Ahad, 29 Disember 2013

KUASA YANG GILA KUASA

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengingatkan ahlinya berhubung kuantum baharu Simpanan Asas yang menetapkan RM196,800 sebagai amaun minimum ahli yang perlu ada dalam akaun KWSP mereka menjelang umur 55 tahun berkuatkuasa bulan depan.
Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar berkata, kadar baharu itu ditanda aras dengan pencen minimum pekerja sektor awam yang bersamaan RM820 sebulan untuk tempoh 20 tahun daripada umur 55 hingga 75 tahun.
Nik Affendi berkata, ia akan disemak setiap tiga tahun berdasarkan kepada
keperluan persaraan, kadar inflasi dan kos hidup.
"Dengan mengambil kira faktor kos hidup semakin meningkat, jangka hayat
rakyat Malaysia yang panjang dan kadar inflasi.
"KWSP telah membuat keputusan meningkatkan Simpanan Asas untuk memastikan 13 juta ahlinya mempunyai tahap simpanan yang mencukupi bagi menikmati persaraan yang mampan," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Nik Affendi berkata, Simpanan Asas semasa adalah RM120,000 pada umur 55 (RM500 sebulan bagi tempoh 20 tahun) mungkin tidak mencukupi bagi menampung persaraan ahli kerana berada di bawah garis kemiskinan. - Bernama
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Mungkin undang2 dibuat untuk pekerja.menjaga kebajikan pekerja, tapi itu pada dasarnya..tapi yang timbul makin bercelaru.. Makin bercelaru.. semuanya akan hancur.. Mungkin jua ada benarnya kata-kata seorang rakan.. "Kami Bukan Gilakan kuasa tapi kami mahu mengambil kuasa dari orang yang gila"
Dalam perkara KWSP ini... semuanya tindakan atau undang2 adalah pandangan sebelah pihak..dana yg terkumpul itu begitu banyak..maka senang2 mengambil keputusan atau mengubah dasar.. sebagai pencarum kita juga patutnya berhak..kerana itu duit kita yang ditabungkan.. Adakah mereka yang mengambil tanggungjawab ini bertanya atau meminta kebenaran dari pemilik wang..hala mana duit itu mahu dilaburkan..apa kaedah terbaik.. APAKAH KERAJAAN MAKIN TERDESAK untuk menutup "BUDGET OUTCOMES" yang dibentangkan baru2 ini. semata2 untuk membayar BONOS Kakitangan Kerajaan dan Pembayaran BR1M.. Seadainya tiada wang atau sumber tak perlulah membebankan pekerja golongan swasta yang gaji bukan besar mana..Seharusnya KERAJAAN memikir cara mana untuk mencari jalan penyelesaian bukan dengan mengambi hak orang lain..
Pembayaran Bonos kepada kakitangan kerajaan bukan kaedah terbaik untuk memenangi hati mereka dalam PRU.. bayar banyak mana sekalipun mereka bukan sepenuhnya MENGUNDI... Kita perlukan perlaburan dari wang luar untuk membangunkan negara, dan negara bukan terbangun dengan golongan kakitangan kerajaan sahaja.. itu belum termasuk belanja mengurus pihak kerajaan yang terpaksa ditanggung oleh golongan bekerja swasta atau berniaga..
Mencanangkan sana-sini bahawa BR1M mengurangkan kesempitan hidup rakyat.. marilah kita kira dengan kaedah mate-matik mudah..
RM 650 Setahun.. Dibahagi dengan 12 bulan bermakna lebih kurang RM 54.16 sen sebulan. kita bahagikan dengan 30 hari.. lebih kurang RM 1.80 sen je sehari... Bangga sangat ke dapat menanggung beban rakyat dengan hanya RM 1.80... Dan Bukan semua dikalangan rakyat yang mengundi itu dapat.. Mengikut SPR jumlah pengundi pada PRU13 lebih kurang 12 Juta.. Dari jumlah tersebut 5 juta penduduk tidak termasuk yang boleh mengundi memperolehi BR1M RM 1.80 sehari.. 7 juta diabaikan... dalam kalangan yang memperolehi BR1M bukan semua mengundi kerajaan... dan Dah Tentu dari Kalangan 7juta tu hanya suku sahaja yang mengundi dan memilih Kerajaan yang ada..
Bukan niat saya membuat perhitungan dalam politik.. walaupun saya tidaklah terlalu taksub dan ada faedah ketara dalam politik..tapi inilah yang dilakukan maka....Kami tunggu PRU14.. jika panjang umur...

Tiada ulasan:

BERJAYA ITU SUKAR

Impian semua pelajar mendapat anugerah tertinggi. Jadi Kenangan kerana usaha sendiri. Bukan senang untuk capai impia...