Hari ni saya mencuba sesuatu yang baru iatu masak nasi sardin.. Mengenangkan kembali zaman kepayahan hidup sebagai anak peneroka, setiap awal bulan peneroka dibenarkan mengambil secara kredit di PNF atau disebut kantin dikalangan warga peneroka, kadar kredit bergantung kepada pengeluaran sawit di ladang kerana waktu itu masih menggunakan sistem blok sebelum bertukar kepada sistem individu. Disetiap awal bulan memang sardinlah yang berada dlm senarai barang yang diambil di kantin, kerana murah.
Setelah ditolak payslip oleh pengawai adakala baki gaji bulanan kurang dari seratus ringgit.Dengan wang sebanyak itu jugalah untuk digunakan belanja harian dan belanja anak sekolah.. mana cukup.. mahu tak mahu peneroka terpaksa ambil barang di kantin dan dijual kepada peruncit.. biasanya gula dan tepung di "tonjol" istilah popular.
Baiklah.. saya tak mahu bercerita lebih panjang tentang kesukaran peneroka felda untuk entri kali ni.. saya nak cerita perihal nasi sardin..
CÀRA-CARANYA..
Masak nasi seperti biasa, kemudian bila dah mendidih dan air mulai kering, isi sardin dlm nasi tersebut dan gaulkan. isi garam secukup rasa..biarkan nasi tersebut masak.. dah siap NASI SARDIN.
Sabtu, 7 Mei 2016
RESEPI NASI SARDIN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
BERJAYA ITU SUKAR
Impian semua pelajar mendapat anugerah tertinggi. Jadi Kenangan kerana usaha sendiri. Bukan senang untuk capai impia...
-
Sebelum bekerja atau masuk konti kebiasaan, dengar dulu lagu yang nak disiarkan dan membaca buku atau membaca apa jua tulisan yang mungkin m...
-
CARA URUSKAN KERETA KEMALANGAN TANPA MENGALAMI KERUGIAN Korang tau, ramai lagi yang belum tahu pasal cara yang betul untuk uruskan urusa...
-
Gambar Hiasan - Buah Cempedak. BUAH CEMPEDAK DI LUAR PAGAR AMBIL GALAH TOLONG JOLOKKAN SAYA BUDAK BARU BELAJAR KALAU SALAH TOLONG...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan