Ahad, 13 April 2014

KATA ADALAH AKAL

Bermain dengan kata-kata dan mainan kata-kata seakan sama je bunyinya tetapi maksud yang tersurat disebaliknya hanya yang menulis dan mengungkapkan sahaja faham atau mengerti apa sebenarnya yang mahu diperkatakan.
Seseorang itu adalah bagus jika mempunyai banyak "prosa kata" dalam penyampaian tetapi dia bukanlah seorang yang bermain dengan kata-kata atau mainan kata-kata, indahnya bahasa melayu ,itulah kesimpulan yang harus diterima dan kita sebagai pengguna bahasa ini mestilah merasa bangga, walaupun dalam keadaan tertentu kita menyebut mengikut dialek/loghat tempatan, tetapi ianya tetap indah.
Cuma kerana zaman berubah, alasan untuk merubah segalanya mengenai kata-kata tidak boleh diterima pakai, bangsa korea atau jepun, maju macamana pun mereka tetap mengagungkan bahasa mereka tiada pengubahsuai dalam ungkapan.. Biasa saya dengar dalam penyampaian sesuatu program tv mahupun radio, dan kekadang kata2 dari si penyampai yakni juruacara,dj ataupun "anchor" program, membuatkan telinga berdesing, alasan mereka itu adalah penanda aras "trend" yang bagi saya sedikit pun tidak menggambarkan akan ketemadunan tetapi lebih kepada kebiadapan dan nilai kesopanan makin berkurang.Maju sangat ke kita ini apabila menggunakan gantinama " KORANG"... kenapa tidak menggunakan perkataan " ANDA... dan banyak lagi yang bunyinya canggih tetapi membingitkan.Lontaran suara penyampai terjerit-jerit, apa yang dilaungkan saya sendiri tak faham.
Suatu ketika saya pernah ditanya oleh seorang guru ketika berdiskusi dalam kelas, kata " Sila utarakan pendapat anda mengenai pertanian di negara kita " maka saya menghuraikan mengenai prospek, kemajuan dan halatuju pertanian di negeri Kedah, Perlis Dan Perak.. Maka cikgu tersebut bertanya ,kenapa pilih tiga negeri tersebut, kenapa tidak diperluaskan skop perbincangan ke negeri-negeri Seperti Pahang, Kelantan, Johor atau sebagainya... Jawapan dari saya " Saya MengUTARAkan pendapat, jika saya pilih negeri Johor contohnya saya akan mengSELATANkan pendapat begitu juga jika PAHANG, KELANTAN dan TERENGGANU saya fokuskan itu bermakna saya telah mengTIMURkan pendapat, cikgu tersebut diam seketika, lalu berkata, itulah adalah MAINAN PADA KATA,  sekian..........

Tiada ulasan:

BERJAYA ITU SUKAR

Impian semua pelajar mendapat anugerah tertinggi. Jadi Kenangan kerana usaha sendiri. Bukan senang untuk capai impia...