Kerajaan sedang giat melaksanakan lima Lonjakan
Transformasi Pekerja bagi melahirkan pekerja yang kreatif dan inovatif serta
membawa Malaysia memasuki gelanggang ekonomi maju berpendapatan tinggi. Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata lonjakan berkenaan termasuk
mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan pekerja dan golongan mudah terjejas
serta mengoptimumkan modal insan, memperkukuh perancangan dasar dan sistem
gaji. Selain itu, mengupaya Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)
yang diterajui industri;
Memperkasa agensi penyedia perkhidmatan pekerjaan awam dan
memperluas perlindungan keselamatan sosial. beberapa langkah sudah dilaksanakan
kerajaan untuk memastikan kebajikan pekerja terbela iaitu dasar gaji minimum
dan menyediakan pelbagai bentuk bantuan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)
serta rumah mampu milik.
Kerajaan juga bersetuju untuk memperuntukkan RM70 juta
kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi tujuan pembayaran faedah
kewangan Sistem Insurans Pekerja (SIP) pada 2018, sebagai tambahan kepada RM50
juta yang diperuntukkan pada Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10.
Kerajaan akan menganjurkan pameran kerja 'Job Fair @ UTC
2.0 2017' pada 20 Mei ini di 11 Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan empat
JobsMalaysia di seluruh negara yang menawarkan 20,000 kekosongan jawatan oleh
300 majikan. Sambutan Hari Pekerja 2017 dengan tema
"Pekerja Kreatif Pencetus Inovasi" bukan hanya sekadar tema sahaja
dan ianya perlu dipraktikkan oleh segenap lapisan pekerja dalam ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan