Jumaat, 28 Disember 2012

TAHUN 2012 AKAN BERAKHIR

Selang beberapa hari lagi, maka berakhir sudah tahun 2012... menjelma pula tahun 2013.. Banyak peristiwa yang menarik dicatatkan dalam diari kehidupan masing-masing, bila bercerita perihal semalam, maka semuanya itu akan menjadi sejarah, yang akan diingati sampai bila-bila ataupun akan dilupakan, bergantung kepada keberkesanan peristiwa terhadap diri masing.
Mana yang berminat mengenai politik, segala hal dan peristiwa boleh dijadikan isu, besar atau tidak perkara tersebut bergantung bagaimana dan kaedah mengangkat isu  menjadi "global" ataupun tidak..
Sebagai seorang penyampai radio, segala perkara.. mahu tak mahu, suka atau pun tidak tetap diambil kira sebagai "input", kerana menjadi orang berpengetahuan dengan orang yang serba tahu adalah perkara yang berbeza, orang yang berpengetahuan sentiasa berfikir dengan maklumat yang ada, manakala orang yang serba tahu, akan bercerita tentang mereka tahu walhal banyak perkara yang diperkatakan itu adalah sekadar pendapat mahupun pandangan pribadi sahaja, orang yang serba tahu pada awalnya akan disenangi orang ramai tapi di akhir pasti akan dibenci.
Mungkin aku ini hanyalah seorang penyampai radio yang kerdil dan bekerja pula di stesen yang kecil, jadi ruang penyampaian itu berskala agak kecil, apa yang dilakukan kekadang dikatakan "ciplak" dari orang lain ( Dj Radio Lain ).. Bagaimana kita mengolah dan mencipta sesuatu slot itu orang tak pandang kerana kita umpama semut dilantai bukan gajah. namun pun begitu kekadang gigitan semut itu boleh jua menyakitkan dan ada yang terasa walaupun tidak akan menyebabkan kematian.Idea kreatif dan pemikiran kritis seakan tidak dipandang tetapi usaha tetap diteruskan, hanya itu sahajalah motivasi yang ada, berpegang prinsip "KERJA ADALAH IBADAH"... aku meneruskan kesinambungan pemikiran dari seorang Dj.. Alhamdulillah walaupun ditempat yang kecil dan ruang sempit, pihak majikan masih lagi memberikan kepercayaan dan aku tidak sesekali mengkhianati kepercayaan mereka.
Pada tahun 2012 antara "event" yang besar aku sertai ialah LTDL... pada asalnya, hanyalah sebagai lapuran biasa, dan apabila diberikan ruang untuk aku, bukan jua berniat nak menonjol diri, tapi itulah aku, yang kritis dalam persoalan dan sedikit kreatif dalam penyampaian, lanjutan dari itu aku ke Sukan SUKMA yang diadakan di Kuantan, disana aku sekali lagi menghadapi kesukaran kerana terpaksa bersendirian, namun dengan keyakinan dan memikul amanah yang dipertanggungjawabkan aku laksana dengan jujur dan akhirnya berjaya, tidak apa yang lebih membanggakan setiap kali aku membuat ulasan secara langsung, Pekerja dari Stesen TV dan juga Stesen Radio memberikan perhatian walaupun pada awalnya kehadiranku bagaikan tidak diendahkan, setiap kali aku selesai, pastinya mereka akan bertepuk tangan dan ada yang datang menghampiri dan merasakan kekaguman, mana tidaknya, mereka membuat lapuran siap dengan skrip dan penerbit, dan aku hanya berpandukan acara yang sedang berlangsung dan sehelai kertas ditangan...Tapi itu tidaklah membuatkan aku riak, dengan berhemah ku berkata, itulah kelebihan kami yang dilatih sebegini, lebih pada "survival"...
Setiap lapangan sukan, aku hadiri dan setiap itu jualah seakan penghormatan diberikan.. sebenarnya...sebelum ke "venue" aku terlebih awal mengkaji tentang sukan tersebut, jadi aku tahulah serba sedikit tentang sukan tersebut beserta dengan syarat dan kaedah pertandingan, memegang kata dari guruku dulu "JANGAN BERCAKAP MENGENAI PERKARA YANG KITA TIDAK TAHU"..
Dalam soal tahu dan tidak tahu, antara faham dan memahami, aku cukup kagum dengan mereka yang yang baru sahaja memeluk Islam berbanding dengan kebanyakkan kita yang lahir menjadi Islam.Mereka ini betul-betul mengkaji dan mengaji, bukan seperti kita yang kebanyakkanya yang hanya mengikut.......
Orang tak tahu tetapi sentiasa ingin tahu pastinya akan lebih tahu dari orang yang berlagak tahu, yang sebenarnya tak tahu apa yang dia tahu, dan tak tahu apa yang dia tak tahu.
Banyak lagi cabaran yang aku lalui tapi semua dapat diatasi dengan baik, aku bersyukur kerana diberikan idea dan akal dan sangat berterima kasih yang sentiasa memberi galakan dan dorongan. Semoga dengan tahun 2013 kejayaan itu adalah milik kita semua....tq

Isnin, 3 Disember 2012

MATANG DI USIA MUDA

Telah terbukti ramai dikalangan remaja lelaki sekarang kurang matang dalam permikiran mereka dan juga dalam tingkahlaku, namun begitu arus kedewasaan dan pengalaman akan membuat seorang lelaki menjadi matang dan seterusnya boleh menjadi pemimpin, setidak-tidaknya ketua kepada sebuah keluarga.. ada beberapa kaedah yang membolehkan seorang remaja lelaki itu mempercepatkan proses kematangan dan diantaranya :-

  1. Pilih sahabat atau teman yang berfikiran positif.
  2. Rajin berbual dengan ahli keluarga, kerana banyak masalah dapat diselesaikan melalui perbincangan dan permuafakatan keluarga.
  3. Hadiri majlis ilmu, walaupun kekadang isu atau tajuk yang dibincangkan tidak difahami, namun ianya adalah proses kearah kematangan.
  4. Kurangkan menonton rancangan yang remeh temeh sebaliknya membaca isu-isu yang lebih ilmiah dan terlibat dengan aktiviti2 sihat, sedikit demi sedikit tempias kedewasaan itu akan terasa.
  5. Pilih pakaian yang sesuai tidak terlalu keanak-anakan dan terlalu tua bersesuaian dengan usia dan wawasan.
  6. Fikir kesan buruk jika tidak boleh berdirikari dan berfikir secara matang, orang akan memandang rendah, hidup sentiasa cemas dan kecewa kerana diri tidak tahu dan tidak berilmu.
  7. Tanamkan keinginan mencari ilmu baru,pilih kegiatan sosial yang mendedahkan diri pada perkembangan sahsiah seperti bersukan, kenduri sekampung, pameran Universiti, karnival keluarga dan sebagainya. tidak kepada aktiviti sosial di alam maya.
  8. Konsisten Solat berjemaah di masjid atau surau, ianya "AURA" semulajadi dalam masyarakat yang menjurus kepada kematangan.      
 Sekian untuk renungan bersama, yang baik itu dicedok..yang tidak dibuang....TQ..

KISAH AKU ANAK PENEROKA ( SIRI 5 )

AKU DAN SEPUPU SERTA MAKCIK,PAKCIK. Aku dan sepupuku dibesarkan di sebuah ceruk kampong yang jauh dengan orang ramai, kemudian apabila ...