Ahad, 26 Februari 2017

OH KWSP....


Dia Kata Ekonomi Stabil... Dia Kata Perlaburan Menguntungkan!!! Dia Kata Akan Jalankan Amanah Yang Dipertanggungjawabkan...tapi kenapa ini Belaku???
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mendesak Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak mempertimbangkan semula untuk mengekalkan kadar dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak 6.4% bagi 2016.
MTUC menerusi kenyataan berkata, pengekalan kadar dividen itu bagi memberi keuntungan terhadap pekerja yang bergantung kepada wang simpanan itu bagi tujuan persaraan mereka.
Pada masa sama, MTUC turut mempertikaikan kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tan Sri Samsuddin Osman yang memuji pendapatan pelaburan bagi 2016 merupakan pendapatan pelaburan tertinggi sejak pertubuhan KWSP pada 1951.
“Namun begitu, penyumbang hanya menerima 5.7% berbanding 6.4% pada tahun sebelumnya. Ia menyaksikan penurunan sebanyak 0.7% walaupun terdapat pendapatan lebih baik.
“Seharusnya, KWSP membayar kadar dividen lebih tinggi,” kata kesatuan itu menerusi kenyataan.
Baru-baru ini, KWSP mengistiharkan kadar dividen sebanyak 5.7% bagi 2016 dengan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak RM37.08 bilion.
Jumlah dividen itu lebih rendah berbanding 6.4% yang diumumkan pada 2015.
“Sesuatu yang menghairankan kerana KWSP tidak membayar kadar dividen lebih tinggi atau sama seperti tahun sebelumnya.
“Sebaliknya, mengurangkan bahagian yang besar sebanyak 0.7% dan kadar sebanyak 5.7% merupakan kadar paling rendah dalam tempoh 6 tahun. Ini tidak boleh diterima sama sekali,” katanya.

Tiada ulasan:

BERJAYA ITU SUKAR

Impian semua pelajar mendapat anugerah tertinggi. Jadi Kenangan kerana usaha sendiri. Bukan senang untuk capai impia...