedapkan hati sendiri,.pakcik jaga dicari nak buat air penerang hati..perghhh memanglahh tak pasal2 orang tua tu jadi tok bomoh..
Tapikan..selalunya musim2 begini ramailah yang jadi alim tak tentu hala,kalau dulu time jemaah sanggup nyorok dalam locker,tapi dekat2 exam ni..pakat sembahyang tak berenti,maklumlah nur tak pass exam dah terpancar kat muka hehehee...begitulah keadaannya..akhirnya potong eraser ( Getah Pemadam )..Buat buah dadu...ABCDE..dan F..F makna Lambung sekali lagi..Sebab jawapan hanya untuk ABCDE..kalau soalan subjektif..kat dalam kertas tulis..." Tolonglah berikan markah untuk saya"....pemeriksa kertas jawapan pun faham sangatlah.."BUDAK MELAYULAH KALAU CAM GINI".....
Kepada adik2...Selamat berusaha untuk satu kejayaan...

Rabu, 20 April 2011

KITA PATUT GEMBIRA..KITA HARUS MENANGIS...

" Bila rasa gembira tepuk tangan..bila rasa gembira hentak kaki..bila rasa gembira beginilah caranya bila rasa gembira....."Emm itulah antara lagu2 yg pernah cikgu pengakap ku ajar dulu zaman sekolah...moralnya..banyak cara untuk menzahirkan rasa gembira..tapi ada setengah perkara kita patut rasa gembira dan selebihnya pulak kita harus menangis kalau:-
KITA PATUT GEMBIRA KALAU..dapat beli alat solek dengan harga yang cukup murah
KITA HARUS MENANGIS KALAU..selepas memakainya muka kita jadi limau purut,jangankan orang kambing pun takut tengok.

KITA PATUT GEMBIRA KALAU..Emak bapak sanggup tumbangkan dua tiga ekor lembu pada majlis perkahwinan kita.
KITA HARUS MENANGIS KALAU..Tiada siapa yang datang ,hanya adik beradik kita jer yang datang pada majlis tu.

KITA PATUT GEMBIRA KALAU..kita dicalunkan dalam pemilihan parti.Nampak sangat orang percayakan kita
KITA HARUS MENANGIS KALAU..Hanya dua tiga orang je yang mengundi kita.Nampak sangat orang tak suka kat kita.

KITA PATUT GEMBIRA KALAU..Anak kita masuk suratkhabar kerana kejayaanya dalam perniagaan
KITA HARUS MENANGIS KALAU..Hidup kita tetap hidup merempat,duitnya sepuluh sen pun kita tak rasa.

KITA PATUT GEMBITA KALAU..Ramai bekas anak murid kita menjadi orang-orang hebat dan berpangkat.
KITA HARUS MENANGIS KALAU..Lepas seorang,seorang daripada anak murid kita ditangkap dek kerana menjadi penjenayah kolar putih...

Sesungguh setiap gembira itu adalah permulaan pada berdukacita..tapi jangan fikirkan kisah duka kalau nak berjaya,tapi jadikan kedukaan itu sebagai permulaan untuk bergembira...semoga berjaya..

Rabu, 30 Mac 2011

KISAH AKU DAN GUA GELANGGI

Permandangan dari puncak Gua Gelanggi...








Berkesempatan lagi aku untuk mencoretkan sesuatu dalam blogku ini.Setelah habis kisah sendu sendan dalam jiwa raga ku ini..aku coretkan semula pengalaman pertamaku menjejaki keseluruhan isi kandungan Gua Kota Gelanggi walaupun pada hakikatnya aku selalu melepak kat sini kalau kepala berserabut,kerana kat sini ada anak sungai dan suasana yang mendamaikan.
Pengalaman ini aku perolehi semasa aku bersama dengan Arwah Aki Zaid Dan Arwah Enchu.Seperti yang dijanjikan kami pun pergi ke Gua Kota Gelanggi bersama dengan dua orang lagi rakankku iatu Arwah Zaharuddin dan juga Zaki Endut.Kami Sampai ke Gua tersebut iatu ke Kota Balai dalam pukul 10 pagi.
Setelah membakar kemenyan dan jampi lebih kurang..hehehehe..bukan aku yang buat semuanya itu.Arwah Aki Zaid yang buat..katanya dia adalah waris penjaga gua.
Sesuatu yang menakjubkan..dalam perjalanan kami dalam menyelusuri pintu-pintu gua..tiada halangan langsung..seperti kami window shoping di pasaraya..keindahan dan keasyikannya tidak dapat aku dapat bayangkan dengan kata-kata..Kebetulan arwah Zaharuddin ( Doha..nama timbangannya ) ada membawa kamera..apa lagi aku dan zaki berposing disetiap sudut gua tersebut..gelagat aku hanya ditertawakan oleh Arwah Aki Zaid Dan Arwah Enchu..emmm hasilnya bila filem cuci dikedai Mary di Jerantut..semuanya gelap belaka..
Menurut Aki Zaid Gua kota Gelanggi ada Tujuh Pintu Utama yang berangkai seperti kota..rangkaian nyer bergelang-gelang sebab itu dipanggil Gua Gelanggi.Aku juga ditunjukkan makam hijau dan tempat latihan persilatan serta pertapaan Perjuang Melayu iatu Panaglima Imam Rasul.
Dan banyak lagi tempat2 yang memang sentiasa tergiang dalam ingatan tetapi atas sebab2 tertentu tak dapatlah aku ceritakan disini.Sehari bagaikan sekejap bila berjalan2 sambil meneroka segenap gua..Seronok sangat..dan Arwah Aki Zaid kata..kami ni antara yang beruntung..sebabnya dia tak pernah pun bawa orang lain sebelum ni..dan selepas ini..Katanya aku ni ***********..eemm..bila balik rumah tanya arwah mak..memang betulllah apa yang diperkatakan oleh Aki Zaid..
Di penghujungnya aku di tunjukkan satu tanah perkuburan..setelah selesai semuanya kami pun berangkat keluar..Ada Cerita sedih yang Aki ceritakan mengenai Dua makam yang terletak berhampiran..meleleh airmata kami mendengarkan cerita..cerita mengenai perjuangan dan pengorbanan..dan perkataan terakhir yang masih aku ingat ialah " Melayu tak hina dek kata,,tapi kata2 mungkin menghancurkan melayu"..macam2 teka-teki pulak..dan bila aku dewasa dan makin berusia...aku makin faham dengan ungkapan tersebut.
Seterusnya.........berkenalan dengan pewaris penjaga gua.................sekian terima kasih.

Sabtu, 19 Mac 2011

TIGA DURI DIHATI BONDA

Salam bahagia,,dah lama tak update blog ni.maklumlah sejak akhir2 ni sibuk sikit.Banyak aktiviti dan tugasan yang harus dibereskan dan kekadang ada yang diluar jangkaan.Hari ini 19hb March..Kai pertama akau menyaksikan sebuah drama garapan tulisan En.Saharudin (Pak Andak) yang berlandaskan kisah benar yang berlaku dan ianya begitu dekat dengan dirinya..Pagi tadi aku memaklumkan kepada semua pendengar yang mengikuti celotehku..maklumlah dah jam 5.00 pagi..aku tak menjangkakan ianya memberi kesan mendalam terhadap hebahanku..hasilnya lebih seribu sms yang diterima yang menceritakan kembali setelah menonton drama tersebut dan aku menjangkakan yang rating drama tersebut akan naik walaupun ianya sebuah drama lama yang diterbitkan sekitar 1996 kalau tak silap.
Ramai yang memberi maklumbalas sesungguh "Cerita ini ada cerita yang memberkas dihati terkesan dijiwa".dan aku pasti penulis skrip dan pengarah drama ini akan berbangga kerana ianya tetap unggul dan berada di kelas tersendiri walaupun telah lebih 15 tahun.Habis tisu sekotak,sedu sedan dan linangan airmata menjadi peneman kepada mereka yang menonton,dan sekiranya hati tiadak terusik itu bermakna mereka tiada jiwa..sekali lagi tahniah dariku..Tahniah untuk OGY Ahmad Daud yang membawa jiwa Senah.
Habis sahaja menonton drama ni aku terlena dalam sendu..sedar2 hp berbunyi..emmm..aku kena gantikan tugasan rakanku Deejay Aiman Lim sebab anaknya kemalangan..tak apalah aku pun bukan ada kerja hari ini.Kemudian bunyi lagi Hpku..terkejut juga bila yang menelefon aku adalah seorang penerbit sebuah rancangan tv yang berbayar..dia minta aku mengendalikan sebuah racangan berbentuk rencana tapi memfokuskan negeri Cik Siti wan kembang..katanya dia pernah dengar aku bertugas sewaktu berkunjung ke tanah rendah sekebun bunga ni..Gembira aku sebab orang hebat dengar aku bertugas...ceh..cehh..rasa eksen pun ada..tapi sekejap je.
Tapi aku menolak tawaran tersebut dengan baik,bukan aku tak minat tapi aku tak ada jiwa untuk mengendalikan segmen tersebut..kerana apa?..sebabnya aku baru sahaja menyaksikan sebuah drama yang ditulis orang yang mempunyai jiwa dalam cerita.dah roh jiwa ditiup maka terhasil sebuah garapan hebat walaupun ianya sebuah karya sulong si penulis.
Kembali aku berfikir aku seketika,kenapa tak ada yang tawarkan aku untuk buat dokumentari mengenai negeri kelahiranku..banyak sejarah yang belum disingkap..bnyak tempat yang boleh diterokai

Sabtu, 5 Mac 2011

SAYANG CIKGU

Sebelum aku meneruskan cerita kisah Gua Gelanggi. Aku selitkan dulu kisah pertemuanku dengan salah seorang guruku yang pernah mengajarku suatu waktu dahalu Shaharuddin Sulaiman namanya atau kini dia membahasakan dirinya Pak Andak.Beliau merupakan guru bahasa English di sekolah peringkat menengah rendah.Menpunyai cara sendiri bagi menarik minat anak-anak muridnya terhadap pelajaran english Almaklumlah sekolah luar bandar.Jarang murid2 sedar akan kepentingan bahasa english,tetapi kerana kaedahnya yang tersendiri menjadikan ramai yang meminati bahasa english bagi murid-murid lelaki..dan bagi murid perempuan minat mungkin kerana ketampanan wajahnya hehehe...seperti antara lirik lagu Hetty Koes Endang " Wajahmu tampan semua orang tahu....."..tapi keterampilan yang menjadi ikutan dikalangan abang2 seniorku..tapi aku tengok je..hehehe..budak mentah mana reti nak bergaya..
Alhamdulillah..aku berkesempatan berjumpa dengan beliau di Kampung Mengkarak..walaupun dah berubah atas faktor umur tapi lenggok gaya bahasa percakapannya tetap sama..dia tidak lagi menjadi guru,kini menjadi penulis sepenuh masa..penulis skrip drama...banyakalah juga drama2 yg dipertontonkan di kaca tv itu adalah hasil nukilan beliau..
Untuk cikguku...Kau membuatkan aku berbangga kerana menpunyai guru seperti mu..Sayang cikgu!!!! Shaharuddin Sulaiman....

Selasa, 15 Februari 2011

KE GUA GELANGGI

Sebenarnya kedudukan Gua Kota Gelanggi adalah dalam perjalana darii rumahku ke Sekolah..aku tidak mengambil hirau sangat tentang Gua ini walaupun ketika pulang dari asrama,kekadang perjalanan bas terhenti kerana ada aktiviti mengebom di kawasan Kuari di Gua tersebut..itulah yang aku ingat,tetapi ada kejadian yang menjadikan aku begitu hampir dengan Gua Kota Gelanggi.
Sekolahku mengadakan Sukan Tahunan,dan seperti biasa acara2 padang dijalankan sebelum hari temasya..emm aku pun turut samalah..terlibat dalam perlawanan bolasepak..entah macamana dalam perlawanan tersebut kakiku tergeliat..Terhencut-hencutlah aku berjalan untuk ke dewan makan.Apabila Enchu melihat keadaanku dia pun bertanya..dan aku pun ceritalah apa yang berlaku..Selepas makan aku dibawa Enchu ke sebuah rumah yang berada dekat dengan pagar belakang sekolah..Rumah Aki Zaid kata enchu ( Al-Fatihah untuk Arwah )..Aki Zaid teruslah membelek2 kakiku tapi dia tak urut pun,cuma mencalitkan sedikit kapur sireh ke tempat bengkak,dengan nada bergurau dia berkata aku kena berpantang dan pantangnya kalau makan nasi tak boleh bertambah,selama tiga hari berturut,
Pada waktu yang sama beliau berbual dengan Enchu perihal Gua Gelanggi dan Pahlawan Mat Kilau,banyaklah perkara yang disembangkan sehingga melibatkan sejarah Pulau tawar dan Kusultanan Pahang ( Inderapura).Aku turut tertarik,dengan perbincangan mereka,Tibalah waktu nak pulang ke asrama kerana hari makin lewat..dihujungnya Aki Zaid mempelawaku untuk datang kerumahnya kalau ada masa lapang.
Sampai Di Asrama kakiku sudah pulih,tiada lagi kesakitan dan bengkak..eeemmm hebat!! detik hatiku memuji ilmu yang dimiliki oleh Aki Zaid..Enchu mengingatkan aku akan pantang larang tersebut..Selang seminggu tergerak aku untuk kerumah Aki Zaid..bertemankan seorang kawan Ahmad Tamidi ( Jantan) aku kerumahnya..sampai saja kerumahnya beliau kami dapati Aki sedang mengerat rotan yang dilandaskan atas tulang keringnya..Bila kehadiran kami disedari beliau mengalihkan perbuatan itu dari tulang kering ke tunggul kayu..eeemmm..Aku banyaklah bertanya itu dan ini bersesuaian dengan sikap ku yang sentiasa ingin tahu..mana yang boleh dijawab Aki akan jawab,,mana yang tidak aki akan berkata " Nanti Kas ceritakan kat di "...mungkin ada rahsia..
Emmm cukuplah dulu kisah ini..nanti sambung semula..belajar sepinang,sesireh segambir,setepuk setampar,buah pencak berbunga dengan buah pukulan songsang itu mengumpan membunga itu wangi pada tarinya,,,

Selasa, 8 Februari 2011

MAULIDUL RASUL PUNYA CERITA..

Hari selasa hari Off Day bagiku.jadi sempatlah aku mencoretkan lagi kisah dan pengalamanku sewaktu waktu dulu.Kisah aku je tapi juga melibatkan juga orang lain kerana aku bukan keseorangan dalam dunia nie..Sejarah diri kita,sememangnya melibatkan orang lain.
Sambutan Maulidul Rasul Peringkat Sekolah akan dilangsungkan.Ustazah Kelas Petang sibuk mencari bakat2 terpendam untuk menyertainya.Antaranya Pertandingan Nasyid,Bacaan Al-Quran dan Syarahan.Kami yang tinggal di asrama,waktu petang diwajibkan untuk menghadiri Kelas Agama Antara Jam 3 Hingga 5 petang.
Untuk Tahun satu aku mewakili bahagian lelaki.itupun setelah pening juga Ustazah nak menapisnya.biasalah budak Tingkatan satu tahun aku ramai yang berbakat kerana pada Pertandingan Pidato Tak ada pun wakil dari tingkatan 3 hahahahaha...
Bagi memastikan Kelancaran Majlis,petang sebelum majlis diadakan raptai,kerana majlis berlangsung waktu pagi dengan Pengadil didatangkan dari Sek Menengah Agama.kiranya orang luarlah..Awal-awal lagi Ustazah dah pesan buat biasa-biasa.Emm memanglah aku wat ala kadar jer.tetapi tak disangka pulak penyampaian aku di waktu petang tu telah mendapat perhatian dan adalah yang meneka aku akan menjadi juara.Aku tak kisah sangat sebenarnya.biasalah kan bebudak lagi dah pandai bergosip.
Selepas Kelas Malam aku pun balik ke Asrama..kemudian aku dipanggil oleh salah seorang peserta syarahan juga.dia mewakili tingkatan tiga.Dia pun menceritakanlah aku itu, ini ,begitu, begini, memberikan hujah-hujah yang tak berapa bernas dia..dalam hati aku tahu dah apa maksudnya.dan dihujungnya adalah nada ugutan.Balik ke bilik aku pun berfikir sampai terlena..
Hari pertandingan Telah bermula.Aku adalah peserta terakhir yang memberi bahagian syarahan.Pertandingan tersebut diselang-selikan antara Nasyid,bacaan Al_Quran dan syarahan.Tajuk Syarahan Aku ialah "MUHAMMAD RASUL PENERAJU UMMAH"..
Biasalah waktu Syarahan Agama diselitkan juga Petikan Al-Quran Dan Juga Hadis..Sampai satu ayat Al-Quran aku hanya membacakan maksudnya..Bila Habis saja Syarahan aku dipanggil oleh ustazah kenapa tak baca Ayat tersebut.Aku senyap je...sambil sengeh2..bila Ustazah tengok aku cam gitu memang dia cair nyer.
Bila Pengumuman dibuat aku mendapat tempat ke 2.Ulasan dar Ketua juri mengatakan kalau aku membacakan Petikan Ayat Al-Quran pasti aku yang menjadi juara..Dengan nada selamba " Ustaz..ayat tu memang saya ingat...tapi masalahnya masa nak baca jer tadi saya terkentut,jadi batalah wudhuk saya..Ustazah kata kalau nak baca Al-Quran kena ada wudhuk"...semua juri termasuk ustazah aku ketawa terbahak..merah padam muka mereka..tapi aku selamba jer...sebab semalaman aku berfikir tentang alasan yang nak aku berikan..
Abang yang mengugut aku mendapat Tempat yang pertama,datang setelah majlis tamat, dia berikan aku hadiah yang no.1 aku tolak.Sebab nya Johan dan N/Johan tetap wakil sekolah ke peringkat Daerah..jadi  akan buktikan yang aku mampu lakukan dan peringkat seterusnya aku berjaya cuma pada Peringkat Kebangsaan je aku dapat tempat ke 3..
Itulah coretan kenanganku.Bersempena dengan Sambutan Maulidul Rasul..

Sabtu, 22 Januari 2011

SAYANG SI MELOR...

Di izinkan Oleh NYA untuk aku meneruskan coretan,walaupun sejak akhir-akhir ni jadual harianku sedikit sibuk.namun pun begitu semuanya telah kuselesaikan..dan ada lagi yang tak selesai mungkin kerana masa.."Apa yang ada hari ini kita selesaikan hari ini,kerana esok kita tidak tahu apa yang berlaku" demikianlan antara kata-kata Enchu padaku sewaktu dahulu..
Sekolah tempatku akan mengadakan malam kebudayaan..jadi semuanya rasa teruja nak menyaksikannya..begitulah juga dengan aku..Seorang guru pembimbing yang dipertanggungjawabkan bagi tujuan tersebut ialah Cikgu Shah..Kiranya dia antara jejaka tampan idaman malayalah waktu itu..emmm..memanglah..keterampilan dan gaya nya memang hebatlah waktu itu..sesekali ada gaya razis ismail..dan sesekali juga ada iras Roy..Kemas dan segak sentiasa..budi bicaranya sopan..kalau mengajar kami waktu Kelas English..sentiasa tersenyum..walaupun ada masanya apa yang dia cakap pun kami tak faham..Setiap kali masuk kelas mesti membawa sama radio casette..Bosan mengajar kami yang tak berapa nak faham nie..dia akan mengajak kami menyanyi bersama-samanya..dalam hatiku berkata..kenapalah cikgu ni tak jadi penyanyi je...
Suatu hari guru kelasku Cikgu Ahmad Sudin berkata " Awak semua,kalau nak jadi pelakun tambahan pergilah jumpa dengan Cikgu Shah"..aku sebenarnya tak ambil peduli pun..tetapi...rakan sekelasku Nurhayati Mohamad Namanya...mencabarku.." Amiey..masa Jambori Pengakap dulu,awak kan berlakun..seronok jer tengok..pergilah cuba"..aku diam je..memanglah aku dan Nurhayati,Anita,Hafizah dan beberapa orang lagi dari sekolah yang berhampiran waktu sekolah rendah..jadi apa2 jua program selalunya sekolah kami akan bekerjasama...
Petangnya itu aku mengintai-intai tempat latihan,ada yang berlatih menari dan ada juga yang menghafal dialog..Hantu jenis apalah yang merasuk aku..dengan muka yang selamba aku jumpa dengan Cikgu Shah..minta nak jadi pelakun tambahan..bukan hero atau watak utama pun..hehehehe..sebab aku sedar siapalah aku...aku telah bersedia dengan segala kemungkinan..dan kemungkinan untuk tidak terima itu memang aku agak dari awal2 lagi..
Memang benar aku ditolak..tapi cara penolakkan itu membuat hati kecilku tersinggung bagai tersandung diduri rotan yang mencanak..Kecewa hati..aku pun membawa diri dibawah tangki air yang berhampiran dengan pagar sekolah..kat situ ada pokok ketapang..Sebenarnya kawasan itu tiada siapa yang berani kerana dikatakan berhantu..eemm aku tak pernah lak jumpa..Sebenarnya kawasan sekolah aku nie tapak istana lama Kesultanan pahang setelah Kuala Lipis..Tapak kuburan lama pun ada..itu sebenarnya mitos yang menjadikan cerita tangki air tersebut berhantu..
Aku bersendirian dengan airmata meleleh dipipi..Lamunan ku terhenti bila seorang cikgu namanya Wan Zainal menyapaku..dan menanyakan apa punca sebenar dan duduk perkara..pada awalnya dia menjangka aku dibuli oleh rakan senior asrama..eemm.mana mungkin aku dibuli..semua yang duduk asrama sayang kataku hehehehe...dengan ditemani Cikgu Wan Zainal  dia membawaku ke kantin dan berjumpa dengan Enchu.." Tak pe miey..di telah mendapat sesuatu pengajaran..bukan semunya yang kita hendak akan dapat,emas dan permata itu bukan saja2 timbul..ianya mesti dicari dan digali..kena jas peluh baru di boleh dapat"...itulah kata2 enchu ( *di ialah ganti nama bagi awak..perkataan "di" digunakan di kawasan jerantut dan lipis).."Enchu tahu di merupakan seorang yang tabah..enchu perhatikan di nie disenangi semua orang..enchu yakin suatu hari di akan menjadi seseorang"..tambah enchu lagi..
Cikgu Wan Zainal pun menambah " Kalau ada apa2 masalah..bagitau cikgu"...kemudian cikgu Wan Zainal mengajak aku menaiki motor scrambler..ronda2 sampai ke Bukit Rang..kemudian patah balik sampai ke Bukit Nikmat...Perrggghhh...seronok aku..
Sekian Dulu...Sambungan seterusnya..Kali pertama aku berjumpa dengan Aki Zaid....

Khamis, 13 Januari 2011

AKU DAN ENCHU.....

Berjumpa Kembali..diluang masa jua tuk aku meneruskan cerita..tapi sebelum itu, keterangan gambar di atas..Perempuan yang cantik manis dalam Gambar ini ialah Duduk dari kiri Anita,Sharifah Norha dan Hafizah..Manakala yang berdiri Norhayati,Cikgu Ahmad Sudin Rohani dan Zubaidah..Mereka semuanya ini adalah rakan sekelas denganku..Semuanya cantik2 belaka dan manis2..Ada Kisah sebenarnya antara aku dengan mereka ini semua..
Berbalik kepada cerita keakraban ku dengan Enchu Zuki, sebelum itu Al-Fatihah untuk Ayahanda Enchu..
Saban hari aku dengan Enchu makin rapat..ialah rapat seorang anak dengan seorang ayah..bukan rapat kerana Enchu selalu beri makanan bekalannya,Kadang2 Enchu bercerita denganku seolah2 aku nie sebaya dengannya..tentang cerita keperitannya untuk membesarkan anak2nya.Menghalakan nasib anak nya kepada yang lebih baik..menjadi insan yang baik2.."Enchu..kalau boleh nak anak2 Enchu jadi orang yang pandai2 tak mahu ikut jejak langkah Enchu..dan yang penting semua jadi orang yang beriman..yang boleh doakan Enchu"..itu antara perbualan enchu..dan aku sentiasa menjadi pendengar yang setia..dalam genangan airmata dia pernah menceritakan padaku perihal anaknya yang tak mahu kesekolah kerana tak ada basikal...aku yang berumur 13 tahun pun berkata padanya " Biasalah Enchu!!!!..budak2 mana dia tahu susah senang orang tua"..Pergghhh ayat cam tu leh keluar dari mulut ini...lantas dipeluknya aku..
Di Belakang sekolah ku ada satu Paya yang luas,Paya Kangsar Namanya..sebenarnya aku dan Enchu selalu tahan Lukah kat belakang tu..curi2 keluar dengan dia waktu petang..dan hasilnya dijual kat seorang Pakcik namanya Pakcik Mat...rahsia tu aku pendam hingga ke hari aku menulis nie..Sebenarnya banyak kerja yang Enchu lakukan tapi dia wat cool je..sebab tak mahu nampak macam orang sesak..dan yang penting tak mahu anak2nya malu dan hilang fokus terhadap perlajaran...Besar Sungguh harapan Enchu terhadap anak2nya terutama pada Enceli yang diharapkan akan menjadi perintis..
Suatu hari aku nak pergi beli Manila Kad..Koperasi sekolah tutup pulak masa tu..aku pun minta ngan Enchu nak Pinjam Motor Honda Cup beliau...Jarak Asrama dengan kedai yang berhampiran ialah lebih kurang 2km..Kedai tersebut kepunyaan seorang yang bernama Mat Nor Kopek...hehehe..kelakar jer namanya..dia nie selalu tak berbaju dan Kopek dia besar..sebab itulah dia mendapat gelaran sedemikian..Sewaktu hampir sampai aku beselisih dengan seorang Pemuda kampung ( Tak perlulah aku sebutkan namanya ).Pemuda tersebut selalu juga datang kesekolahku waktu petang untuk main bola..Pemuda tersebut menyorokkan sesuatu dibawah pokok koko.Apabila melihat diriku dia terus lari..eeemmm..aku pun tak amik hal sangat..Sesampai saja aku kedai tersebut..Kecoh!!!!!!...duit dalam laci kedai Pakcik Mat Nor Kopek tu hilang..sebenarnya kat kedai Pakcik Mat Nor nie..tempat orang lepak main catur..yang mana buah ( bidak) dibuat dari kayu...kiranya otai jer yang lepak kat situ..selepas membeli Manila Kad..aku pun pulang ke asrama..dan kejadian itu aku ceritakan Kat Enchu...
Tanpa berlengah aku dan enchu ke pokok kelapa tersebut..alangkan terperanjatnya kami bila mendapati ada duit dalam plastik yang nilainya RM87.00..Kemudian Enchu mengajak aku mencari pemuda tersebut...bila terserempak dengan pemuda tersebut Enchu telah memberikan tazkirah...hahahaha..sambil2 2 Enchu mengalirkan airmata..dan pemuda tu apalagi...bukan saja mengalirkan airmata tapinya..meraung...dan Enchu meminta pemuda tersebut memulangkan kembali wang tersebut dengan ditemani oleh kami...Cukuplah dulu Setakat nie..Nanti aku ceritakan pulak..bagaimana Enchu memujukku sebab tak dapat menyertai pementasan Drama Sekolah...hahahaha..sampai jumpa lagi...

Sabtu, 8 Januari 2011

DALAM KENANGAN

Setelah Tamat Pengajianku Di Sekolah Rendah Kebangsaan Kota Gelanggi Satu, Aku meneruskan pembelanjaran di Peringkat Sekolah Menengah di Sek Men.Ren. Pulau Tawar...Sebenarnya aku aku ditawarkan untuk belajar di Salah Sebuah Berasrama Penuh di Selatan Tanah Air..kerana kecemerlanganku dalam akademik dan sukan..hehehee walaupun aku berbadan kecil( waktu itu ) aku memang aktif sukan dan aktiviti2 lain.tapi dek kerana beberapa masalah aku terpaksalah juga meneruskan perlajaranku di Sekolah ini.Arwah Mak pernah berkata " Cahaya akan hanya dihargai apabila ianya menerangi"..aku tak faham sangat sebenarnya..aku angguk2 kan aje..
Di sekolah ini aku ditawarkan untuk tinggal di asrama..tidaklah janggal sangat bagi aku sebenarnya sebab sebelum ini aku pun pernah tinggal di asrama bila wakil zon dan daerah dalam permainan bolasepak..eemm tapi taklah lama..habis lama pun dua minggu...tentang membasuh pakaian..aku pun dah biasa..cuma yang aku merasa janggal ialah tentang layanan abang2 dan kakak2 yang duk asrama..Oleh kerana badanku ini kecil dan ala2 comel dan hensem..jadinya di asrama aku tidaklah kena ragging basuh baju atau buat kerja2 berat..cuma setakat kena pergi belikan air dan ambik makanan kat kantin asrama..itupun aku buat khianat ( Nanti aku ceritakan ye )..
Dengan Kakak2 pulak..pergghhh aku nie kira lakulah..semuanya nak jadikan adik angkat..kenyang beb!!! dengan makanan..kadang2 dia orang bagi duit lagi..hehehe..jimat duit aku..
Sebenarnya waktu aku dulu bekalan elektrik hanyalah 12 jam..12 jam lagi guna genset..eeemm..aku nie jenis baik belaka..maksudnya semua orang kat sekolah itu aku tegur..kalau jaga ( Pengawal ) pergi hidupkan engine..aku pun ikut juga..Dalam ramai2 petugas aku rapat dengan seorang pakcik yang aku panggil dia Enchu..dan semua orang panggil dia Enchu..
Kalau dia datang jumpa aku mesti dia akan bawakan sesuatu..x derlah cokelat atau kuih2 pun..cuma bagi buah2an je kalu musim buah..Biasanya dia akan bagi aku bekal yang dia bawa..hehehe..sebenarnya aku nie tolong habiskan aje...Dia selalu sangat usap2 rambutku..
Enchu ni sebenarnya ada anak lelaki yang setahun lebih tua dariku..dia selalulah ceritakan perihal anaknya..tentang kebanggaannya terhadap anaknya yang jarang membantah...eeemm baik rupanya enceli dimata ayahnya..tapi memang baikpun..walaupun aku tidak rapat dengannya anak enchu..tapi aku kenallah...sebab dia datang kesekolah naik basikal dengan rambut cacak..kolar baju ala2 elvis presley..hehehehe..Anak Enchu ( Enceli ) tidak tinggal di asrama..dia berulang..
KENANGAN BERSAMA ENCHU.....nanti aku sambung...

BERJAYA ITU SUKAR

Impian semua pelajar mendapat anugerah tertinggi. Jadi Kenangan kerana usaha sendiri. Bukan senang untuk capai impia...