Rabu, 30 Mac 2016

HANYA SEKADAR DI SKRIN MAYA

Sekadar Hiasan.
Bila sependapat dia adalah kawan jika tidak, atau menentang kita terus dianggap musuh, itulah hubungan yang sering berlaku dalam dunia maya yang menjadi kegilaan bagi ramai orang, provokasi dan mencetuskan sesuatu yang lebih dikategorkan sebagai FITNAH memang menular dizaman sekarang, Saya Suka mengambil pengajarab apa yang berlaku dalam kes " ARAB SPRING".
Pendapat di Petik dari,Wael Ghonim, seorang admin kepada page 'We Are All Khaled Saeed' yang mencetuskan Revolusi Mesir pada tahun 2011.
Pada pendapat beliau terdapat 5 Cabaran Kritikal yang dihadapi oleh Media Sosial yang mengakibatkan perkara tersebut berlaku.
1. Kita tidak tahu bagaimana hendak mengendalikan khabar angin.
Khabar angin yang mengesahkan pandangan peribadi seseorang (bias), dipercayai dan disebarkan kepada mereka yang mempunyai pandangan yang sama.
2. Kita hanya berinteraksi dengan mereka yang mempunyai pandangan/pendapat yang sama dengan kita.
Media sosial menyediakan kita kebolehan untuk 'mute', 'unfollow' dan 'block' untuk mereka yang tidak bersependapat dengan kita.
3. Perbincangan online hanya akan membawa kepada pergaduhan dan membangkitkan kemarahan.
Kita lebih berhati-hati berkomunikasi di hadapan indivdu tersebut berbanding di hadapan skrin komputer.
4. Ia menjadi sangat sukar untuk mengubah pendapat seseorang.
Kepantasan media sosial menyebarkan khabar angin mengakibatkan pembaca senang untuk membuat kesimpulan, lebih-lebih lagi tentang perkara yang hanya mengesahkan pendapat mereka.
5. Rekabentuk media sosial pada hari ini memberi kelebihan untuk 'broadcast' (sebaran) berbanding dengan perbincangan.

Dan bagi saya, dimedia ini mereka hanya berani dengan penulisan dan pendapat secara maya, tapi bila berhadapan hilang segala keberanian ianya juga disebut " Keyboard Warrior", Ayuhlah bersama kita menyatakan rasa tidak puashati atau apajua rasa atau pendapat secara terbuka dan rasional bukan hanya BALING BATU SEMBUNYI TANGAN, beranilah walaupun pendapat kita tidak boleh diterima oleh orang lain, yang penting KITA JUJUR dengan yang kita kata dan ucapkan.

Tiada ulasan:

BERJAYA ITU SUKAR

Impian semua pelajar mendapat anugerah tertinggi. Jadi Kenangan kerana usaha sendiri. Bukan senang untuk capai impia...