Jumaat, 27 Januari 2012

DIKIR PUNYA CERITA

Irama lagu2 langgam.inang,joget dan perbagai lagi sememang sinonim dengan masyarakat melayu terutama bagi golongan bawahan, kalau dari mereka yang bangsawan pastinya muzik gamelan menjadi keutamaan, tapi itu dulu,orang2 dulu inilah genre muzik yang mereka dengari dan jika ada keramaian maka, berduyun-duyun datang memenuhi ruang,tapi kini semuanya menjadi tempelan majlis dan  menjadi sejarah muzium.
Irama dendangan khalayak adalah rasa luahan jiwa,dikala sedih,senang,gembira,putus kasih dan sebagainya.Sebab itu mereka akan melahirkan melodi melalui lirik yang spontan bergantung kepada keadaan semasa, mana mungkin ketika berduka akan berjoget kan?...
Di Pantai Timur ini Khususnya di Kelantan memang terkenal dengan satu irama, yakni irama kita "DIKIR BARAT" yang dipercayai berasal dari Selatan Thai. Selalu irama ini akan berkumandang di sebelah malam setelah seharian bekerja bagi golongan bawahan..
Zaman Berubah dan kaedah penyampaian juga turut berganjak, Dikir Barat juga tidak terkecuali, kalau dulu penyanyi dikir ini menpunyai alunan suara yang begitu memukau, dikatakan dari penceritaan orang2 lama yang pernah aku temui, Ripin Ana, Penyanyi dikir boleh membuatkan anak gadis berlari dan terus keribaan apabila mendengarkan kelunakkan suaranya..Hebatkan????...
Walaupun irama dikir ini dari golongan bawahan,tapi mereka yang bermain muzik dan bernyayi menpunyai ilmu dan idea serta ilham..kalau tidak manakan mungkin tukang karut boleh bertingkah,berlawan kata dengan keadaan setempat dan isu semasa...
Aku sendiri,amat kagum dengan kebolehan mereka ini...golongan pendikir irama kita.tapi akhir2 ini aku lihat ianya telah menyimpang jauh, dengan alasan untuk hiburan generasi muda... perghhhh..kalau begitulah alasannya nescaya keaslian akan terpupus suatu hari nanti.Bagi aku tidak salah menambah baik elemen2 intrumen dalam lagu tapi mengubah terus...memanggggggggglah aku tak suka....
Pernah seorang kawan dari UK meminta aku mengirimkan satu DVD.. aku hantarkan satu yang disampaikan oleh Halim Yazid..dan Satu Lagu Gabungan Penyanyi2 baru...Sepeti yang diduga,, masyarakat eropah,mereka sangat " Respect" pada seni, Kritikan kawanku dari nyanyian penyanyi2 baru.." Kalau macam ini..setakat golek2 punggung,pakai singkat2 kat sini banyak"...mengenai yang disampaikan Halim Yazid.." Ini Barulah dikatakan seni ".... emmmm begitulah...
Bercerita mengenai Halim Yazid nie.. sebenarnya Stesen Radio Manis.FM antara pelopor lagu2 nyanyian beliau dan Program rakanku Aiman Lim Memang Mengentengahkan lagu irama dikir walaupun sukar baginya mendapatkan lagu2 dikir yang benar ada "jiwa"...
Zaman Belajarku..aku pernah disuruh untuk membuat kajian tentang lagu Halim Yazid iatu "Anak tupai".. kenapa halim memilih tupai untuk diangkat menjadi tema...kenapa?..apa?.. Sebab apa??.. sedangkan ada pepatah melayu mengenai tupai ini " sepandai2 tupai melompat,akan ketanah jua"...
Kini Halim Yazid terus melangkah dengan mem"BLUES" kan irama dikir bukan menjadikan irama dikir itu blues,,tetapi menjadi irama blues itu sebagai dikir.. Sebenarnya sukar untuk beliau melakukan,tetapi dia berjaya, irama blues ini adalah irama golongan kulit hitam yang menjadi abdi..mereka luahkan dan lahirkan tentang jiwa mereka melalui irama blues... irama ini telah bertapak sejak 1800 masihi lagi....
Halim Yazid sebenarnya tidak berapa disenangi oleh beberapa orang yang mendakwa mereka pejuang pendikir... kenapa dan mengapa ???? aku tak tahu..yang pastinya golongan hasad dengki tak akan kemana.
Kepada penyanyi baru,,, Dikir asli diterima dengar di Korea dan Jepun,dan jangan jadi alasan atas dasar pasaran dan menarik minat orang muda... bangsa korea dan jepun jauh lebih maju boleh terima..inikan kita yang tak berapa nak maju ni...Tolong jangan jadi perogol kepada budaya sendiri..... Adakah mahu dikenali kerana kehebatan " Gemlek Pungom" sampai bila nak buat macam tu..bila usia dah lanjut... takkkk rokkkk bohhhh!!!!!!....

2 ulasan:

zulkbo berkata...

salam..
Ado sekor…anok tupai…
Atas jula mokte…
kudung ekor..perut lapar…
jale cari make

Balqis Hafiz berkata...

assalam...dikir bertingkah asal dari mana ya?

CATATAN SEORANG LELAKI.

Mungkin catatan ini ada unsur 18sx tetapi begitulah,lebih baik jujur dari menjadi hipokrit.Zaman sekarang semua perkara mahu dikongsikan di ...