Bila dah
bergelar penyampai ( DJ ) di stesen radio seorang itu kena faham dan tahu
mengenai halatuju stesen tempat bekerja. Aku ditanya oleh seorang rakan yang
berminat untuk membuka stesen radio ( internet ) jadi, disini aku ceritakan
berdasarkan pengalaman dan pengetahuan yang tidak seberapa ini,mungkin boleh
dijadikan panduan oleh adik-adik yang sedang belajar.
Apa jua
siaran radio ianya harus ada format, format juga dalam istilah radio disebut “programming
format”.Ianya menjadi acuan gaya siaran dan membentuk personaliti para penyiar.Pemahaman
mengenai format stesen radio merupakan teras yang wajib difahami oleh penyiar
dan mereka yang bekerja dibawah stesen tersebut.
APA MAKSUD
FORMAT RADIO?.
Adalah
bentuk keseluruhan isi siaran di sebuah stesen radio sebagai contoh Radio Muzik,Radio Berita,Radio
Sukan,Radio Wawancara ( Talk Show ).
Format radio
juga dijadikan panduan untuk menentukan halatuju dalam jenis muzik atau lagu yang
disiarkan,gaya penyampaian penyiar (dj) ,isi kandungan segmen.
Format Radio
biasa terbentuk dari Visi dan Misi stesen radio berkenaan.Sebelum menyediakan
format yang sesuai, perlu ada kajian lapangan pendengar.Kajian ini boleh dibuat
perbagai cara,antaranya budaya kehidupan sesuatu tempat.Sikap dan tahap
permikiran.Ada juga stesen yang mengambil jangkamasa yang agak lama dengan
menggunakan kaedah “ Try and error”
Jika semua
sudah dilakukan bolehlah tentukan format yang sesuai, tetapi kebanyakan stesen
akan “mencedok” dan terbentuklah beberapa format radio seperti
Format
Berita,Format Bualbicara,format klasik,Format urban muzik,Format rock,Format contemporary,Format
Komuniti,FormatWilayah,Format Radio Kerajaan.
Fungsi
format radio ialah memenuhi dan mendapatkan sasaran pendengar secara tepat dan
banyak,memberikan saingan kepada stesen radio lain.Format radio ini boleh
diubah mengikut jam selagi tidak lari dari visi dan misi.Perubahan format juga
akan memberikan perubahan pada susunan lagu dan gaya penyampaian (dj) dan ianya
begitu popular.Format radio juga membolehkan sebuah stesen radio itu memonitor
stesen radio yang menjadi pesaing.
Secara
kasarnya gaya persembahan stesen radio adalah menjurus
kepada:-
1.Siaran Artistik (seni/hiburan) —
program musik/lagu, drama radio, kuiz, drama, humor, dan infotainment.
2.Siaran Jurnalistik (infomasi) —
program berita (news program), seperti berita terkini, rangkuman berita atau
pakej berita (biasanya pagi), feature radio, majalah udara, komentar, dan talk
show.
3.Variety show, yakni kombinasi dari
berbagai format, berisikan tips, wawancara, kuis, permintaan lagu, info semasa,
gosip, dialog interaktif, dan lain-lain.
Manakala
gaya penyampaian siaran pula terbahagi kepada dua :-
1.PT Style – Personal
Touch/Personality -format siaran yang menampilkan dj yang berpengalaman dan
menpunyai pengikut setia,merekayang mampu membuatkan pendengar terhibur dengan
celoteh dan mutu suara yang baik, memberikan komen-komen yang membina,pengisian
dengan bualbicara yang ilmiah ,.
Biasanya radio dewasa/keluarga.
2.DJ Style – Disk Jockey –format
siaran yang yang menyiarkan lagu-lagu,kurang interaski dengan pendengar lebih
kepada permintaan lagu-lagu terkini, sesuai untuk golongan yang muda.
Pandangan
pribadi untuk stesen radio penduduk
pantai timur sesuai dengan format “regional” dan susunan lagu lebih kepada
nostalgia dengan gaya siaran kepada Personal Touch
Sebenarnya
resepi sudah ada,cuma, bagaimana untuk memasaknya yang penting.
Sekian, apa
yang ditulis ini hanyalah skop pengalaman dan pengetahuan yang serba sedikit.
--Amieytee--
Tiada ulasan:
Catat Ulasan