Khamis, 23 Februari 2017

TAK ADA KERJA,TAK DAPAT KERJA!!!


Cabaran untuk mencari pekerjaan bergantung kelulusan dan minat bukan "TREND" pada zaman sekarang, Situasi Ekonomi yang lembab serta suram memberikan kesan kepada negara kita, walaupun sering dimomok oleh SANG MENTERI apabila diajukan soalan mengenai keadaan EKONOMI negara..paling klise jawapan yang diterima ialah KEJATUHAN nilai Ringgit akan meningkatkan sektor perlancongan..perghhhh!!!!

Lebih ramai pekerja dijangka diberhentikan sepanjang tahun ini berpunca daripada suasana ekonomi yang le­bih mencabar selain adaptasi teknologi-teknologi baharu.
Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan berkata, antara sektor yang diramalkan terlibat ialah industri perbankan, insurans, pembinaan dan pembuatan.
Menurutnya, berdasarkan angka rasmi, setakat September 2016, jumlah pekerja yang telah diberhentikan mencecah 40,000 orang manakala bagi tahun 2015, jumlah mereka adalah kira-kira 44,000 orang.
“Situasi ekonomi sekarang serta pengenalan teknologi baharu membuatkan banyak majikan melihat semula keperluan tenaga kerja mereka.
“Saya percaya bilangan pekerja yang akan diberhentikan tahun ini mungkin sedikit lebih tinggi berbanding sebe­lumnya,” katanya pada sidang akhbar selepas Seminar MEF-Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berhubung topik Majikan dan Pencukaian.



Tiada ulasan:

BERJAYA ITU SUKAR

Impian semua pelajar mendapat anugerah tertinggi. Jadi Kenangan kerana usaha sendiri. Bukan senang untuk capai impia...