Jumaat, 15 Ogos 2014

PILIH YANG MANA POLITEKNIK ATAU UNIVERSITI

Kebanyakan pelajar lepasan SPM lebih cenderung untuk memasuki UNIVERSITI atau MATRIKULASI berbanding POLITEKNIK.Namun pelajar tidak tahu tentang kelebihan memasuki POLITEKNIK yang ada di setiap negeri.ni antara kelebihan memasuki POLITEKNIK:-


1)Berpeluang melanjutkan pelajaran ke UNIVERSITI untuk menyambung pelajaran.
2)Mendapat peluang merasai kehidupan bekerja dalam latihan industri.
3)Sukatan pelajaran atau modul menepati piawaian.

Ramai pelajar peringkat SPM merasakan bahawa belajar di Universiti itu lebih gah jika dibandingkan belajar di Politeknik tanpa mereka menyedari bahawa mereka tetap bertaraf diploma, Jika keputusan SPM itu bagus dan terbaik tidak menjadi masalah, tapi ramai yang tersadai dah tak boleh "catch up" kerana cara pengajaran peringkat Universiti berbeza kerana ianya lebih kepada kajian,analisa dan juga ujian. Jika di Politeknik mereka lebih kepada Amali dan praktikal. Otak lebih bersedia dengan perkara-perkara yang dilakukan secara rutin yakni membentuk pengajaran melalui Pengalaman. Saya menpunyai seorang "Adik" yang sekarang belajar di Peringkat Ijazah dalam " Elektrikal Engineering" Satu Bidang yang memang mencabar dan memerlukan otak yang bijak.Kalau diikutkan keputusan SPM dia hanya lepas "halkum".Bermula Di Politeknik di peringkat sijil,kemudian diploma sekarang ijazah.Bila saya tanya kepada beliau "Boleh ke"... dengan yakin dia jawab, "Boleh... sebab dah buat masa kat Politeknik"
Memang dia akan ketinggalan setahun dari rakan-rakan yang sama-sama menduduki SPM tapi bila peringkat Ijazah dia tak pernah "repeat paper" dan keputusannya boleh dibanggakan dengan jurusan yang sukar tersebut.

Tiada ulasan:

BERJAYA ITU SUKAR

Impian semua pelajar mendapat anugerah tertinggi. Jadi Kenangan kerana usaha sendiri. Bukan senang untuk capai impia...