Undian peringkat suku akhir Piala FA 2017 terlahpun
berlangsung , pertembungan dua musuh tradisi Pahang melayani kunjungan JDT pada
peringkat pertama di Kuantan.Pada saingan pusingan pertama Liga Super 2017
menyaksikan JDT membenamkan cabaran Pahang di Larkin 3-2.
Saingan Piala FA adalah situasi yang agak berbeza, Pahang
pada musim ni dibawah kendalian Dollah Salleh merupakan pasukan yang menpunyai
jentera serangan yang ampuh dikuatkan lagi dengan kehadiran penonton yang bakal
memenuhi setiap ruang di Stadium Darul Makmur.Pastinya Sengit untuk JDT yang
merupakan juara edisi 2016. Jangkaan saya,Pahang Layak
Kedah merupakan pasukan pilihan untuk layak kepusingan
seterusnya,dalam undian suku akhir Kedah akan bertemu dengan PKNP yang
dibimbing oleh Abu Bakar Fazim, diatas kertas sememang Kedah dijangka mudah
meratah pasukan dari Perak ini tapi sesuatu yang harus diingat, PKNP menewaskan
The Red Warrior sebelum membenam cabaran Kuantan FA di pusingan ke-3.Layak ke
pusingan suku akhir akan menaikkan lagi. Jangkaan saya Kedah Layak
![]() |
JADUAL UNDIAN PIALA FA 2017 |
Pertembungan dua pasukan dari liga perdana, bakal
menyaksikan salah satu pasukan dari liga perdana akan layak ke separuh akhir,saingan
dari liga perdana tidak boleh dianggap “enteng” oleh pasukan yang berada di
liga Super. Negeri Sembilan bertemu Pasukan Negeri Bawah Bayu, Sabah.Jika
dinilai dari prestasi semasa Negeri Sembilan menpunyai kelebihan untuk bertemu
antara Pahang atau JDT di saingan separuh akhir nanti.Sabah pula sedang
bergelut untuk mencari rentak terbaik
pada pengamatan saya Sabah masih lagi
yo-yo.Pada Musim ini Negeri Sembilan berada di puncak prestasi dengan
mengungguli carta liga perdana 2017,walaupun bergelut di pusingan ke-3 sebelum
menewaskan Pulau Pinang. Jangkaan Saya Negeri Layak ke separuh akhir
Satu lagi slot Separuh akhir yang akan ditentang oleh
pasukan kedah atau PKNP ialah pemenang antara Terengganu dan Sarawak. Walaupun
Irfan Bakti diberi dana yang cukup untuk saingan tahun ini,tetapi mutu
permainan skuad peteh masih lagi belum mencapai apa yang dikehendaki,
memerlukan minit terakhir pada tambahan masa untuk mengesahkan Terengganu layak
bertemu pasukan setempat T-Team. Kalangan peminat tempatan mengatakan ianya
seperti satu skrip yang telah diolah.Sarawak antara pasukan dari Liga Super yang
layak ke peringkat suku akhir, Piala FA merupakan jalan keluar pasukan "Ngap Sayot" mengubati kekecewaan
peminat di atas prestasi kurang stabil pasukan ini.Jika diteliti dari semangat
juang, Sarawak mampu menumbangkan sesiapa sahaja terutama jika bermain di
Kuching.Saya memilih pasukan Sarawak layak ke Separuh Akhir.
Pusingan pertama peringkat separuh akan dilangsung pada 30
Mac 2017 dan 1 April 2017 manakala pusingan ke-2 akan berlangsung 21 dan 22 April 2017.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan