Jumaat, 5 Ogos 2016

MEREKA BANGGA DENGAN DIKIR

Sekadar Hiasan

"Nok wat gapo eh" 
"Kito war dikir je lah" 
" Ore Pehe Ko?"
"Caro apo.. Janji kita wa"
Itulah antara perbualan yang biasa Didengari sekiranya diminta membuat persembahan tak kiralah Dalam Jambori Pengakap, Kat Kolej atau pusat pengajian tinggi, maupun diluar negara, ITULAH ANAK KELANTAN.. mereka akan tetap mempersembahkan budaya dan cara hiburan yakni GAYA orang kelantan, mereka tidak terlalu memikir sambutan orang ramai tapi yang selalu mereka fikirkan inilah CARA KAMI, tak kiralah bunyi sumbang mambang atau apa-apa pun.
"Proud to be a part of them" itulah gambaran saya mengenai mereka, bukan saya mau terlalu mengagungkan mereka tetapi, apabila berada di kalangan mereka saya faham apa itu BANGGA dan tanpa segan silu bercerita apa yang mereka ada, berkenaan warisan dan budaya tak kira "gender" tanpa mengira latar belakang pendidikan, jua tidak mengira labuhnya jubah atau tudung.
Walaupun dengan peralihan zaman dan kemodenan alat muzik tapi mereka tetap mengalunkan irama yang sama walau tempo sedikit berubah dan yang pastinya pengikut mereka tetap ramai kerana mereka tidak menolak irama sedemikian malah yang berada diluar lingkungan juga tertawan

* Artikel ini adalah pendapat pribadi saya tanpa diolah dari mana-mana sumber, hanya berlandaskan pemerhatian dan pengalaman.

My IG : amieytee

Tiada ulasan:

BERJAYA ITU SUKAR

Impian semua pelajar mendapat anugerah tertinggi. Jadi Kenangan kerana usaha sendiri. Bukan senang untuk capai impia...