Sabtu, 27 Jun 2015

IMBAU RAMADHAN.

Syukur...hari genap hari ke 10 ramadhan 1436H...sebenarnya hari ini ada program berbuka puasa di hotel bagi meraikan anak2 yatim.. seperti biasa pada majlis begini bantuan akan diberikan kepada mereka..aturcara majlis berakhir agak awal..jadi aku mengambil keputusan utk pulang berbuka di rumah.. singgah sebentar di bazar ramadhan..tapi tiada yg menarik minat utk membuka selera.. balik kerumah hanya ada biskut.. biskut pun biskut lah.. tika menyuapkan biskut ke mulut tertiba air mata mengalir..adesss!!!!.. masuk habuk pulak.
Terimbau zaman kanak2.. waktu itu arwah mak dan abah baru masuk peneroka..zaman susah..makan nasi campur air gula pun biasa.. org susah zaman skrg makan nasi ngn kicap..tp aku waktu tu..kicap pun tak pernah tengok.. berbuka puasa dengan air telaga menjadi lumrah.. begitulah kedaifan dan kesukaran hidup peneroka sekitar tahun 80an dan seawal 90an.. sebagai anak yg dibesarkan dlm masyarakat peneroka..aku begitu memahami dan terkesan rasa dalam sanubari...

Tiada ulasan:

BERJAYA ITU SUKAR

Impian semua pelajar mendapat anugerah tertinggi. Jadi Kenangan kerana usaha sendiri. Bukan senang untuk capai impia...