BUDAYA bodek atau pengampu berlaku tanpa mengira sempadan masa atau tempat. Ia akan terus berakar umbi dan membiak, selagi ada faedah yang boleh diperoleh walaupun bertentangan dengan nilai adat dan agama.
Walaupun pada hakikatnya, ramai yang membenci budaya bodek itu kerana akan meninggal kesan negatif, sama ada kepada pembodek, orang yang kena bodek dan juga mangsanya.
Tetapi manusia secara lumrahnya, tidak akan pernah puas dengan apa yang diperoleh dan lebih cenderung kepada sikap tamak.
Bagi menangani budaya tersebut,KEJUJURAN adalah kuncinya segalanya. Sama ada dalam institusi keluarga atau organisasi, pembodek dan mereka yang kena bodek adalah kelompok manusia yang mempunyai masalah akhlak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan