Sabtu, 25 Disember 2010

KENANGAN SEMALAM....

Semua orang ada kenangan dan kenangan itu adalah sejarah dalam kehidupan yang sukar untuk dilupakan jika kita melupakan kenangan atau sejarah pasti kita akan melupakan diri kita sendiri,begitu jua dengan aku,terlalu banyak kenangan pada waktu yang singkat..Di Gambar di atas,ada kenangan yang begitu mengamit airmata untuk membasahi pipiku yang tak berapa nak gebu nie.Emm..Cikgu Shah nama yang sentiasa terpahat dalam hatiku..memang dia mengajarku tidak lama tetapi ada suatu peristiwa yang menjadi inpirasi bagi diriku untuk,membuatku semangat untuk mengisi sesuatu dalam hidup ini..sewaktu dahalu disekolahku ada pertunjukkan pentas sempena hari guru atau hari penyampaian hadiah..aku telah dipinjamkan oleh maha pencipta bakat untuk berpidato dan bercerita dari sekolah rendah hingga ke peringkat yang tertinggi aku selalu jer terlibat,alkisah Cikgu Shah ingin mengadakan pertunjukkan pentas.jadi aku nie dengan muka selamba cuba2lah uji bakat..tapi cikgu shah kata pelakun hanya dipilih dari kalangan mereka yang senior,tambahan lagi cikgu shah kata badan aku kecil dan kemetot untuk jadi seorang pelakun..namun aku katakan pada dia,aku boleh jadi tukang cerita..tapi aku diketawakan oleh rakan senior dan cikgu Shah sendiri..sedih aku pedih waktu itu..aku menangis bawah tangki air yang mana kawasan tersebut memang tiada siapa pun berani pergi kerana dikatakan berhantu..Kemudian ada seorang guru namanya Wan Zainal..dialah yang memujukku..eeeemm..biasalah masih lagi perangai bebudak waktu itu..Namun begitu setiap kali latihan aku akan hadir menjadi pemerhati dan setiap dialog pelakun aku hafal dan dicatatkan dalam buku..Pementasan itu dikategorikan berjaya..Pada tahun berikutnya cikgu Shah bertukar dan aku pun bertukar sekolah,namun skrip dan plot2 drama pementasan itu aku tidak lupa..Kata orang apa yang kita lakukan pada hari ini akan menjadi kesan pada masa akan datang,begitulah dengan aku,tidak disangka disekolah baru aku ditugas untuk mengarahkan suatu drama dalam satu pertandingan..jadi aku mengolahkan drama asal cikgu Shah dalam versi aku..dan kami berjaya peringkat negeri seterusnya menjadi juara peringkat kebangsaan..sehingga kini Cikgu Shah sentiasa dalam ingatan dan hatiku..Terima Kasih Cikgu Shah..Love Youuuuuuuu...eeemuuaaaaaahhhhh


1 ulasan:

pakNdak berkata...

Sehari dua ini saya amat terharu dengan perhatian yg amiey berikan kpd saya. Bermula dari malam kelmarin di mana saya rasakan seolah-olah rancangan kelolaannya di radio dr jam 12 tgh mlm sehingga ke 6 pagi itu ditujukan khas utk saya. Lagu demi lagu yang dimainkan adalah lagu2 kegemaran saya. Bermula dgn Look For A Star hinggalah ke Biarlah Bulan Bicara. Jujur saya akui bahawa airmata saya meleleh dan bulu roma saya sentiasa meremang ketika mendengar rancangan itu. Sungguh besar penghargaan Amiey terhadap saya yang pernah 'mengabaikan' permintaannya dahulu. Saya ingat penghargaan sebegini hanya terjadi di dalam drama2 atau filem2 atau novel2 sahaja tetapi ianya telah terbukti nyata bagi saya. Tidak cukup dengan itu, Amiey telah menghadiahkan satu lg pengharagaan kpd saya melalui catatan Kenangan Semalamnya ini. Terima kasih Amiey. Budi AMiey akan PA bawa hingga ke liang lahad. Semoga Allah memberkati hidup Amiey sekeluarga di dunia dan di akhirat. I love You Too for now and forever!!!!

MAKAN LAJU RISIKO PENYAKIT JANTUNG,STROK,DIABETES

Rupanya cara kita makan pun boleh menjadi punca penyakit selain apa yang kita makan,baca artikel yang dipetik dari BERNAMA ini, mungkin bole...