Episod baru
membabitkan Penjawat awam tertinggi ini adalah antara kemelut yang dihadapi
oleh kerajaan yang bersabit perlantikan
pegawai-pegawai teratas atau penyambungan kontrak mereka yang
berulangkali setelah tempuh mereka bersara lama berlalu.
Amalan
menjadikan beberapa jawatan teratas dalam Perkhidmatan Awam dan badan
separa kerajaan, seperti Bank Negara, sebagai 'personel-to-holder' (khas
untuk penyandang) telah membawa kepada KEALPAAN, KELEKAAN dan
PERSEKONGKOLAN dimana mereka saling LINDUNG-MELINDUNGI.
Ada
persara yang diberi lanjutan jawatan hingga lima tahun yang tidak pernah
diamalkan sebelum ini. Turut dikhuatiri ialah penjawat seperti itu
menggunakan maklumat dan rahsia kerajaan sebagai senjata..!! PENAWAR dan
PENDINDING daripada TATA-TERTIB dan UNDANG-UNDANG.
Sementara
itu, akibat menopoli jawatan oleh penyandang tertentu menyebabkan
proses PERWARISAN jawatan terbantut atau TERHENTI TERUS.
Ramai
para pegawai lain yang lebih layak dan sampai waktu mengambil alih tidak
dinaikkan PANGKAT atau dipindahkan ketempat lain. Ada yang pencen tanpa
sampai ke jawatan dan gred yang menjadi hak mereka. Ini adalah antara
punca banyak kakitangan awam tidak berpuas hati terhadap kerajaan dan
selepas bersara MEREKA BERPALING TADAH.
Bukan sahaja di peringkat Kerajaan pusat, budaya ini jua kian menular ke kerajaan Negeri yang beralasan menlanjutkan Kontrak kerana ingin mengenang jasa dan perkhidmatan,Sedangkan gaya permikiran mereka sebenarnya sudah tidak relavan dengan keadaan semasa, ada sesetengah pegawai kanan berfikiran seperti era Kolonial, minta dihormati dan diraikan pada tahap melampau, Ada juga sesetangah itu konon menjadi TEAM THINK bagi wakil rakyat. Perlu diingatkan cara permikiran mereka ketika mengetahui jabatan tidak sama di padang MASYARAKAT... di Pejabat mereka mungkin boleh memerintah tapi tidak di khalayak RAMAI... Kepada Ahli Politik Kerajaan atau Pembangkang... berhati-hati dengan pegawai berkenaan..Kebanyaakn dasar yang dibawa oleh pihak Kerajaan, tidak kiralah mana2 kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri, DIGAGALKAN oleh mereka ini
P/S kepada remaja yang
ada sijil tu simpanlah dalam album buat kenangan jer..nak dapat kerja
dengan kerajaan 'sistem sambung kontrak telah diamalkan sekarang - 5
tahun, 10 tahun atau berkhidmatan sampai JIUN U All
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
BERJAYA ITU SUKAR
Impian semua pelajar mendapat anugerah tertinggi. Jadi Kenangan kerana usaha sendiri. Bukan senang untuk capai impia...
-
Sebelum bekerja atau masuk konti kebiasaan, dengar dulu lagu yang nak disiarkan dan membaca buku atau membaca apa jua tulisan yang mungkin m...
-
CARA URUSKAN KERETA KEMALANGAN TANPA MENGALAMI KERUGIAN Korang tau, ramai lagi yang belum tahu pasal cara yang betul untuk uruskan urusa...
-
Gambar Hiasan - Buah Cempedak. BUAH CEMPEDAK DI LUAR PAGAR AMBIL GALAH TOLONG JOLOKKAN SAYA BUDAK BARU BELAJAR KALAU SALAH TOLONG...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan