"Anak punai anak merbah,anak sungai lagi kan berubah ini kan pula hati manusia" itu adalah bait kata dalam lirik lagu "mengapa dirindu" nyanyian Puan Sri Saloma dan dinyanyikan semula oleh Uji Rashid.Biduanita Negara, Normadiah juga pernah melantunkan suara mengalunkan lagu yang sama dalam versi yang lebih rare dan klasik.Terimbau kembali semasa bekerja dulu, ada seorang engineer baru grade yang sama bekerja begitu tertarik dengan lagu tersebut, setiap kali dia masuk ke departmentku pasti dia minta ku "onkan" lagu tersebut di PC..
Perihal yang aku mahu sentuh bukan berkenaan dengan melodi tetapi berkenaan bait lirik yang ku perhatikan dalam perjalananan seorang pemimpin.Ketika dalam lingkungan 20an dan 30an.. dia mengatakan bahawa mereka yang berumur 40an dan keatas tidak mampu menangani isu berkaitan orang muda, baginya mereka yang lingkungan itu tiada idea..dan monopaus kreativiti..
Apabila dia berijak ke angka 40an..kenyataannya berubah..katanya dalam usia itu, seseorang itu akan berfikiran matang dan rasional dalam tindakan..dia menyelar yang berusia 60an sudah tidak gagah.
Syukur.. dalam 50an dia masih lagi diterima dan katanya dia masih lagi relevan untuk memimpin berdasarkan pengalaman..
Dilanjutkan usia pada angka 60an.. masih lagi diberi kepercayaan untuk meneraju.. katanya.. masih kuat..otak masih cergas..
Bila berada di 70an.. masih lagi mahu memegang tampuk ketua.. kerana katanya.. masa tidak cukup..dan banyak lagi yang belum selesai..
ANAK PUNAI DAN ANAK MERBAH ITUPUN telah mati...pemimpin itu tetap mahu jadi ketua.
Sabtu, 27 Februari 2016
MEREKA YANG MENGUBAH
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
BERJAYA ITU SUKAR
Impian semua pelajar mendapat anugerah tertinggi. Jadi Kenangan kerana usaha sendiri. Bukan senang untuk capai impia...
-
Sebelum bekerja atau masuk konti kebiasaan, dengar dulu lagu yang nak disiarkan dan membaca buku atau membaca apa jua tulisan yang mungkin m...
-
CARA URUSKAN KERETA KEMALANGAN TANPA MENGALAMI KERUGIAN Korang tau, ramai lagi yang belum tahu pasal cara yang betul untuk uruskan urusa...
-
Gambar Hiasan - Buah Cempedak. BUAH CEMPEDAK DI LUAR PAGAR AMBIL GALAH TOLONG JOLOKKAN SAYA BUDAK BARU BELAJAR KALAU SALAH TOLONG...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan