Rabu, 8 Februari 2017

AYAH LONG

Ayah Long Dan Cucunya

Semasa zaman kanak-kanak, sebelum memasuki alam persekolahan aku dibesarkan di suatu tempat yang dinamakan JANGKANG , terpisah antara paya ( sawah padi) dan kebun getah dengan tempat terhampir iatu PAYA LADANG.
Catatan yang aku nukil kan ini, adalah dalam ingatan sewaktu kanak-kanak ( ingat-ingat lupa ). Antara perkataan yang selalu aku dengar tentang penempatan di waktu itu ialah PUPUK,BARUH,CAROK dan berbagai lagi yang merujuk kepada lokasi sesuatu.Aku tinggal bersama datuk dan nenek yang ku panggil Tokki dan Tuk. Seminggu sekali aku dan mereka akan ke BARUH kerana setiap hari Khamis akan ke Pekan sehari di Chenor. Rumah Tokki di BARUH bersebelahan dengan rumah orang terkenal di Kg Bantal Chenor, iatu Syed Agil.masa tu berhampiran rumahnya ada Injin Api,di depan rumah, Tokki Ali iatu adik beradik dengan Tokki aku, Hassan.. yang sebelah kanan aku tak ingat namanya tapi yang sebelahnya lagi, melalui tanah perkuburan lama namanya ku panggil Wan Tekoh,. Aku suka sangat ke Pekan Sehari kerana dapat menikmati kuih PENE dan kuih BALIK BOKOR atau lebih dikenali kuih badak berendam.aku juga menyukai kuih KARAS yang dibuat oleh Mak Saudaraku yang ku Panggil Cik Zarah atau orang kampung mengenali sebagai MAKCHU.. dia tinggal di kampung Teluk Melati anaknya yang bongsu menjadi rakanku iatu POK ADIK kiranya aku dengan dia ni sepupu, dia ada adik beradik yang lain tapi aku tak kenal pun sebab mereka semuanya tinggal di asrama, yang ku tahu nama mereka je yang sering disebut oleh Pok Adik iatu Abang Mie dan Abang Mat.. sekarang ni pun, kalau jumpa, mesti tak kenal cuma yang aku tahu mereka ni dah jadi orang penting dalam politik dan perniagaan.Ada masanya bila ke BARUH aku tidur di rumah PAK ADIK... seram weiii..sebab rumahnya sebelah je ngan kubur..buka je pintu bilik terus nampak...
Di JANGKANG aku tak de kawan.. segala aktiviti aku lakukan sorang-sorang, tahan tajur, kayuh perahu, buat perangkap.. ada seekor beruk peliharaan tokki yang ku beri  nama PAT dan juga seekor anjing yang ku namakan POK.. Pagi-pagi lagi tokki akan ke paya, tok pulak menoreh getah,.
Di satu kawasan yang tidak jauh dari rumahku, tinggal seorang bapa saudaraku yang ku panggil PAK LONG..orangnya memang Gagah walaupun bertubuh kecil, bersamanya ada dua orang anak yang ku panggil Abang Jamil dan Abang Keria tapi beliau lebih dikenali sebagai Abang Mahat, anak PAK LONG yang sorang lagi duduk di BARUH ku panggil Abang Jak, rumah dia berdepan dengan rumah Syed Agil.. ada sorang lagi yang ku kenal namanya KOMENG, beliau anak kepada AyahNgah Aziz, ada masanya ada yang dari BARUH datang ke Jangkang untuk mengerjakan sawah padi antara yang ku ingat namanya Tok Empat PA, Pakcik Yusuf, aku mengenali anaknya yang waktu tu sebaya denganku iatu Ceri dan kakaknya yang ku panggil Kak Ijan.. Masa tu Kak Ijan ada warung sebelah dengan masjid.Ayah pada Pok Adik juga datang ke JANGKANG iatu PAK CHU HAMID.. orangnya sungguh berhemah dan lemah lembut sehingga kini aku masih tergiang ucapannya..
Di KG PAYA LADANG tinggal sepupuku, aku panggil dia dengan nama Zaham, walaupun ramai yang mengenalinya sebagai ATAN MEZAH, Ayah bernama Hamzah dan datuknya ku panggil tokki Hussin.Tokki Hussin dan Tokki ku adalah kawan baik, mereka adalah orang PERAN iatu orang yang menjadi rujukan ketika memburu tertutama musim rusa ( ada kesempatan ku ceritakan kisah aku bersama mereka )
Berbalik dengan kisah Pak Long, dia ni seorang yang berjiwa kental dan menpunyai semangat yang tinggi, ada masa aku melihat dia memikul getah keping yang bertimbun untuk dijual ke kedai POTET seberang Chenor. Aku selalu melihat dia menyimpan duitnya dalam sarung bantal dan tempayan, katanya kepada ku " Ayah Long simpan duit nak ke Mekah dan hantar Abang Jamil Ngaji Pondok, lepas balik Mekah ayah long nak pindah dari sini" aku hanya terdiam je..sebabnya aku tak amik peduli pun, sebab aku kerumahnya nak makan cekodok pisang yang dia buat dan getah gelang milik abang KERIA ( umurku waktu itu dalam lingkungan 5 ke 6 tahun )... memang aku rapat sangat, ada masa dia kata nak Ke Kg Lada di Jerantut Feri untuk belajar Agama dengan Ustaz Mahmud ( Tak pasti nama sebenar ).Ustaz Mahmud sebenarnya adalah besan kepada Tok, kerana anak Tok yang ku panggil Ayahchik Ghani berkahwin dengan anak Ustaz Mahmud iatu Makcik Hajar,Ada juga sesekali Ayahchik Ghani Balik Ke JANGKANG dengan Makcik HAJAR dan adiknya LEHA yang tua sedikit je dariku..Abang KERIA atau Abang MAHAT juga pernah tinggal bersama dengan mereka untuk belajar AGAMA.
Apabila aku dah Sekolah menengah, jumpa semula dengan Pak Long, masa tu dia kayuh Basikal dari Kelantan ke Kota Gelanggi, Dalam guni yang dibawa bersama basikalnya ada jaring, periuk,beras, aku sangat kagum dengannya kerana begitu kental kayuh basikal dengan jarak yang jauh, paling  mengharukan " Ayah Long ni, rindukan amie" kata-katanya membuat aku menitiskan airmata,,, "Nanti amie nak basikal ayah long ni.. boleh???" tanyaku, dia senyum je tak jawab, tapi aku paling suka melihat senyumnya dari dengar dia bercakap sebabnya, dia kecek kelate supo ore alik siam..hahahaha... sebenarnya Ayah Long Ku ngaji pondok di Lubuk Tapah dan akhir di Pasir Tumbuh dan dia mengakhiri kehidupannya di Negeri Kelantan - Al Fatihah untuk Ayah Long.



Tiada ulasan:

CATATAN SEORANG LELAKI.

Mungkin catatan ini ada unsur 18sx tetapi begitulah,lebih baik jujur dari menjadi hipokrit.Zaman sekarang semua perkara mahu dikongsikan di ...