Saya bukanlah ahli psikologi atau mahir dalam menasihati orang, tetapi kekadang pada masa bertugas sering kali juga diajukan dengan soalan atau yang meminta saya memberikan pandangan mengenai golongan-golongan suami yang gatal, bagaimana untuk menanganinya?
Kita semua sudah cukup dewasa untuk sedia maklum bahawa tiada kisah
cinta yang berakhir bahagia selama-lamanya. Lelaki semakin tua, semakin
naik ulat bulu.
Jadi bagaimana untuk selamatkan perkahwinan anda daripada masalah kecurangan suami? Ikuti tip berikut!
*Klausa pengecualian: Ini sekadar gurauan, jangan ambil hati dengan saya. Untuk tip serius, sebaiknya rujuk kepada pakar perkahwinan
Jangan bagi suami kacak sangat
Ada lelaki yang semakin tua semakin buruk, dan ada juga yang semakin tua
semakin tampan. Contohnya George Clooney dan Robin Thicke. Biarpun usia
semakin menghampiri 40 tahun, wajah mereka masih menjadi igauan anak
gadis. Mudah nak elakkan suami curang, pastikan beliau tidak melaram
apabila keluar rumah. Awasi pemakaian cologne dan baju baru yang
membuatkan beliau kelihatan segak. Biarkan suami anda gendut sedikit
jadi orang lain tidak berkenan nak melayan kalau dia gatal pun.
Pastikan anda sentiasa kelihatan menarik
Apabila anda sentiasa kelihatan menarik, ini tidak memberi peluang
kepada suami untuk mencari alasan untuk menduakan anda. Kalau beliau
masih menggatal dan curang diluar, orang luar dan juga anda tahu bahawa
suami miliki masalah psikologi dan bukan salah anda kerana anda sudah
lakukan yang terbaik. Cari sahaja yang lain dan usah buang air mata
kerana beliau.
Temani suami ke setiap acara pejabat
Contohi isteri-isteri pemimpin kita. Pernahkah anda lihat menteri
kesayangan kita ke mana-mana tanpa ditemani isteri tercinta? Semestinya
tidak, dan anda juga harus begitu. Apabila menemani suami ke majlis dan
acara pejabat atau sosial, suami tiada ruang untuk mengorat anak dara
lain. Biasalah lelaki, apabila isteri tidak di depan mata, mudah sahaja
mengaku bujang.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
BERJAYA ITU SUKAR
Impian semua pelajar mendapat anugerah tertinggi. Jadi Kenangan kerana usaha sendiri. Bukan senang untuk capai impia...
-
Sebelum bekerja atau masuk konti kebiasaan, dengar dulu lagu yang nak disiarkan dan membaca buku atau membaca apa jua tulisan yang mungkin m...
-
CARA URUSKAN KERETA KEMALANGAN TANPA MENGALAMI KERUGIAN Korang tau, ramai lagi yang belum tahu pasal cara yang betul untuk uruskan urusa...
-
Gambar Hiasan - Buah Cempedak. BUAH CEMPEDAK DI LUAR PAGAR AMBIL GALAH TOLONG JOLOKKAN SAYA BUDAK BARU BELAJAR KALAU SALAH TOLONG...
1 ulasan:
Salam weh...pe kabor geng...dah lama tak dgr manis fm..sedap weh lagu2 petang ni...sori tenet dah semakin tenat tak dan nok bersantai ria kat umoh aok nih lelama...pe pun gud luck...:)
Catat Ulasan