Ahad, 14 Februari 2016

Secawan Kopi

Pada 10hb Feb 2016 Dengan rasminya stesen tempat aku bekerja menggunakan pihak perunding bagi menaik taraf sistem,kandungan dan penyampaian.Bukan calang-calang juga yang dilantik tu,memang berpengalaman dan sememang harus dilakukan oleh mana-mana stesen radio komersial.
Banyak perkara yang perlu dilakukan untuk terus bersaing atau menyaingi,terutama dalam perlumbaan menawan hati pendengar pantai timur.Dalam banyak hal aku sangat bersetuju dan sedikit sebanyak dapat aku menceduk ilmu.. cuma bila target "rating age" menjadi elemen pengukuran aku tak setuju kerana situasi di Pantai Timur ini unik dan berbeza.. pada hari ini 14hb.Feb 2016 tarikh aku menulis blog ni..aku mengatakan AKAN GAGAL jika penetapan untuk menaikkan rating pendengar tertumpu kepada mereka yang berumur antara 20 hingga 39 Tahun.Bukan aku membantah tapi seperti yang ku nyatakan pada awalnya..Pantai Timur ini budaya dan cara fikir tentang hiburan adalah berbeza.BUDU..SINGGANG..TEMPOYAK adalah intipati.. jika nak masuk atau berkawan dengan mereka..itulah juadah yang mesti dimakan..jika tidak lupakan sahaja.. Aku hanya menzahirkan rasa.

Tiada ulasan:

BERJAYA ITU SUKAR

Impian semua pelajar mendapat anugerah tertinggi. Jadi Kenangan kerana usaha sendiri. Bukan senang untuk capai impia...