Isnin, 11 November 2013

SEBUAH PERJALANAN ATAS KEJAYAAN

                                         
PERJALANAN INI (Sajak khas buat Pakcik Majid)

Aku impikan sebuah kejayaan
Membalut pasukan yang jadi kebangaan
Sekian lama diulit kegagalan
Walau usaha bermati-matian
Keringat gugur dipertengahan

Lalu aku tanamkan impian
Jika Pahang ku beroleh kejayaan
Akan ku atur sebuah perjalanan
Dari negeriku yang makmur dan aman
Menuju medan saksi kejuaraan
Dengan langkah dan kudrat jantan
Tak akan kutunggang sebarang kenderaan

Lalu segalanya sudah ditentukan
Tok Gajah negeriku mendukung kejuaraan
Menggembirakan hati segenap watan
Termasuk aku yang masih sendirian
Memikirkan apa yang aku nazarkan
Sesunggunya aku tetap kotakan

Dingin subuh bangkitnya kekuatan
Selesai azan dan tunai kewajipan
Aku melangkah dengan harapan
Semoga laluan tiada halangan

Tiada pelepasan, tiada paluan
Tiada imbuhan, tiada tajaan
Aku tekad menuju haluan
Bukan acara yang aku harapkan
Cukuplah sekadar doa keselamatan
Semoga aku dilindungi Tuhan

Beberapa hari aku berjalan
Dibakar mentari disimbahi hujan
Kudrat tuaku masih bertahan
Aku tekad meneruskan perjalanan
Hingga tiba arah tujuan
Walaupun lamanya hingga sebulan

Kata nista mula bertaburan
Caci dan keji menjadi santapan
Di laman maya berjuta tohmahan
Iringi langkahku dengan kutukan
Hanya sedikit menghulur minuman

Biarlah mereka teruskan umpatan
Bernazar perkara yang bukan-bukan
Kudrat tua yang tidak bertepatan
Mereka semua aku maafkan
Barangkali mereka dah cukup amalan

Aku bersyukur padamu tuhan
Itu semua bukanlah permintaan
Aku tak minta pangkat kebesaran
Atau disanjung sebagai pahlawan
Cukuplah sekadar menadah tangan
Mohon aku beroleh kesejahteraan
Kerana aku punya kesedaran
Aku hanyalah pengawal keselamatan

Bebarapa hari aku berjalan
Tak putus-putus membalas lambaian
Dari mereka yang punya kesedaran
Ada misi harus kusempurnakan

Seringkali aku terhenti berjalan
Pabila didatangi si anak watan
Turut merasa bahang kemenangan
Mengekori aku sehingga perhentian
Merakam potret sebagai kenangan
Ada yang sudi menjadi peneman
Kerana bimbang aku keseorangan

Kata mereka, aku kini menjadi tumpuan
Demi Allah, bukan itu yang aku hajatkan

Segala bantuan mereka berikan
Sebagai bekal dalam perjalanan
Walau itu bukanlah permintaan
Tapi mereka ikhlas berikan
Aku bersyukur padaMu tuhan
Untuk membalasnya tak punya kemampuan
Hanya padaMu kupohon balasan

Kata semangat yang mereka taburkan
Membuat aku terus bertahan
Memunggah kudrat atas sokongan
Anak watan yang berkongsi perasaan
Sehingga aku tiba di medan
Memacak bendera yang jadi kebangaan
Hitam Putih akan berkibaran
Menjadi saksi sebuah kejayaan.

Wahai negeriku yang makmur dan aman
Nantikan aku pulang ke pangkuan
Untuk aku teruskan kehidupan
Setelah misiku selesai dilaksanakan

BERJAYA ITU SUKAR

Impian semua pelajar mendapat anugerah tertinggi. Jadi Kenangan kerana usaha sendiri. Bukan senang untuk capai impia...