Selasa, 14 Mac 2017

OH! IKAN OH! KERAJAAN.

Terkadang terfikir juga, apa guna adanya kerajaan jika tidak dapat membantu “Rakyat Bawahan” yang tersempit,terdesak dan terpaksa mengharungi pelbagai desakan. Jika harga barangan keperluan yang tinggi itu mendapat impak kepada pengusaha iatu penternak atau nelayan, ada juga faedahnya tapi siapa yang makin kaya dan berkuasa???..
----------------------------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani tidak akan menetapkan harga siling bagi "ikan rakyat" termasuk kembung yang kini mula meningkat di pasaran. Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata hanya pada waktu tertentu kerajaan akan mengawal pengeluaran ikan rakyat seperti larangan eksport dalam tempoh tiga bulan sepanjang musim perayaan. Beliau berkata, kenaikan harga ikan rakyat terutama kembung pada ketika ini didorong oleh faktor pendaratan ikan yang kurang berikutan masih dalam tempoh musim tengkujuh

"Mungkin tahun lalu ada kelainan (cuaca), tahun ini juga ada kelainan sebab keadaan cuaca tengkujuh yang agak berbeza sedikit (menyebabkan) kurangnya ikan didaratkan, maka menyebabkan harganya tinggi. "Sekarang ini kita tidak berhasrat untuk menetapkan harga siling bagi kembung, siakap serta ikan rakyat yang lain," katanya pada sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat, Shabery menjawab soalan Datin Mastura Mohd Yazid (Kuala Kangsar-BN) berhubung isu kenaikan harga ikan sejak kebelakangan ini dan sampai bila ia akan berterusan. 

Mengulas lanjut, Ahmad Shabery berkata, kenaikan harga mendadak itu tidak berpanjangan, dijangka selesai sebaik musim tengkujuh tamat. Bagaimanapun, beliau menjelaskan kementerian dan agensi berkaitan sudah mengambil langkah kawalan, dengan menyediakan stok penimbal ikan rakyat untuk dipasarkan ketika musim tengkujuh. Katanya, stok penimbal yang diusahakan pengusaha ikan mampu menampung permintaan pada musim tertentu, selain berdaya mengawal kenaikan harga mendadak.

Tiada ulasan:

CATATAN SEORANG LELAKI.

Mungkin catatan ini ada unsur 18sx tetapi begitulah,lebih baik jujur dari menjadi hipokrit.Zaman sekarang semua perkara mahu dikongsikan di ...