"Sesiapa yang tidur selepas Asar sehingga terganggu kewarasannya maka janganlah ia mencaci selain daripada dirinya sendiri"..
Dengan kata lain orang yang ber "tabiat" tidur diwaktu ini..akan jadi pelupa, kecenderungan untuk menjadi orang yang tidak sabar dan juga pemarah..
Ehhh !!! kan dulu zaman anak2 mak atau ayah atau pun nenek sangat melarang tidur di waktu ini...
Tidak dinafikan juga, golongan pelajar terutama pelajar di "U" menggunakan kesempatan waktu ini untuk tidur... emmmm..kerana malam berjaga larut malam dan buat tugasan dan "chatting"...Terutama bila cuba membaca buku waktu ini.. maka kadar mengantuk itu akan datang dengan sendiri..awas!!! ada bisikan tu.. Sebenarnya tidur selepas asar itu akan membuat emosi terganggu, dan fikiran bercelaru... ooopssss !!!!
namun, dalam kitab Miskatul Masabih ada disebutkan :
Tidur
sedikit di waktu tengahari tidaklah dikeji. Rasulullah S.A.W ada juga
melakukannya. Ini dapat mengimbangi kekuatan tubuh badan setelah
bertahajud di malam hari.
Ibn Qaiyim menambah:“Tidur
di siang hari amat dikeji kerana ia akan mewarisi penyakit kebengkakkan
(muka kelihatan sembab dan tidak bercahaya) malapetaka, merosakkan
warna kulit, menimbulkan penyakit radang limpa, melemahkan urat saraf
dan melemahkan syahwat. Sekeji-keji tidur ialah ketika awal hari
(matahari terbit) dan terlebih keji lagi ialah tidur di akhir siang hari
(selepas Asar).”
Bagi mereka yang terlalu kerap sangat tidur selepas asar tertutama wanita, mereka akan dapati ditubuh mereka tertutama peha, ada kesan2 lebam.. itu sebenarnya adalah kesan gigitan jin.. jin sudah jatuh cinta pada mereka.. apa akan ajadi kalau jin sudah jatuh cinta ????....
1 ulasan:
Salam Miey...Perghhh...cam kena kat diri jer ni...hehee..1,2 thn lepas time busy ngadap keje bertimbun memang tak sempat tido malam pun...asal matahari nak terbit jer ngantuk...zzzzzzzz....dah tau ni kena sengkang mata la jawabnya...:)
Catat Ulasan