Ahad, 28 Februari 2016

KISAH RETRO

Salah satu segmen yang ku kendalikan,, ku namakan ruangan ini sebagai KISAH RETRO..begini kisahnya bagi mereka :- Disiarkan pada 27Feb 2016 bermula 10:30mlm.

Nadia... Kuala Terengganu...
Nama ku Nadia.. aku dibesarkan dalam keluarga yang sederhana, setelah tamatkan penganjian, aku hanya menetap di kampung halaman.. untuk bekerja diluar.. ibuku tak membenarkannya... "Mak... nadia rasa nak keje kat luarlah mak..nak juga rasa merantau seperti kawan2 yang lain".. pintaku pada suatu hari... " jangan nak ngada... duduk je kat umah ni..buat kerja2 rumah..jadi seorang wanita yang berhemah..mak  tak mahu kau terpengaruh dengan budaya yang tak tentu pasal" terang ibu... "tapi mak"... "tak de tapi2nya..duduk je kat umah ni....nanti kalau ayah kau tahu... teruk ko kena bebel ngan dia..mak tak nak dengar tu" aku aku akur walaupun dalam hati memberontak...
------- lagu ---------- lagu----------------
Sebenarnya aku ni jenis tak tahu duduk diam.. ada saje yang aku lakukan bagi mengisi masa lapang dan juga menghilang rasa bosan yang menyelebungi kehidupan..seperti biasa seawal pagi aku mengemas rumah dari menyapu hinggalah memasak untuk keluarga.. pada permulaan memang berat tapi lama kelamaan aku rasa seronok pulak.. dalam pada masa itu juga aku cuba2 membuat cup cake.. "emmmm sedappnya cup cake along ni..". puji adik ku.. "kalau gini boleh jual... apa kata angah tolong promote kat kawan2 angah.. mana tau dia orang minat.". "ikut kau lah ngah..kataku... tapi jgn lupa komisen utk ngah ye long....  macam2lah  ngah ni..belum apa2 lagi.. dah mintak komisen... gerutuku... angah berlalu sambil tersengeh... namun sempat juga berkata.. jangan lupaaaaaaa komisen....
-----------------Lagu ---------- Lagu -----------------
Langit tidak selalunya cerah.. hidupku bagaikan terpukul badai yang geloranya amat dahsyat.. ayah kesayanganku... ye ayah ku telah pergi untuk selamanya...secara tiba2 dia kena serangan jantung ,pergi untuk selamanya... " Alongg!!! hidup ni harus diteruskan..  ayah dah pergi.. tak perlu diratapkan.. kita yang hidup ini mesti tabah.. Sentiasa berdoa untuk ketenangan dan kedamaian ayah disana.. along anak yang baik kan".. kata ibuku memujuk...
Ye aku meneruskan kehidupan.. syukur berkat promosi hebat dari angah.. ramai yg menempah cup cake dariku.. pada majlis perkahwinan atau sambutan ulangtahun kelahiran.. cup cake buatanku menjadi pilihan mereka.. Dalam pada tu..aku berkenalan secara dengan tak sengaja dengan seorang pemuda.. aku juga yang tersilap mendail no telefon salah seorang pelangganku.. mungkin takdir menemukan aku dengan dia... ye ..dia Abang Zam..
-------------------- lagu -----------lagu ----------------
Dari perkenalan yang biasa akhirnya membawa kepada bibit-bibit cinta, walaupun abg zam bukanlah seorang yang kacak tapi tingkahlaku dan hemah pada bicaranya membuatkan aku jatuh cinta.. kerana budi ku jatuh hati.. mungkin jua kerana abg zam adalah jodohku.. pada ibu..ku ceritakan segalanya..dan syukur... ibu tak membantah.. dan akhirnya abg zam menghantar rombongan meminang..diriku disunting oleh abg zam.. tarikh perkahwinan juga telah ditetapkan.. namun begitu,, kusangka akan berjalan dengan lancar.. " Dulu ayah kamu, nak kahwin membelakang orang tua, sekarang kau pula.. apa nak jadi dengan kamu anak beranak ni" bagai halilintar apabila atuk sebelah ayah berkata sedemikian sewaktu aku mohon dia untuk beliau menjadi waliku " Aku takkan sesekali menjadi wali..sebab aku tak setuju.. kau balik!! jangan datang-datang lagi rumah aku ni" tambah atuk ku...
---------- lagu -------- lagu----------------------------
"Mak macamana ni mak... tarikh dah tetap.. persediaan dah buat.. apa ni mak... gini ke nasib along mak... mak... along tak sanggup nak hadapi semuanya ni.".  ibu diam membisu.. air mata jernih mengalir dari celahan kelopak matanya..." makkkk..along dah buntu.. " "sabarlah along" dalam menahan sebak ibu berkata... aku mengadu kepada abg zam... memang abg zam seorang yang tabah dan sentiasa tenang.." nadia..kalau jodoh kita , kita akan bersama.. abg dah pergi pejabat agama.. dan mereka kata masalah nadia boleh diselesaikan..tapi perlukan masa" ujar abg zam.. " hahh..kena tunggu lagi..tapi semua dah siap..jemputan kenduri pun dah siap...macamana.. " anggap je kita belanja dia orang makan"..
Berkat kesabaran abg zam.. dan juga ketabahan aku... "Syukur abg..hari ini nadia dah jadi isteri abang"
------------- Lagu ----------- lagu-----------------------------
BERKAT KESABARAN DAN KALAU JODOH TIDAK KEMANA..

1 ulasan:

Adilla, Marang berkata...

Hanya satu yg bermain difikiran.....adalah kisah ini adalah kisah benar @ hanya sekadar satu coretan rekaan??.....

BERJAYA ITU SUKAR

Impian semua pelajar mendapat anugerah tertinggi. Jadi Kenangan kerana usaha sendiri. Bukan senang untuk capai impia...