Ahad, 7 April 2013

KELANTAN OH KELATE.. DEMO KELANTAM KO ????

Salam kepada semuanya, sekarang ini semuanya sedang sibuk, antara memang sibuk atau menyibukkan diri, tapi situasinya memang sibuk... Mana yang berpolitik akan sibuk melobi sana-sini mencuba sesuatu yang menjadi kegemaran ramai... 03.04.13 adalah tarikh Pembubaran Parlimen yang dilakukan oleh Perdama Menteri sempena genapnya 4 tahun pentadbiran beliau setelah mengambil alih teraju pemerintahan negara dari perdana menteri terdahalu..
Apa yang aku ingin kemukakan bukanlah terlalu menyentuh mengenai politik dalam negara dan juga kepincangan pentadbiran atau tentang perancangan pihak pembangkang dalam usaha memenangi hati para pengundi dalam PRU13 dan seterusnya menang dalam pilihanraya yang begitu sinonim dengan Angka 4... Mana tidaknya 4 Tahun Dato Najib Mentadbir.. 03 angka sebelum 4... April adalah Bulan Ke 4 dalam Kalendar Masehi.. 1+3 bersamaan dengan 4.. dan banyak lagi yang berkaitan dengan 4 akan menghiasi PRU 13....
Aku lebih suka menganalisa sesuatu perkara itu dengan kejadian yang berlaku dan kejadian2 yang aku alami sendiri, bercerita tentang kisah Pantai timur.. Kawasan yang terkebelakang dalam pembangunan itu hakikat yang harus diterima, mungkin kerana faktor Geografi dan Sejarah.. Bila memfokus kepada sejarah, semuanya memerlukan fakta dan bukti, cerita yang dibawa dari mulut tanpa fakta dan bukti itu adalah cerita dan cerita terlalu banyak diceritakan oleh sang tukang cerita.. kita sebenarnya tidak memapu mengubah sejarah atau meminda sejarah cuma kita mampu berada dalam sejarah atau mencipta sejarah...
Dalam ketiga-tiga Negeri Pantai Timur ini. ianya berkait rapat antara satu sama lain..dari segi geografi negeri dan sejarah.. akan sentiasa akan berkait rapat...Sejarah perjuangan..sejarah pembangunan..sejarah sukan dan pelbagai lagi..semuanya akan berkait rapat...
Pengalaman aku bersama dengan orang2 kelantan yang berada di Negeri Kelantan dan mereka yang berada diluar negeri tetapi masih "KELATE ".....
Seperkara yang perlu aku akui bahawa orang kelantan tidak akan memburuk2kan negeri mereka, mereka tidak malu untuk mengaku dan bercerita tentang kehebatan negeri kelantan.. Tanyalah saja kepada orang Kelantan yang berada diluar Negeri Kelantan.. Dimanakah tempat menarik yang harus dikunjungi jika ke Kelantan.. Pasti mereka akan bercerita dengan panjang lebar akan keseronokan dan juga tempat2 hebat di Kelantan... tidak sesekali mereka mengatakan tiada tempat menarik di Kelantan .................. bersambung ........

BERJAYA ITU SUKAR

Impian semua pelajar mendapat anugerah tertinggi. Jadi Kenangan kerana usaha sendiri. Bukan senang untuk capai impia...