Kemurungan yang dialami lelaki berbeza dengan wanita kerana tekanan hidup tidak sama, lelaki biasanya akan bersikap pemarah, agresif dan mudah terganggu manakala wanita pula akan memperlihatkan emosi tidak stabil, pendiam mengasingkan diri dan memendam rasa, namun secara amnya bolehlah dirumuskan dan dijadikan panduan umum, jika seorang itu dalam kemurungan.
- Emosi Negatif dan rasa sedih berpanjangan
- Perasaan tidak menentu, resah,sensitif dan keliru.
- Hilang minat terhadap seks
- Hilang rasa seronok
- Sentiasa berasa letih
- Hilang selera makan dan berat badan turun mendadak
- Rasa Kesunyian
- Hilang harapan,keyakinan, berasa tidak berguna,bersalah,menyusahkan orang lain,rasa nak mati(bunuh diri).
- Mengalami gangguan tidur ( Sukar untuk tidur atau tidur terlalu banyak )
- Sukar menumpukan perhatian atau fokus
- Mengalami gejala fizikal seperti pening,sakit belakang,masalah perut,dada sentiasa berdebar dan seluruh badan rasa sakit-sakit.
Kenapa Kemurungan perlu dirawat dengan segera? kerana ianya akan memberi impak psikologi dan fisiologi ianya menjejaskan pemikiran,emosi dan perlakuan.Kemurungan adalah satu masalah yang boleh berulang terutama tidak mendapat rawatan yang sewajarnya, Prinsip untuk membantu memecahkan kitaran kemurungan ialah :-
- Ubat anti kemurungan adalah kompenan penting dalam rawatan dan kemurungan adalah penyakit serius
- Bincang dengan doktor mengenai perasaan dan kemajuan rawatan,jangan takut untuk bertanya
- Fahami simptom kemurungan melalui rawatan,berfikiran positif dan carilah bimbingan dari mereka yang berkelayakan
- Setiap rawatan ada kesan sampingan dan kesan itu menpunyai kadar yang tertentu pada setiap individu
- Kemurungan akan berulang jika mendapat rawatan atau bimbingan yang tidak betul, penghapusan simptom yang dikenalpasti itu penting.
- Banyakkan berkomunikasi dengan rakan-rakan sekeliling yang wujud di persekitaran terutama dengan ahli keluarga kerana ianya boleh menghapuskan bayangan kemurungan dan mengembalikan ke alam keceriaan.Libatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan, menonton rancangan yang penuh keceriaan seperti rancangan berbentuk jenaka, kartun, mendengar radio dan mendengar celoteh penyampai kegemaran.
- Ubat anti kemurungan haruslah diteruskan sehingga mendapat nasihat dari doktor supaya berhenti, ubat ini tidak menyebabkan ketagihan.
- Adakah anda sering bersedih tanpa sebab?
- Adakah anda berasa diri tidak dihargai? anggap diri orang yang gagal?
- Adakah anda menganggap masa depan anda kelam?
- Adakah anda kerap merasa rendah diri?
- Adakah anda berasa bersalah atas pelbagai perkara yang berlaku? menyalahkan diri sendiri?
- Adakah anda mengalami masalah untuk membuat keputusan bagi kebanyakkan perkara?
- Adakah anda kerap merasa marah dan geram?
- Adakah anda hilang minat terhadap hobi,kerjaya,kawan-kawan dan keluarga?.
- Adakah kurang semangat dan memaksa diri untuk melakukan banyak perkara?
- Adakah anda melihat diri sendiri sudah tua dan tidak menarik?
- Adakah selera makan sudah merosot? atau kini makan terlalu banyak?
- Adakah anda semakin sukar untuk tidur?
- Adakah anda berasa letih dan lesu sedangkan sudah tidur dengan lama?
- Adakah anda sudah tiada nafsu terhadap pasangan anda?
- Adakah anda sangat risaukan tahap kesihatan anda?
- Adakah anda pernah terfikir hidup ini tiada ertinya atau terlintas mahu mati?...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan