Isnin, 30 Disember 2013

AKU DAN KENANGAN SERTA PENGORBANAN.




Gambar yang dipaparkan di atas mungkin nostalgia bagi sesetengah orang, dan mungkin juga pelik bagi segelintir orang terutama yang lahir zaman " Api dipetik, air dipulas".. tapi bagi yang lama2 dan hidup sekitar tahun 90an dan sebelumnya, tidak hairan bagi mereka.Kerana keperitan dan kepayahan ini mereka berjuang dan mampu bersaing, meneruskan usaha bagi mengubah cara kehidupan dan penghidupan.
Mungkin "praktikal digunakan kembali, memandang tarif elektrik yang bakal naik pada tahun 2014.. mungkin cara penjimatan yang tidak sempat dicadangkan oleh "menteri" yang berkaitan.. biarkan sahaja letrik digunakan untuk menerangi bandaraya dan replika2 apatah lagi ianya akan mencantikkan permandangan ditambah pula Tahun Melawat 2014... seperti biasalah kita kan suka meraikan orang asing...biarlah orang asing diterangi cahaya elektrik dan kita yang masih terpinggir di kampung ini, menggunakan cara lama..mungkin boleh mengajar anak cucu akan kesempitan dan kesusahan... Semoga generasi kita menghayati kesusahan kerana dibimbangi tika senang akan lupa akan asal-usul... Akhir kata untuk kali ini saya petik kata2 dari Dr.MIZA...
" PARA MENTERI PERLU BIJAK
Satu perkara yang perlu disedari oleh mereka yang menjawat jawatan menteri atau apa-apa jawatan tinggi dalam negara ini ialah rakyat negara ini sudah jauh lebih berpengetahuan dan bijak menilai dibandingkan dahulu. Ini disebabkan banyak faktor termasuk perkembangan teknologi maklumat terutama media sosial, latar pendidikan dan lain-lain. Maka kenyataan kenyataan 'tidak cerdik' atau disebut dalam bahasa lunaknya 'kenyataan tidak berasas' atau dalam bahasa kasarnya 'kenyataan bodoh' oleh seorang menteri ataupun mereka yang berjawatan tinggi mungkin diterima pada zaman dahulu atas sikap feudalisme Melayu atau atas sebab kekurangan maklumat rakyat, namun hari ini kenyataan yang seperti itu hanya menjatuhkan nilai menteri yang terbabit dan memperlihatkan kerajaan tidak berkualiti kerana memilih mereka tidak ada kualiti untuk memimpin negara terutama di era ini..banyak kenyataan dari pihak kerajaan kebelakangan ini membentuk persepsi rakyat bahawa negara sedang dipimpin oleh mereka yang tidak berkelayakan..maaf ini sekadar pandangan saya seorang rakyat marhaen."


Tiada ulasan:

BERJAYA ITU SUKAR

Impian semua pelajar mendapat anugerah tertinggi. Jadi Kenangan kerana usaha sendiri. Bukan senang untuk capai impia...