Selasa, 8 April 2014

SUSAH SENANG TETAP MENYUSAHKAN

" Tak mahu menyusahkan orang lain" itulah ungkapan yang biasa didengar atau diluahkan bagi mereka yang mehu berdikari atau melakukan kerja tanpa mengharapkan bantuan orang lain, itu pandangan dari sudut positif yang yang menjadi objektif yang harus dicapai, dengan harapan apa yang dicapai akan menjadi kepuasan secara total
Tetapi tanpa disedari bahawa ungkapan itu ataupun cita-cita itu berbunyi agak "sombong".. mana mungkin dalam kehidupan ini kita tidak menyusahkan orang lain, bermula dari kelahiran kita telah menyusahkan orang lain, betapa ibu terpaksa mengusung kita ke hulu hilir dalam kandungan... " Alaa... itu kan mak kita, bukannya orang lain " jawapan atau alasan yang sering digunakan... Bila membicarakan orang lain selain dari diri kita mereka tetap orang lain walaupun ada pertalian darah sekalipun, cuma lagi dalam konsep tersebut itu terjurus kepada tanggungjawab.
Mana mungkin dalam hidup ini kita tidak akan menyusahkan orang lain cuma kalau boleh kita  harus memenimakan tahap " menyusahkan". Seharusnya kita jangan sombong dengan orang lain kerana tidak bermakna dalam dunia kita hidup berseorangan, terkontang kanting berseorangan, jika tercampak dalam hutan atau satu tempat yang kita tida kenali sudah membuat kita gundah dan gelisah menjalani kehidupan inikan pula tiada orang lain dalam dunia.
Sehingga kita mati sekalipun kita tetap menyusahkan orang lain, meminta orang memandikan,mengkafan,menggali kubur dan solatkan untuk kita." MENYUSAHKAN ORANG LAIN TIDAK SAMA DENGAN ORANG LAIN SUSAH KERANA KITA " dua perkara yang berbeza walaupun seakan sama, jadi pandai-pandailah kita membawa diri kearah mana. "HIDUP BIAR BERAKAL SUPAYA MATI TIDAK BERHANTU" sekian....................

2 ulasan:

®CT Nurza berkata...

Hahaha....betul n betul sesangat tu Miey...manusia ni memang selalu lupa diri selepas ditolong dan macam2...tak nak nyusahkan orang konon! tapi sebelum dia senang tu dia dah nyusahkan kita dulu mintak tolong macam2 time terdesak, lepas tu bila dah senang-lenang baru sedap2 cakap tak perlukan kita lagi tolong dia sebab tak nak nyusahkan...bajet gitu..husnuzzan jer laaa...kan? :)

Tanpa Nama berkata...

Wehhh Ct Nurza ada org meroyan nok mencari aok te..katanya dari kedah...
Nur Qaseh Olia... nanye ke koi..mana nk jawabnya

BERJAYA ITU SUKAR

Impian semua pelajar mendapat anugerah tertinggi. Jadi Kenangan kerana usaha sendiri. Bukan senang untuk capai impia...