Khamis, 31 Mac 2016

BERKAITAN BOLA DAN SUKAN

"Awak tiada dalam perancangan saya,pihak pengurusan telah bersetuju" itu adalah kata-kata yang sering digunakan oleh sesuatu pasukan bolasepak atau permainan berpasukan yang lain.Senario itu berlaku di akhir musim atau pintu perpindahan pemain dibuka, kebanyakkan pasukan di eropah, pengurus yang menentukan perancangan tersebut dan ada juga senarai pemain ditentukan oleh ketua jurulatih,dan Pemain harus akur dan sedar bahawa khidmatnya tidak diperlukan lagi.
Pengurus atau ketua jurulatih memilih pemain hanya berdasarkan taktik dan strategi yang mahu mereka serapkan dalam pasukan kendaliannya,jika tersilap pilih, percaturan tidak menjadi. Akhirnya pasukan tersebut akan kecundang.
Pasukan di Eropah yang kaya mampu menggajikan pemain yang berkemahiran untuk memperoleh kemenangan dalam saingan liga dalaman dan benua.Pengurus pasukan atau ketua jurulatih harus mencorakkan permainan untuk mencapai kemenangan melalui potensi pemain yang dimiliki.
Penyokong akan menilai corak permainan dan keputusan yang dikecapi dan kesudahan di hujung saingan liga,tetapi banyak pasukan yang memecat pengurus atau ketua jurulatih kerana tidak berjaya mencipta SESUATU dan biasanya penyokonglah adalah kumpulan pendesak.Lihat sahaja pasukan Leicester yang pada saingan 2014/2015 mereka hampir tersingkir, tapi bagi saingan 2015/2015 mereka adalah pencabar kejuaraan.Claudio Renneiri berjaya mencorakkan permain yang dia ada sehinggakan dunia mula mengenali penyerang dari Jepun dan penyerang utamanya Vardy terpilih mewakili England, Pemain Tengah Mehnez berjaya memikat minat Kelab Besar Dunia seperti Barca dan R.Madrid,ITULAH BOLASEPAK DAN SUKAN boleh meningkatkan serta menyatukan dan melaluinya juga boleh menJAHANAMkan.Di Negara kita Pasukan Bolasepak JDT telah mula mengorak langkah,memanglah kewangan itu adalah punca tapi jika tiada perancangan rapi dan teliti ,bukit pun boleh runtuh..Bermula dengan jurulatih Fandi tidak berjaya,dipecat, kemudian Bojan Hodak tidak memahami kebolehan pemain walaupun hampir berjaya juga di pecat dan sekarang memasuki musim kedua Mario Gomez antara jurulatih yang berjaya dengan kelompok pemain yang pernah dimiliki oleh Fandi dan Bojan.Akhir sekali kejayaan JDT bukan sahaja kerana dari peringkat teringgi iatu TMJ tetapi kerana penyokongnya.Mereka telah membuktikan, bagaimana dengan yang lain?.

Tiada ulasan:

BERJAYA ITU SUKAR

Impian semua pelajar mendapat anugerah tertinggi. Jadi Kenangan kerana usaha sendiri. Bukan senang untuk capai impia...