Setahun sudah berlalu sebenarnya, Kini saya masih lagi ditugaskan untuk segmen " GERAK SAHUR" semoga dipermudahkan untuk saya melaluinya.
Ada rindu pada mereka yang sentiasa bersama tiap saban tahun untuk segmen ini, ramai juga yang telah kembali menemui yang maha esa, masih tergiang suara2 mereka di telinga ini. AL-Fatihah untuk yang sudah pergi termasuk bonda dan ayahanda saya.. memori bersama mereka akan tetap dalam ingatan.. hingar bingarnya tika berbuka dan bersahur..waktu kanak2 saya selalu mengejutkan jiran2 saya tika bersahur dengan mengetuk tin pada tempayan... kini saya lakukan sekali lagi di corong radio... semoga mendapat keberkatan akhir kata saya ingin memerik kata2 yang dilontarkan oleh Pak Ngah @ Farid Ismeth : RAMAI MANUSIA MAHU MASUK SYURGA TAPI RAMAI ANTARA MEREKA TAKUT MATI... Ahlan Ramadhan.
1 ulasan:
Selamat menjalani ibadat puasa
Catat Ulasan