Ahad, 31 Julai 2016

HATI TAK BAHAGIA



Persoalan hati memang sukar dimergertikan kerana dari situ datang sikap dan sifat manusia. Ramai bijak pandai berkata bahawa Gambaran Hati terletak pada sikap,sifat dan tuturbicara.
Sukar bagi kita untuk memuaskan hati sendiri kerana itu adalah fitrah manusia yang sentiasa berubah selari dengan hati yang sentiasa berdolak dalih, apatah lagi untuk mendatang kepuasan hati orang yang berada dipersekitaran. Bayangkan, ibu yang mengandung dan melahirkan kita, kita tetap ada rasa tak puas hati, begitulah gambaran berkenaan sifat dan sikap hati kita,
Kita kadangkala sedar tapi hanya bentuk luaran bukan dari dalam hati, ada masanya mulut berkata "ya" tapi hati membisikkan "tidak"
BAGAIMANA UNTUK SELARI ANTARA HATI DAN BICARA KATA UNGKAPAN MULUT?
jawapannya ialah sucikan hati.. dengan cara memaafkan dan melupakan kesilapan orang terhadap kita tapi jangan lupakan kebaikan insan kepada kita, tidak mengapalah orang melupakan segala jasa-jasa dan kebaikkan kita,jangan pula kita melupakan budi orang. sentiasa bersangka baik. RAWATLAH HATI kerana itu adalah ibu segalanya.Semoga kita menjadi orang yang baik-baik dan berusaha kearah itu.

IG: amieytee




Tiada ulasan:

BERJAYA ITU SUKAR

Impian semua pelajar mendapat anugerah tertinggi. Jadi Kenangan kerana usaha sendiri. Bukan senang untuk capai impia...