Dalam mengharungi dunia kehidupan kekadang selalu bersua
dengan pendengar-pendengar yang agak lama
( Otai ) seperti biasalah aku cuba
mencungkil seberapa banyak maklumat dan petua-petua dan ilmu warisan dari
orang-orang terdahalu
Petua dan amalan ini dipraktikkan oleh orang-orang melayu terdahalu, dan unsurnya banyak dipengaruhi HINDU mungkin jua kerana banyak perkembangan amalan ini sewaktu dulu yang dibawa dari INDIA melalui saudagar-saudagar dari sana..Semoga Paparan ini menambah MAKLUMAT dan PENGETAHUAN kita generasi pewaris.Cuma kita perlu memikirkan dengan kewarasan dan kebijaksanaan akal berkenaan dengan perkara ini.. Mengenali Wanita Kaedah Terdahalu...
a) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan.
b) Air - kedua, keenam, kesepuluh
c) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
d) Angin - keempat, kelapan, keduabelas
WANITA BERUNSUR TANAH
1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta rela
berkorban.
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak sombong dan
bukan seorang pemarah.
3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang.
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan sentiasa menjaga
kecantikan.
WANITA BERUNSUR AIR
1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi semangat.
2) Mengambil berat.
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan pasangan.
4) Menenangkan pasangan.
5) Sangat romantis.
6) Mudah menangis.
WANITA BERUNSUR API
1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan.
2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas menguruskan
rumah tangga.
3) Penasihat yang baik.
4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga.
5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu.
6) Berwaspada selalu.
WANITA BERUNSUR ANGIN
1) Lemah lembut dan menenangkan.
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu.
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia.
4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
5) Hati yang cepat berubah-ubah.
Sekian, hanya jadikan pengetahuan bukan amalan khusus...........sekadar berkongsi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan