Isnin, 1 Ogos 2016

KAU AKAN KEMBALI ,KU JUA BEGITU,SEMOGA BERTEMU.


Kekuatan seseorang itu sebenarnya dipengaruhi oleh persekitaran,Semangat alam mungkin jua menjadi pendorong untuk kearah itu, saya bukanlah pakar dalam aspek itu tapi tahu kerana berlaku pada diri sendiri, mendengarkan sebuah lagu yang dirakamkan oleh penyanyi seawal era 80an membuatkan termenung seketika dan tertiba semangat kecintaan untuk berbakti di Negeri Kelahiran mebuak rasa, ADAKAH HANYA IMPIAN DALAM KHAYALAN saya sendiri pun tak pasti tapi jom nikmati bait kata dalam lagu ini :-


Aku terima berita dari mu
Kau akan kembali seperti yang diduga
Bertahun berlalu kau berada dirantauan
Kau akan kembali ke pangkuan ibunda

Sawah terbentang dan padi menguning
Daun Nyiur melambai angin timur membelai
Riak air di kali bagaikan bersedia
Membasuh tubuhmu dari debuan kota

Sayup-sayut terdengar merdu suara seruling
mendendangkan lagu anak desa
Kau pergi dahulu kerana dah jemu
Kau telah impikan satu hidup baru
Pahit manis seorang kembara
Segalanya telah kau rasa

Desa nan permai setia menunggu
Tiada bezanya seperti masa dulu
Namun kami semua tiada pernah jemu
Segalanya indah selalu

My IG :#amieytee


Tiada ulasan:

BERJAYA ITU SUKAR

Impian semua pelajar mendapat anugerah tertinggi. Jadi Kenangan kerana usaha sendiri. Bukan senang untuk capai impia...