Khamis, 27 Mac 2014

CERMIN GELAP OTAK HITAM

CERMIN GELAP
ISU TINTED GELAP: SAMPAI MASA JPJ TUKAR PERATURAN MENGARUT  Kebanyakan kereta import sudah sedia digelapkan dibahagian penumpang dan tempat letak barang. Dalam hal ini seharusnya ada timbang rasa dan kelonggaran bagi kenderaan MPV kerana kenderaan ini tidak mempunyai bonet tertutup dan boleh mendedahkan barang yang dibawa kepada risiko kecurian atau pecah kereta.
Malah konsep rekaan ini telah dikaji oleh negara maju seperti Jepun kerana telah melihat jauh kehadapan bagi menjamin keselamatan barang dan juga penumpang. Maka dalam hal seharusnya JPJ boleh bersikap lebih mesra pengguna. Dalam konteks penggunaan cermin gelap yang kononnya dijadikan isu besar oleh pihak JPJ, maka kami amat menuntut JPJ untuk menjawap persoalan berikut :
• Apakah kesan pemakaian cermin gelap boleh meningkatkan kadar kemalangan jalanraya ? Jika ada berapakah angka sebenar punca cermin gelap yang boleh dikaitkan dengan peningkatan kadar kemalangan jalanraya di negara kita. Apakah dengan menguatkuasakan cermin cerah boleh dibuktikan pula dapat mengurangkan kadar kemalangan ?

• Adakah JPJ sedar bahawa ada faktor yang lebih utama dan sangat signifikan iaitu faktor jalanraya di Malaysia yang tidak diselanggara dengan baik, garisan putih yang pudar di kebanyakkan jalanraya menyebabkan banyak kenderaan terbabas ? Selain itu faktor keadaan kenderaan seperti tayar botak, modifikasi terhadap enjin serta sikap pemandu lebih merupakan sebab utama yang seharusnya diberikan perhatian oleh JPJ Malaysia.
• Bagaimana pula kenderaan perdagangan seperti van yang mempunyai penutup besi di keseluruhan bahagian belakang yang bertujuan menutup barang-barang yang dibawa. Bukankah van ni juga mungkin membawa barang yang diragui dan mungkin membawa penjenayah ?
• Kenapa bas ekpress boleh menggunakan cermin gelap atau langsir untuk penumpang mereka yang bagi saya juga adalah kesalahan yang sama ?
• Bolehkah JPJ menjamin keselamatan barang dalam kenderaan MPV selepas ini jika kenderaan kami dipecahkan kerana pencuri dapat melihat apa yang ada dalam bonet MPV kami ?
• Apakah ada peraturan yang berbeza kepada orang yang berbeza, umpamanya kenapa VVIP boleh bercermin gelap sedangkan rakyat biasa tidak boleh ? Sedangkan sebagai pemimpin dan milik rakyat mereka sepatutnya memasang cermin cerah untuk kami melihat pemimpin setiap kali mereka berada di dalam kenderaan.
• Apakah bezanya peraturan ini dengan peraturan di negara lain ? Mengapa peraturan ini tidak dikuatkuasakan di negara lain ? Adakah negara lain tidak cerdik atau JPJ kita yang tidak cerdik mencipta peraturan. Pernahkan JPJ menkaji akta lapuk yang sudah ketinggalan zaman ini dengan negara lain?
• Adakah JPJ sedar bahawa semakin banyak akta yang mengarut dan peraturan yang pelik semakin banyak pula kadar kemalangan, dan ianya bukan berkaitan dengan cermin gelap seperti yang cuba diwar-warkan. Malah JPJ sudah hilang fokus kepada keutamaan mereka dalam hal-hal yang boleh membantu mengurangkan kadar kemalangan atau membantu kerajaan dalam hal ini. Fikirkan secara inovatif dan matang dalam mencari kaedah baru atau peraturan yang mesra pengguna. Jika perlu lihatlah kaedah negara maju dalam usaha mereka mengurangkan kadar kemalangan dan peraturan yang mereka ada.
• Kenapa JPJ menghalang kreativiti dan hak kami sebagai pemilik kenderaan dan dalam masa yang sama menghalang rezeki kedai-kedai aksesori mencari sumber rezeki.
• Adakah adil tindakan JPJ ini kepada rakyat sedangkan slogan kebajikan rakyat tidak diendahkan atas faktor mempunyai kuasa menyaman dan hilang pertimbangan budi bicara dalam isu yang amat remeh dan kecil ?
Jangan Terus Meroyan... Apa Peruntukan Undang-undang
Sebelum kita berbicara mengenai cermin gelap terlebih dahulu kita fahami peruntukan Kaedah – kaedah yang ditetapkan dalam undang – undangMengikut peruntukan Kaedah 5(1) dan 5(2) Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-jenis Kaca Tertentu) 1991. Berdasarkan kepada peruntukan tersebut, tahap ketelusan cahaya bagi cermin hadapan kenderaan (windscreen) hendaklah melebihi tujuh puluh peratus (70%) manakala bagi cermin sisi dan belakang kenderaan hendaklah melebihi 50%. Terdapat pengecualian di mana peruntukan ini tidak terpakai pada kawasan 20% memanjang sebelah atas cermin hadapan kenderaan dan pada tingkap tepi semua jenis bas atau carawan kecuali bagi tingkap di sebelah kiri atau kanan pemandu.

Orang yang dibenarkan memakai Cermin Gelap Mengikut Kaedah – Kaedah
Kaedah 11(a) dan 11(b) Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-jenis Kaca Tertentu) 1991 memperuntukkan bahawa kenderaan milik Kerajaan yang digunakan oleh orang-orang berikut dibenarkan menggunakan cermin gelap iaitu:

  1. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong.
  2. Duli Yang Maha Mulia Raja sesuatu Negeri.
  3. Pemangku Raja sesuatu Negeri .
  4. Pembesar Memerintah Negeri bagi Negeri Sembilan.
  5. Bakal Raja sesuatu Negeri .
  6. Bekas Raja sesuatu Negeri .
  7. Tuan yang Terutama Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri.
  8. Hakim Mahkamah Agung atau Mahkamah Tinggi.
  9. Pegawai polis atau pegawai tentera sebagaimana yang dinyatakan masing-ma
    singnya oleh Ketua Polis Negara atau Ketua Turus Angkatan Tentera.
Adakah terdapat pengecualian bagi penggunaan cermin gelap?

Di bawah Kaedah 11(c) Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-jenis Kaca Tertentu) 1991 memperuntukkan kuasa Menteri memberi kebenaran secara bertulis untuk penggunaan cermin gelap.

Di bawah peruntukan itu, Menteri mempertimbangkan penggunaan cermin gelap yang dipohon atas sebab-sebab kesihatan dan keselamatan pemohon.
 Bagi tujuan permohonan penggunaan cermin gelap kerana mempunyai masalah kesihatan, pemohon boleh mengemukakan permohonan penggunaan cermin gelap kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia untuk kelulusan Menteri Pengangkutan.
 Pemohon boleh dapatkan borang khas permohonan penggunaan cermin gelap di alamat berikut; Bahagian Penguatkuasa, JPJ Malaysia, Aras 1, Blok D4, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62620 Putrajaya.

Sekiranya cermin gelap tidak dibenarkan, mengapa terdapat kedai aksesori kenderaan menawarkan pemasangan cermin gelap dan terdapat kedai berkenaan yang mendakwa mendapat kelulusan JPJ?

Dengan adanya permintaan daripada orang awam, bertambahlah kedai yang menawarkan penjualan dan pemasangan cermin gelap di pasaran.
 Terdapat berbagai-bagai jenis material yang digunakan untuk menggelapkan cermin kenderaan. Selain itu, kemasukan kenderaan import yang dipasang siap dengan cermin gelap menjadi faktor penggalak kepada penggunaan cermin gelap.
 Adalah tidak benar dakwaan bahawa JPJ memberi kelulusan kepada mana-mana kedai aksesori bagi tujuan pemasangan cermin gelap.
 Namun demikian, adalah tidak menjadi kesalahan jika pemasangan yang dilakukan mematuhi ketelusan cahaya yang dibenarkan.

Terdapat kenderaan yang diimport di mana cermin gelap telah siap dipasang di kilang. Adakah ini juga menyalahi peraturan?
Sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991, ketelusan cahaya hendaklah mematuhi peruntukan di bawah kaedah tersebut, tidak kira sama ada ia kenderaan import atau sebaliknya.

Untuk tujuan pendaftaran, setiap kenderaan import dikehendaki menjalani pemeriksaan khas di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) terlebih dahulu sebelum ia didaftarkan oleh JPJ.

Sekiranya didapati kenderaan tersebut tidak mematuhi Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991, kenderaan tersebut tidak akan didaftarkan sehinggalah pemilik berdaftar menukar cermin kenderaannya itu.

Sekiranya seseorang itu memasang cermin gelap yang tidak mematuhi peraturan atau tidak mendapat kelulusan, apakah denda yang akan dikenakan terhadapnya?

Denda atau kompaun yang boleh dikenakan bagi kesalahan pertama adalah tidak melebihi RM500 atau penjara tidak melebihi dua minggu.

Bagi kesalahan kedua dan seterusnya, denda yang boleh dikenakan adalah tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi satu bulan atau kedua-duanya sekali.

Bagaimanakah proses pemeriksaan yang dilakukan oleh anggota penguat kuasa JPJ ke atas kenderaan yang menggunakan cermin gelap?

Anggota penguat kuasa JPJ akan menahan kenderaan tersebut dan mengukur tahap ketelusan cahaya dengan menggunakan alat pengukur khas.

Sekiranya keputusan ujian didapati gagal mematuhi tahap ketelusan cahaya yang ditetapkan, anggota penguat kuasa JPJ akan mengeluarkan Notis Larangan Penggunaan Kenderaan Motor dan mengeluarkan saman kepada pemandu pemilik serta merta.

Pemilik kenderaan diberi tempoh 10 hari untuk menukar keadaan cermin kenderaan tersebut dan diminta hadir di mana-mana JPJ berdekatan untuk pemeriksaan semula.

Kegagalan mematuhi notis tersebut dan kegagalan menyelesaikan saman dalam tempoh masa yang ditetapkan, mengakibatkan kenderaan terbabit disenaraihitamkan oleh JPJ.

Justeru itu kami ingin bertanya:

APAKAH RAKYAT MALAYSIA BERHAK MEMBAWA KES KE MAHKAMAH JIKA KENDERAAN DISAMAN BERHUBUNG CERMIN GELAP?

Jika BOLEH:

Alasan yang diberikan tadi boleh dijadikan hujah pembelaan untuk mempersoalkan tindakan JPJ dengan akta yang tidak mesra rakyat dan double standard. Justeru diharap semua rakyat Malaysia harus sama-sama berani untuk berhadapan dengan JPJ dalam isu-isu yang melibatkan hak kita sebagai pengguna.

Bawalah kes ke mahkamah jika anda rasa kita sebagai pengguna boleh menang..Mungkin sebagai pengguna kita boleh meletakkan SAMAN RM1 JUTA atau yang berbaloi.

Kalau kita kalah pun hanya perlu membayar saman sekitar RM300 sahaja. Biar kita penat sikit tapi ada ketikanya Penguatkuasa JPJ Malaysia wajar juga disusahkan sedikit sebagaimana mereka jarang menggunakan budi bicara ketika berhadapan dengan kita.

Seharusnya peraturan dan akta yang 'terlalu lapuk' dan 'tidak sesuai dengan zaman' wajar dipinda. Berilah peluang kepada kedai aksesori kenderaan mencari rezeki melalui perniagaan ini. Malah tindakan menyaman kereta yang menggunakan ‘nombor spray’ atau ‘nombo tidak timbul’ juga amat tidak wajar kerana nombor yang sama digunakan oleh kenderaan Singapura serta agensi kerajaan.

Mengenai cermin gelap pula, alasan cuaca di negara kita juga menyokong keperluan cermin gelap berbanding di Jepun yang lebih sejuk. Alasan mengaitkan kejadian jenayah dengan pemasangan cermin gelap pun amatlah dangkal sedangkan ramai pegawai polis atau JPJ juga menggunakan cermin gelap di kenderaan mereka.

Selidiki dahulu pandangan orang ramai dan citarasa mereka selagi ianya tidak menyentuh aspek keselamatan dan menganggu orang awam.

Penuhi harapan rakyat Malaysia yang kreatif dan berinovasi seiring slogan Rakyat Didahulukan.

P/s: Haramkan sahaja Penjualan Tinted di Malaysia kalau JPJ tak nak tukar akta.

Tiada ulasan:

BERJAYA ITU SUKAR

Impian semua pelajar mendapat anugerah tertinggi. Jadi Kenangan kerana usaha sendiri. Bukan senang untuk capai impia...