Rabu, 14 Disember 2016

TAHUN SEDIH

Frustnya!!!!!!..

Tahun 2016 masehi hampir ke penghujungnya, bermakna bertambah lagi usia dan makin sikit baki yang tertinggal, maka makin tipis peluang yang ada untuk meraih apa yang diidamkan.
Disorotkan kembali apa yang diperolehi dalam tahun ini, Frust!!!! itulah yang boleh digambarkan terutama dalam sudut kerjaya dan pengembangannya." Feeling down" itulah yang dialami sepanjang tahun ini, bukan tiada hasrat atau peluang untuk berubah ke tempat baru, tapi bab nasihat dari seseorang, jika ke tempat baru terpaksa memulakan semula dari bawah serta penyesesuaian.
"Tak bagus sangat ke aku???" itulah sering bermain difikiran dan mencetus konflik dalaman antara aku dan kerjaya.Aku perasan dari seorang yang berfikiran kreatif dan kritis aku menjadi semakin pasif lantaran keadaan serta situasi. 
Diawalnya aku dituduh sebagai pencetus provokasi dan menghasut, aku terima je walaupun itu bukan aku sebenarnya, sebenarnya aku masih lagi menyimpan segala kepincangan yang terlihat dan tidak mencanang serata halwa.... tapi setelah minat dan ketaksubanku dibunuh. aku sedar tiada makna aku lakukan semuanya itu.
Diakhir semuanya itu aku sedar.... Perancangan Allah lebih baik.


Tiada ulasan:

MAKAN LAJU RISIKO PENYAKIT JANTUNG,STROK,DIABETES

Rupanya cara kita makan pun boleh menjadi punca penyakit selain apa yang kita makan,baca artikel yang dipetik dari BERNAMA ini, mungkin bole...