Ahad, 12 Januari 2014

TABIAT TIDUR SELEPAS ASAR

Biasanya bila kepenatan seharian bekerja, ramai yang balik rumah terus tidur, penat kata mereka, yang bekerja dibandar atau bekerja di sektor2 perkhidmatan yang waktu tugasan meraka jam 8 pagi hingga 5 petang, mungkinlah tak sempat nak tidur waktu petang, kerana sampai kerumah dah hampir senja, cuma lagi yang biasa tidur waktu petang ni adalah golongan pendidik, mereka balik rumah dalam jam 2 atau 3 petang, bila sampai rumah ramai yang ambil kesempatan untuk tidur sekejap, teori kesihatan mengatakan bagus, tetapi jika tidur waktu petang itu selepas solat asar maka ada sesetengah ulama berpendapat :-
"Sesiapa yang tidur selepas Asar sehingga terganggu kewarasannya maka janganlah ia mencaci selain daripada dirinya sendiri"..
Dengan kata lain orang yang ber "tabiat" tidur diwaktu ini..akan jadi pelupa, kecenderungan untuk menjadi orang yang tidak sabar dan juga pemarah..
Ehhh !!! kan dulu zaman anak2 mak atau ayah atau pun nenek sangat melarang tidur di waktu ini...
Tidak dinafikan juga, golongan pelajar terutama pelajar di "U" menggunakan kesempatan waktu ini untuk tidur... emmmm..kerana malam berjaga larut malam dan buat tugasan dan "chatting"...Terutama bila cuba membaca buku waktu ini.. maka kadar mengantuk itu akan datang dengan sendiri..awas!!! ada bisikan tu.. Sebenarnya tidur selepas asar itu akan membuat emosi terganggu, dan fikiran bercelaru... ooopssss !!!!
namun, dalam kitab Miskatul Masabih ada disebutkan :
Tidur sedikit di waktu tengahari tidaklah dikeji. Rasulullah S.A.W ada juga melakukannya. Ini dapat mengimbangi kekuatan tubuh badan setelah bertahajud di malam hari.

Ibn Qaiyim menambah:“Tidur di siang hari amat dikeji kerana ia akan mewarisi penyakit kebengkakkan (muka kelihatan sembab dan tidak bercahaya) malapetaka, merosakkan warna kulit, menimbulkan penyakit radang limpa, melemahkan urat saraf dan melemahkan syahwat. Sekeji-keji tidur ialah ketika awal hari (matahari terbit) dan terlebih keji lagi ialah tidur di akhir siang hari (selepas Asar).”
Bagi mereka yang terlalu kerap sangat tidur selepas asar tertutama wanita, mereka akan dapati ditubuh mereka tertutama peha, ada kesan2 lebam.. itu sebenarnya adalah kesan gigitan jin.. jin sudah jatuh cinta pada mereka.. apa akan ajadi kalau jin sudah jatuh cinta ????....

1 ulasan:

CT Nurza ® berkata...

Salam Miey...Perghhh...cam kena kat diri jer ni...hehee..1,2 thn lepas time busy ngadap keje bertimbun memang tak sempat tido malam pun...asal matahari nak terbit jer ngantuk...zzzzzzzz....dah tau ni kena sengkang mata la jawabnya...:)

CATATAN SEORANG LELAKI.

Mungkin catatan ini ada unsur 18sx tetapi begitulah,lebih baik jujur dari menjadi hipokrit.Zaman sekarang semua perkara mahu dikongsikan di ...