Ahad, 15 Februari 2015

Aku Dan Tok Guru... Tok Ayah...


Ada kenangan aku bersama insan ini... jika ada kesempatan akan ku ceritakan.
Bercerita ...........
Sewaktu bertugas di Kota Bharu sekitar tahun 2008, Suatu hari aku dijemput untuk mengendalikan satu program yang tetamu ialah Dato Menteri Besar, seperti biasalah jika melibatkan sedikit protokol aku akan buat "homework" serba sedikit supaya perjalanan majlis berjalan lancar. Majlis berjalan lancar dan Dato Menteri Besar Kelantan kelihatan gembira dengan majlis tapi setelah habis seorang dari pegawai beliau bertanya kepada aku.. " Bakpo demo sebut Dato Bentara Nik Abdul Aziz?? bakpo tak sebut Tuk Guru Jah??.. aku hanya senyum..tak jawab apa-apa.. " Demo ore luor ko? " ujar pegawai itu lagi dan aku hanya angguk kepala.
Selang beberapa bulan selepas itu, waktu tu hampir dengan PRU 2008, aku diminta untuk buat lintas langsung oleh majikanku, pada tahun tersebut Nik Abdul Aziz sudah tawar hati untuk bertanding tapi oleh kerana desakan beliau bertanding jua, bermulalah sessi aku menjadi rapat dengan beliau, sebagai orang media aku merasakan beliau begitu seorang yang mudah untuk diwawancara sehinggalah pada suatu hari.
" Amiey.. lamo doh demo ni duk tanyo kito. kito pulok nok tanyo demo" aku senyum sambil angguk.. " Bakpo dalam ramai2 demo sore jah tidok panggil Tok Guru.. paling hampir pun demo sebut Tok Ayoh?. pertanyaan beliau setelah aku mendapatkan rakaman tazkirah..Dengan nada yakin aku pun menjelaskan.. " Saya tidak akan panggil seorang itu guru selagi saya tidak belajar dari orang tersebut".. Dia bangun dari kerusinya dan aku rasa gementar.. tapi dia bangun terus memelukku.. sambil berkata teruskan dengan kejujuran itu.... lalu dia menerangkan kepada para pegawainya jika aku nak buat ulasan atau apa-apa wawancara jangan disekat.
Satu isu yang perlu mendapatkan penjelasan segera dari beliau iatu Kes Air Kelantan dan Proton Persona,
Bersambung ...........

BERJAYA ITU SUKAR

Impian semua pelajar mendapat anugerah tertinggi. Jadi Kenangan kerana usaha sendiri. Bukan senang untuk capai impia...