Isnin, 14 Mei 2012

TOK JANGGUT SIRI 2

Berita mengenai kecantikkan Puteri Saadong sampai ke Pengetahuan Raja Siam iatu raja Prasat Thong yang memerintah di Ayudhia,Baginda menghantar utusan ke Jembal bagi meminang Puteri Saadong.Selepas Raja Loyor berbincang dengan Cik Siti Wan Kembang maka pinangan Raja Siam ditolak kemudian Puteri Saadong dikahwinkan dengan Raja Abdullah iatu anak kepada Raja Bahar.Raja Abdullah dan Puteri Saadong membina membina sebuah kota dihilir Negeri Kelantan dan dinamakan Kota Jelasin
Setelah beberapa Raja Abdulah dan Puteri Saadong berserta dengan Paduka Cik Siti wan Kembang berangkat mudik ke hulu dan singgah membuka penempatan baru di Chetok Pasir Mas, Penempatan itu dinamakan Tanah Rendah Sekebun Bunga yang diilham dari kesaktian yang dimiliki oleh Cik Siti Wan Kembang menjadi sebuah tanah dataran penuh dengan bunga-bunga segar dan difahamkan bunga tersebut adalah bunga yang amat wangi dikenali sebagai Bunga Melor dan dipelihara Kijang emas dalam taman tersebut.
Berita Perkahwinan Raja Abdullah dan Puteri Saadong diketahui juga oleh raja Siam, lalu baginda menghantar satu angkatan tentera untuk menyerang Kelantan dan mengambil Puteri Saadong, apabila sampai ke Kota Jelasin maka berlakulah pertempuran yang dahsyat dan hebat, ramai kalangan pengikut Raja Abdullah yang terkorban dan dalam diam-diam baginda dan pengikutnya telah berundur ke Melor dan membina sebuah kota yang diberi nama Kota Mahligai.
Kedudukan Kota Mahligai juga diketahui oleh raja siam dan mereka mula mengatur perancangan untuk menyerang mahligai, oleh kerana sayangkan rakyat jelata serta mendapat persetujuan raja Abdullah maka Puteri Saadong bersetuju menyerah diri.Raja Abdullah berjanji dengan Puteri Saadong akan tetap setia menunggu kepulangan beliau.Syarat itu dipegang kukuh oleh Puteri Saadong dengan menjadikan sanggul hikmatnya sebagi galang nyawa.Dikhabarkan Puteri Saadong menpunyai kepandaian dan kesaktian dalam mengubat penyakit mewarisi ilmu yang dipeturunkan oleh Bonda angkatnya Paduka raja Cik Siti Wan Kembang.
Hari demi hari Raja Abdullah menunggu kepulangan isteri kesayangan tetapi hampa namun begitu Puteri Saadong yang berada di Ayudhia berada dalam keadaan selamat, setiap kali raja siam mahu menghampiri Puteri Saadong badan Raja Siam akan gatal-gatal dipenuhi penyakit kudis buta puas sudah baginda berubat tetapi tidak juga sembuh.” KUHARAMKAN LELAKI MENDEKATIKU APATAH LAGI MENYENTUHKU,KECUALI SUAMIKU.. JIKA ENGKAR,KU SUMPAH SELURUH TUBUHNYA AKAN MENJADI GATAL DAN MIANG KECUALI DENGAN AIR LIUR DAN AIR BASUHAN TAPAK KAKIKU” itu adalah sumpah keramat Puteri Saadong.
Kemudian raja siam menawarkan kepada Puteri Saadong untuk mengubati penyakitnya dan balasanya Puteri Saadong akan dibebaskan dan dihantar pulang ke Kelantan.Dengan keramat dan kesaktian dimiliki maka Puteri Saadong telah Berjaya mengubati Penyakit raja siam, Tetapi alangkah terkejutnya Puteri Saadong setelah pulang ke Kelantan didapati suaminya telah berkahwin lain,maka berlakulah pergaduhan antara puteri Saadong dan Raja Abdullah yang tidak setia pada cinta,akhirnya Raja Abdullah mati ditikam dengan cucuk sanggul, kemudian Puteri Saadong membawa diri ke Bukit Marak.. 
Saya akan terus menyelusuri bagi menjejak tapak2 yang tertinggal dicoretan akan datang.... 

Tiada ulasan:

BERJAYA ITU SUKAR

Impian semua pelajar mendapat anugerah tertinggi. Jadi Kenangan kerana usaha sendiri. Bukan senang untuk capai impia...