Khamis, 30 Oktober 2014

GADIS PANTAI TIMUR

Terbaca dalam satu entri mengenai gadis-gadis di pantai timur, tapi tidak dipasti itu adalah kajian atau pendapat si penulis, antaranya :-DIKATAKAN Gadis dari Terengganu Dan Kelantan.
Gadis dari negeri-negeri ini adalah gadis yang sangat tradisional dan pemikiran sedikit primitif, akan menjadi isteri yang terbaik,pandai memasak dan mengemas rumah, Gadis dari negeri-negeri ini adalah "role model" isteri melayu, bekerja keras,menyayangi anak, pandai menghormati orang yang lebih tua, melayan kehendak suami melayani nafsu, fikiran yang simpel dan bertuah jika mereka adalah pasangan hidup.

Gadis Dari Pahang.
Sangat kreatif,suatu bakat yang jarang ditemui dari gadis lain namun mereka senang dipengaruhi oleh kawan dan tidak suka dikritik, boleh manjadi pendokong dan pembakar semangat yang terbaik, namun mereka harus ditunjuk jalan yang benar dalam perhubungan kerana mereka terlalu mudah diperdaya dan murah hati, kekadang mereka sayang orang yang salah, oleh demikian ramai diantara mereka senang dilukakan dan hati dipermain.Namun semua itu tidak melumpuhkan rasa kasih dan sayang mereka.


 

Khamis, 23 Oktober 2014

NAIK BAS BALIK KAMPUNG

Contoh Tiket Bas.







Pengangkutan awam yang paling banyak digunakan ialah Bas. Dulu zaman kana-kana selalu je pergi kebandar dengan menaiki bas, seronok walaupun berasak dan berebut, pernah berdiri dari rumah ke bandar, seingat aku zaman kanak-kanak nak naik bas untuk ke bandar terpaksa berjalan kaki hampir 4km, kerana bas tak masuk kawasan tempat tinggal, hanya melalui jalan simpang luar,
Dua Syarikat Bas utama waktu itu ialah Bas Leng Huat dari Kuantan ke Jerantut dan bas Sri Jengka dari Bandar Pusat Ke Jerantut
Kemudian perkhidmatan Bas Jelai, pernah dulu bangun seawal 6 pagi,berjalan kaki ke simpang luar ramai-ramai, sampai di Jerantut Feri,terpaksa naik feri ke seberang, kerana jambatan baru je dibina tak siap lagi, tapi sebelum sampai di situ terpaksa melalui jambatan Sg.Salan yang sangat uzur, kecut perut dibuatnya.Seberang Jerantut Feri waktu itu sangat meriah dengan jualan di pasar minggu hari sabtu, apabila jambatan dah siap sepenuhnya, pasar minggu di alihkan ke Bandar Jerantut Belakang Stesen Bas,
Bila aku balik ke kampung, pasti terimbau kenangan-kenangan dan pengalaman yang di lalui..

Ahad, 12 Oktober 2014

RUMAH PENEROKA RANCANGAN FELDA


Replika Rumah Peneroka


Pada Tahun 70an,80an dan sewal 90an,jika masuk ke tanah rancangan Felda, permandangan seperti ini adalah biasa, Rumah kayu yang didiami keluarga peneroka felda, tapi kini kini sudah berubah secara totalnya, Kesukaran bagi kami anak peneroka membesar dalam rumah yang begini,masih lagi terasa, tapi bersyukur masih punya tempat berteduh dan berlindung
Biasanya dibawah rumah itu, tempat kami bermain, ada buaian yang dibuat dari guni beras, di hadapan rumah biasanya ada pokok bunga kertas dan bunga puding, Bunga Raya dijadikan pagar di hadapan rumah atau pagar pemisah antara jiran sebelah.Segala jenis tanaman dan hiasan biasanya diarahkan oleh Pegawai Rancangan iatu SDA. Terlalu banyak kenangan dan cerita disebaliknya.Hanya Peneroka Rancangan dan anak mereka yang membesar diwaktu itu sahaja yang memahami.

Khamis, 2 Oktober 2014

RAHSIA HOTEL YANG PERLU DIKETAHUI

AWAS! 5 RAHSIA BILIK HOTEL YANG WAJIB ANDA TAHU | Oleh kerana staff pengemas bilik hotel selalunya di beri masa 30 minit atau kurang untuk mengemas satu bilik, kebanyakan peralatan di hotel tidak sebersih yang anda sangka. Kami bukan mahu menakutkan anda. Tetapi kami cuma mahu memberitahu. Berikut adalah 5 rahsia di bilik hotel yang patut anda tahu.
Rahsia 1 : Jangan Guna Gelas Di Bilik
Gelas di bilik anda mungkin berkilat. Tapi ia sebenarnya menjijikkan. Kebanyakan staff mengemas bilik tidak mencuci gelas itu, tetapi hanya mengelapnya saja.
Dalam satu pendedahan oleh Fox News pada tahun 2007, kamera tersembunyi yang dipasang di hotel mewah bandar itu merakamkan yang gelas di bilik selalunya tidak dibasuh.
Kadang-kadang ia di sembur dengan pencuci tingkap dan dilap dengan tuala kotor. Ada yang membersihkannya dengan menggunakan sarung tangan yang sebelum itu digunakan untuk mencuci mangkuk tandas.
Pilihan terbaik? Bawa cawan plastik dari rumah. Jika tidak pun, cuci dulu gelas dan cawan dengan air panas sebelum menggunakannya.
Rahsia 2 : Jangan Guna Cerek Air di Bilik
Ah! Cerek air di bilik hotel .. siapa yang tidak sukakannya? Memang best bila boleh membancuh teh dan kopi di bilik yang sejuk.
Tetapi dalam satu pendedahan di dalam majalah Saloon, seorang pengemas bilik mengakui yang ada satu perkara yang pelik mengenai cerek air.
Cerek sebenarnya kerap dijadikan tempat meletak kond*m terpakai.
Menurutnya, beliau mempunyai satu pen yang digunakan khusus untuk mengambil kond*m tersebut. Begini rutin pembersihan beliau. Pertama buang benda tersebut. Kemudian sembur pencuci, bilas dengan air panas dan ulang jika lekit cecair masih ada.
Tambahnya lagi, beliau terlalu kerap menemui sisa tersebut di dalam cerek sehingga apabila beliau menjerang air di rumah, beliau kerap terbayang apa yang terjadi di bilik hotel.
Rahsia 3 : Pintu Hotel Mudah Dibuka
Tidak kisahlah samada anda bercuti di hotel bajet Jalan Masjid India atau hotel mewah, bawa sendal pintu anda untuk keselamatan.
Setiap kali anda berada di bilik, letak sendal di pintu. Mengapa? Sebab tak kiralah betapa canggihnya sistem keselamatan pintu anda, ia tidak se-selamat yang anda sangka. Sistem kunci rantai dan sistem kad elektronik mudah dibuka — tidak kiralah samada oleh orang luar ataupun staff hotel sendiri.
Jadi anda perlukan sendal anda. Walaupun murah, sendal pintu adalah cara paling efektif menghalang orang yang tidak dikenali dari masuk ke dalam bilik sewaktu anda, pasangan anda dan anak-anak sedang tidur.
Rahsia 4 : Jangan Guna Air Dari Paip Untuk Minum
Jika anda menginap lama di hotel, guna air mineral sebagai air minuman. Jangan gunakan air paip dari bilik air, terutamanya jika anda bercuti di kawasan yang mempunyai air tercemar dari sisa najis manusia dan racun serangga seperti di Cameron Highland. Kisah anak-anak cirit birit selepas pulang dari situ adalah perkara biasa.
Kalau itu belum membuatkan anda risau, pernah dengar kisah dua pelancong Britain di Cecil Hotel, Los Angeles? Tidak tahan dengan rasa air yang agak pelik mereka melaporkannya kepada pihak hotel.
Setelah di selidiki, staff hotel mendapati bahawa selama ini memang mereka menggunakan air yang kotor untuk mandi, minum dan menggosok gigi. Kenapa?
Kerana ada mayat seorang wanita Cina telah mereput lebih 2 minggu di dalam tangki air yang digunakan di seluruh hotel.
Rahsia 5 : Jangan Bersandar di Tingkap Bilik
Ya. Bersandarlah di tingkap bilik, jika anda ingin mati muda. Tingkap di bilik hotel selalunya tidak diperiksa dengan kerap, walaupun di bilik-bilik hotel mewah di dalam bangunan tinggi seperti di Kuala Lumpur.
Setiap bulan, ada saja berita dari seluruh dunia mengenai kanak-kanak dan juga orang dewasa yang jatuh disebabkan mereka bersandar di tingkap hotel. Tidak kiralah samada hotel tersebut hotel murah atau hotel mewah, kedua-duanya tidak selamat.
5 rahsia ini hanya kakitangan hotel sahaja yang tahu. Jadi nanti bila anda bercuti lagi, pastikan anda bawa sendiri cawan anda dan gunakan air mineral untuk minum.

BERJAYA ITU SUKAR

Impian semua pelajar mendapat anugerah tertinggi. Jadi Kenangan kerana usaha sendiri. Bukan senang untuk capai impia...