Khamis, 14 November 2013

HUJAH PRO DAN KONTRA

Hujah 1..
Saya rasa dah bertahun-tahun rakyat solat hajat untuk menumbangkan kerajaan zalim sejak zaman Tun M..Doa rakyat yang dizalimi akan termakbul, tetapi hingga sekarang BN masih lagi memerintah hasil doa dan solat rakyat yang ingin mejatuhkan kerajaan zalim,Percaya pada Islam saya yakin kerajaan BN tidak zalim, tetapi persepsi sesetengah pemimpin itu yang membuatkan rakyat berfikiran kerajaan zalim, namun Alhamdullillah rakyat masih lagi dapat menikmati kehidupan dengan aman dibawah BN...

Hujah 2.
Rakyat Pelestin sudah dizalimi sejak sekian lama, jutaan umat Islam seluruh dunia berdoa dan solat hajat untuk kejatuhan Zionis, tapi Zionis tidak pernah tumbang, adakah zionis tidak pernah menzalimi rakyat pelestin???..

Diatas adalah dua bentuk hujah, iatu pro dan kontra, sebagaimana zaman berubah begitu permikiran, semuanya pantas dan semuanya bernas, bagaimana kita menetapkan mana benar mana batil ialah atas pengetahuan dan ilmu yang kita miliki..Setiap hujah yang baik itu adalah besertakan dengan dalil..sekarang ini besertakan fakta... yang menjadi kekeliruan dan kecelaruan dalam permikiran kita, adakah dalil atau fakta yang digunakan itu benar...
Sekarang ini, ramai tidak memikirkan setiap dalil atau fakta itu benar atau tidak.. tetapi lebih kepada logikal dan boleh diterima pakai.Dari zaman para sahabat lagi berhujah itu sudah menjadi amalan untuk meleraikan kekusutan, tapi waktu itu semuanya berpandu pada dalil, nas, hadis..bukan pada dalil akal... dalil akal ini hanya berkesan untuk mematahkan hujah tapi bukan mencari kebenaran.
Jika YA...jelaskan kenapa... jika TIDAK.. berikan pandangan yang terbaik untuk menjadi rumusan di penghujung hujah.. kebatilan itu cepat diterima tapi natijahnya keburukkan akan diperolehi, manakala kebenaran itu memerlukan masa, tapi bahagia dipenghujungnya...

Tiada ulasan:

ENAM JALAN BAHAYA DI KELANTAN.

Enam laluan dikenal pasti sebagai laluan yang kerap berlaku kemalangan  di Kelantan, perkara ini ditegaskan oleh Ketua Polis Kelantan Deputi...