Syukur!!! kerana ada dikalangan kita yang dikurniakan kelebihan untuk melakukan ibadah korban. Cuma saya nak menjawab persoalan yang pernah di kemukakan oleh seorang kenalan.. antara lain tanya beliau " kenapa raya haji lebih meriah di Kelantan?"
kalau nak ikutkan bukan di negeri Kelantan je orang melakukan ibadah korban..tetapi,, jika di Kelantan sudah ditanamkan sikap dan amalan, setiap rumah mesti buat korban..bukan kerana mereka kaya atau banyak duit tapi itulah namanya AMALAN yang diterapkan dan ASUHAN dari GURU Agama. Mereka telah diterapkan tentang PAHALA melakukan Ibadah Korban.
Harga untuk satu bahagian pada masa kini antara RM450 ke RM550, jadi bermula selepas Bulan Zulhijjah mereka mengumpul duit untuk Tahun hadapan pula, Itulah Tips kenapa mereka boleh melakukannya... Jika 7 buah rumah/keluarga seekor lembu, bayangkan jika satu kampung.. sebab itu meriah!!!! soalan lazim ditanya bila berada di Bulan Haji " Demo dok amik giae ko".....
Sekian, pandangan pribadi saya...
Follow MY IG : amieytee
Tiada ulasan:
Catat Ulasan