Ahad, 10 Ogos 2014

BAHAGIA ITU MUDAH DERITA ITU SUKAR.

Mendengar isteri membebel di rumah, bererti kita masih punya keluarga. Mendengar suami masih mendengkur di sebelah bererti kita masih punya suami. Mendengar ayah dan mak menegur dengan tegas bererti kita masih punya mak ayah. Merasa letih dan jemu menasihati anak yang nakal, bererti kita masih punya anak untuk saham akhirat nanti. Merasa letih setiap ptg selepas penat bekerja, itu bererti masih  mampu bekerja keras.Membersihkan pinggan dan cawan kotor setelah menerima tamu di rumah, itu bererti kita ada teman. Pakaian terasa agak sempit, itu bererti kita makan cukup. Mencuci dan meng "iron" timbunan baju, itu bererti kita memiliki pakaian. Membersihkan halaman rumah, mop lantai, itu bererti kita ada tempat tinggal. Mendapatkan banyak tugasan, itu bererti kita dipercayai dapat melakukannya.Mendengar bunyi ekzos & hon itu bererti kita  masih lagi mendengar. Mendengar bunyi Azan di subuh hari, itu bererti masih hidup lagi.Siapa yang membaca tulisan ini bermakna ada yang sudi membaca, Seharusnya Bersyukur dengan Nikmat yang dipinjamkan, Berhenti mengeluh dan bersyukurlah. Bersyukur dalam setiap keadaan meski tak ada alasan untuk bersyukur sekalipun.Ayuh kite sama2 mencuba utk bersyukur walau diri ini selalu mngeluh tnpa brfkir hikmah di sebaliknye...Semoga yang membaca ini selalu diberkati dengan kesihatan, kebahagiaan dan kedamaian.

Tiada ulasan:

BERJAYA ITU SUKAR

Impian semua pelajar mendapat anugerah tertinggi. Jadi Kenangan kerana usaha sendiri. Bukan senang untuk capai impia...