Khamis, 22 Mac 2012

BUAT BAIK BERPADA-PADA

Pepatah melayu ada mengatakan " Buat Baik Berpada-Pada,Buat Jahat Jangan Sekali"... Ingatan yang selalu diberikan oleh arwah emak aku sewaktu keluar untuk ke sekolah, begitu jua apabila memasuki alam pekerjaan,tiada jemu  seorang ibu mengingatkan atau menitipkan pesanan. Bukan bermakna aku ini lupa,tapi memang itu naluri seorang ibu yang mahukan anaknya sentiasa diterima di kalangan masyarakat.
Bila aku meningkat dewasa, pesanan itu telah menjadi sebati dengan jiwaku..
Memang betul cabaran di hari ini,kalau kita baik selalu saja ditindas kerana kebaikan..niat murni untuk menolong orang pun disalah ertikan..Kena berhati atau atau berpada jika hendak membuat baik sesama manusia kerana melepaskan anjing tersepit itu pasti digigit, melepaskan manusia dalam kesesakkan mungkin akan dibalas tuba..ingat2lah wahai rakan..
Buat Jahat jangan sekali kerana sekali kita berbuat jahat,orang akan mengata dan memberikan kritikan.jadi ingin berbuat jahat..buatlah banyak2 kali,sekurang2nya orang akan takut...hehehehe.. jangan sesekali buat jahat jika berniat untuk menceburi dalam politik walaupun dalam politik itu banyak unsur2 kejahatan yang berpunca dari hati dan sifat rakus manusia.. Berdasarkan pada tanggungjawab sosial..ahli politik dibarat dan juga ngara maju ditimur khususnya Jepun dan Korea, apabila seorang pemimpin politik dikaitkan dengan maswalah sosial atau tingkah laku sosial mereka akan berhenti sebagai rasa tanggungjawab,ramai juga yang membunuh diri lantaran malu dengan sikap dan sifat mereka sendiri, tetapi di negara kita yang penuh dengan kesopanan dan kesusilaan, makin banyak orang menuduh yg kita berbuat jahat,makin kukuhlah pulak dan makin bertambah pulak kaedah untuk meraih simpati penyokong..menterbalikkan fakta dan mengatakan ianya  suatu konspirasi telah menjadi agenda sejak 15 btahun kebelakangan ini..
Yang tua dengan cara tua..yang muda dengan cara muda,, tapi aku tetap ingat pesan mak " BUAT BAIK BERPADA-PADA,BUAT JAHAT JANGAN SEKALI"..

Tiada ulasan:

BERJAYA ITU SUKAR

Impian semua pelajar mendapat anugerah tertinggi. Jadi Kenangan kerana usaha sendiri. Bukan senang untuk capai impia...